UNIC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
UNIC
Album terbaru terbitan UNIC Records
Latar belakang
Berasal dari Malaysia Malaysia
Genre Nasyid
Pekerjaan Vokal / Pemuzik
Label Hijjaz Music Entertainment
EMI
UNIC Records
Kegiatan berkait Berkumpulan
Laman web home.unic.my/
Ahli
Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli)
Bekas ahli
Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz Hamidun)[1][2]
Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri Haris)
Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)
Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen, Fendi)
Syed Mohd Azlan bin Syed Amirruddin (Alan)

UNIC ialah sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi nasyid di Malaysia yang menyampaikan lagu-lagu nasyid Melayu. Ia merupakan adik kepada kumpulan nasyid In-Team yang lahir di bawah Hijjaz Records. Album pertama mereka yang bertajuk “You & I See”[3] telah mencatatkan jualan melebihi 40 000 unit di seluruh Malaysia. Berdasarkan sambutan yang diberikan oleh peminat nasyid, sehingga kini UNIC telah bertahan selama 10 tahun dalam persada seni dan telah berjaya menerbitkan lapan buah album studio dan enam album kompilasi. UNIQUE dan UNIQ adalah dua nama terdahulu kumpulan ini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah UNIC bermula semasa anggota-anggota asalnya belajar di Sekolah Menengah Agama Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor. Menjadi fenomena industri nasyid pada masa itu, UNIC diangkatkan lagi dengan lagu hits mereka pada kemunculan pertama mereka iaitu Hanya Tuhan Yang Tahu di bawah pengurusan Hijjaz Records. [4]

Berbekalkan kepada pengalaman dan tenaga kerja yang sedia ada, UNIC telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu UNIC Records[5], setelah menamatkan tempoh kontrak 8 tahun di bawah naungan Hijjaz Records pada awal tahun 2010. Tujuan penubuhan syarikat ini adalah untuk memenuhi kehendak pasaran dalam bidang penerbitan album, buku dan bahan‐bahan yang berbentuk pendidikan untuk segenap lapisan masyarakat dan juga berfungsi sebagai pengedar kepada semua produk‐produk UNIC Records dan pelanggan UNIC.

UNIC terus bergerak maju bersama dengan dua buah lagi syarikat yang diuruskan mereka sendiri iaitu UNIC Nasyeed and Training Consultant (UNTC) dan UNIC Biotrade. [6][7] Setiap syarikat yang ditubuhkan mempunyai fungsi tersendiri dalam usaha mereka menyampaikan dakwah kepada masyarakat.

“Hiburan Berilmu Rohani Terpandu” menjadi slogan mereka. Misi UNIC Records adalah untuk meneroka, berkembang dan menjalankan usaha dakwah menerusi bidang‐bidang yang diceburi selaras dengan kemajuan dan perkembangan negara.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Pada awal penubuhannya (Tahun 2002), UNIC mempunyai anggota seramai 4 orang iaitu :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  3. Mohd Afendi bin Haji Jahri (Apen, Fendi)
  4. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)

Namun atas komitmen dan hala tuju yang berlainan, UNIC telah beberapa kali bertukar anggota. Berikut ialah anggota UNIC dari tahun 2003 hingga 2007.

UNIC 2003 (See You Di IPT) :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  4. Wan Sharifuddin bin Wan Hassan (Wan Shah)
  • Untuk album ini, Afendi yang lebih dikenali sebagai Apen atau Fendi telah mengundur diri dari UNIC atas sebab-sebab tertentu dan tempatnya digantikan oleh Hafiz Hamidun.

UNIC 2005 (Satu Tekad) :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Mohammad Hafiz bin Hamidun (Hafiz, Pis)
  3. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  4. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli)
  • Untuk album ini, Wan Shah telah mengundur diri atas sebab-sebab tertentu dan tempatnya digantikan oleh Fadzli UNIC.

UNIC 2007 :

  1. Mohamad Fitri bin Mohamad Haris (Fitri, Pit)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli)
  • Untuk album Tika Itu versi VCD, UNIC telah menampilkan Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin atau lebih dikenali sebagai Alan yang sebelum ini berasal dari kumpulan Rast untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Hafiz Hamidun yang mengambil keputusan untuk bergerak secara solo pada tahun 2007.

Pada tahun 2007, Fitri Haris telah mengumumkan pengunduran beliau daripada kumpulan UNIC tanpa menyatakan sebab tertentu dengan hanya menyatakan beliau ingin fokus pada pengajian beliau pada peringkat seterusnya.[8] Album terakhir beliau bersama UNIC ialah Langkah Tercipta.

UNIC 2009 :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul)
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli)
  4. Syed Mohd. Azlan bin Syed Amirruddin (Alan)

Namun begitu, UNIC terus kekal dengan perjuangan dan konsep muzik yang sama iaitu ingin menyelitkan dakwah dalam bentuk hiburan. Akhirnya pada tahun 2011, UNIC terus kekal bersama 3 anggota iaitu :

  1. Mohd Fakhrul Radhi bin Khamarudin (Fakhrul) [9]
  2. Bazli Hazwan bin Che Osman (Bazli)
  3. Ahmad Fadzli bin Abd Aziz (Fadzli)

Album[sunting | sunting sumber]

Album Studio
Tahun Tajuk Kulit Album Senarai Runut
2002 You And I See
You And I See (Album UNIC).jpg
  1. Jalinan (Lagu: Manis Helma; Lirik: Manis Alia)
  2. You And I See (Lagu: Abai Os; Lirik: Syalina Ahmad)
  3. Ainul Mardhiah (Lagu: Putra Aiman; Lirik: Ito Lara)
  4. Keroncong Kasih Sayang (Lagu: Abai Os; Lirik: Abai Os)
  5. Mahligai Kasih (Lagu / Lirik: Mustaqim & Putra Aiman)
  6. Syukur Syukurlah (Lagu: Putra Aiman; Lirik: Pahrol Mohd Joui)
  7. Kawan (Lagu: Mohd Fairuz; Lirik: Syamsul Adlan)
  8. Anak Soleh (Lagu & lirik: Wanshah (UNIC))
  9. Ya Rasulullah (Lagu: ; Lirik: )
  10. Hanya Tuhan Yang Tahu (Lagu: Manis Helma; Lirik: Atie dan Manis Alia)
2003 See You Di IPT
UNIC - SEE YOU DI IPT.jpg
  1. Demi Cinta Suci (Lagu: Manis Helma; Lirik: Ito Lara)
  2. Hakikat Bahagia (Lagu: Putra Aiman; Lirik: Pahrol Md. Juoi)
  3. Ke Makam Bonda (Lagu: Siso Kopratasa; Lirik: Usman Awang)
  4. Permata Keluarga (Lagu: ; Lirik:)
  5. Remaja (Lagu: Manis Alia; Lirik: Manis Helma)
  6. Sahabat Sejati (Lagu dan Lirik: Mustaqim & Putra Aiman)
  7. Sebuah Pertemuan (Lagu: Abai OS; Lirik: Atie & Abai OS)
  8. See You di IPT (Lagu: Wan Shah & Manis Helma; Lirik: Atie & ITO Lara)
  9. Ya Habibi Ya Muhammad (Lagu: Conirol & Putra Aiman; Lirik: Conirol, Putra Aiman & Arifin)
  10. Zinnirah (Lagu: ; Lirik:)
2005 Satu Tekad Satu Tekad (Album UNIC).png
  1. Satu Tekad (4:16)
  2. Insan Bernama Kekasih (4:43)
  3. Balqis (4:49)
  4. Cahaya Cinta (4:45)
  5. Bisikan Malam (4:56)
  6. Sekolahku (4:56)
  7. Antara Dua Kasih (5:12)
  8. Muhammad Ya Nabiyyina (4:04)
  9. Erti Syukur (4:58)
  10. Simfoni Hadhari (4:21)
2007 Tika Itu Tika Itu (Album UNIC).jpg
  1. Mencari Yang Maha Satu feat. Cat Farish (4:16)
  2. Lafaz Yang Tersimpan (4:24)
  3. Fenomena (4:43)
  4. Tika Itu (4:18)
  5. Kau, Kawan, Sahabat Dan Teman (3:57)
  6. Harapan Pada Ayah Dan Ibu (5:43)
  7. Atas Nama Cinta (3:47)
  8. Aisyah Humaira (3:54)
2009 Langkah Tercipta Langkah tercipta (Album UNIC).jpg
  1. Jalan Pulangku (4:03)
  2. Bicara Tentang Cinta (4:15)
  3. Jalinan (4:09)
  4. Hanya Tuhan Yang Tahu (4:05)
  5. Mahligai Kasih (4:45)
  6. Ainul Mardhiah (4:13)
  7. Remaja (3:47)
  8. Sebuah Pertemuan (4:31)
  9. Ke Makam Bonda (4:21)
  10. Satu Tekad (4:16)
  11. Demi Cinta Suci (4:44)
  12. Balqis (4:49)
  13. Insan Bernama Kekasih (4:44)
  14. Atas Nama Cinta (3:48)
  15. Aisyah Humaira (3:54)
  16. Lafaz Yang Tersimpan (4:24)
  17. Hanyut (4:25)
  18. Langkah Tercipta (3:46)
2010 Nur Muhammad (gandingan bersama In Team)[10] Nur Muhammad (Album UNIC).jpg
  1. Nur Muhammad (5:05)
  2. Qasidah 1 (3:17)
  3. Salamun Salam 2 (5:05)
  4. Binnabil Huda (4:30)
  5. Medley Selawat (4:03)
  6. Qasidah 2 (1:31)
  7. Tholama (5:22)
  8. Selawat Kasih (4:10)
  9. Rabiul Awwal (5:02)
  10. Qasidah 3 (1:43)
  11. Balada Selawat (4:57)
  12. Salam Junjungan (4:16)
  13. Selawat Syifa' (3:24)
2011 Hijrah Hijrah (Album UNIC).jpg
  1. Doa Dhuha - Lagu & Lirik : Bazli Hazwan
  2. Hijrah
  3. As Sayfi
  4. Menuju Wawasan
  5. Ubatan Hakiki
  6. Sangkar Hati
  7. Solatlah Wahai Permata Hatiku
  8. Sajak Usahawan
  9. Doa Rabitah
2012 UNIC Edisi Khas Edisi Khas (Album UNIC).jpg
  1. Seiring Sehaluan - Lagu & Lirik: Bazli UNIC
  2. Iqra (lagu baru)
  3. Binnabil Huda versi Melayu (lagu baru)
  4. Khalidu bil Quran
  5. Doa Dhuha
  6. Doa Rabitah
  7. Menuju Wawasan
  8. Penghulu Istighfar
  9. Menuju Wawasan Instrumental
  10. Doa Keberkatan Al-Quran

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Penjenamaan nama kumpulan[sunting | sunting sumber]

Setelah menamatkan kontrak bersama Hijjaz Records, beberapa masalah telah timbul dan antaranya ialah penamaan nama rasmi UNIC. Hijjaz Records menyatakan bahawa nama UNIC adalah hak milik syarikat mereka. Dengan itu nama UNIQUE telah digunakan sebagai ganti tetapi telah mendatangkan beberapa masalah seperti kekeliruan di kalangan peminat setia UNIC. Kemudian ditukar pula ke UNIQ dan akhir sekali kembali dengan UNIC.

Alamat[sunting | sunting sumber]

UNICDOTMY PRO SDN BHD
No.2-80 Jalan Prima SG3,
Prima Sri Gombak,
68100 Batu Caves,
Selangor.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Penghijrahan Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  2. Dakwah terbaru Hafiz Hamidun. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  3. Kumpulan Unic pop dakwah. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  4. Unic susun strategi 2006. Utusan Malaysia. Capaian 20 Mac 2012.
  5. 'Tidak selamanya kami menyanyi'. Harian Metro. Capaian 20 Mac 2012.
  6. UNIC terus atur langkah. Harian Metro. Capaian 22 Mac 2012.
  7. UNIC anjur kem. Harian Metro. Capaian 22 mac 2012.
  8. Zikir Terapi Munajat hadiah buat peminat. Utusan Malaysia. Capaian 2 April 2012.
  9. CAK: Fakhrul cemerlang. Harian Metro. Capaian 22 Mac 2012.
  10. Intem, Unique tetap bersemangat. Berita Harian. Capaian 20 Mac 2012.