Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari UPKO)
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu
PresidenEwon Benedick
Setiausaha agungNelson W Angang
Ditubuhkan23 November 2019
Didahului olehPertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO)
Ibu pejabatPenampang, Sabah
Sayap beliaFelix Joseph Saang
Sayap wanitaMohina Sidom
Penggabungan kebangsaanParti Warisan Sabah (2018-2021)
Pakatan Harapan (2021-kini)
Simbol pilihan raya
Laman sesawang
https://www.upko.org/


Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (bahasa Inggeris: United Progressive Kinabalu Organisation; singkatan: UPKO) ialah sebuah parti politik yang ditubuhkan hasil penjenamaan semula Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu pada 2019.

Majlis Tertinggi UPKO (Penggal 2023 - 2026)[sunting | sunting sumber]

Presiden: Ewon Benedick

Timbalan Presiden: Donald Peter Mojuntin

Naib Presiden:

1) Pengiran Lalung

2) Basari Sarkun

3) Wong Thien Fook

4) Laurentius Ambu

5) Fairuz Bandar

6) Gilbert Syam

7) Selvester Taing

8) Mohina Sidom (Pergerakan Wanita)

9) Felix Joseph Saang (Pergerakan Pemuda)


Setiausaha Agung: Nelson W Angang

Timbalan Setiausaha Agung I: Junsim Rumunzing

Timbalan Setiausaha Agung II: Joisin Romut

Bendahari Agung: Dennison R. Indang

Timbalan Bendahari Agung I: Juliana Janni

Timbalan Bendahari Agung II: Carlye Lajimin

Ketua Penerangan: Peter Jr. Naintin

Timbalan Ketua Penerangan I: Jimmy Barukang

Setiausaha Penganjur: Carl Moosom

Timbalan Setiausaha Penganjur: Rowindy Lawrence Odong

Ahli Majlis Tertinggi Biasa:

1) Junik Bajit

2) Joesey Limy

3) Jamil Majingkin

4) Fauziah Kudus

5) Jubilin Kilan

6) Marcel Tambud

7) Mat Lunad Agok

8) Macquel Sagundai George

9) Condrad Wong

10) Terence Lee Swee Hong

11) Patrick Epin

12) Benjamin Taine

13) George Sidis Majamin

14) Benjamin Talah

15) Seheral Linus (Ketua Generasi Muda)

16) Jairaiaz Joseph

17) Georgina George

18) Rogers Tiam @ Aloysius

19) Suki Mee

20) Juin Tannyuh

21) Vioery Bin Eming

22) Alvin Lee

23) William Sampil (Setiausaha Eksekutif)

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu ditubuhkan sebagai langkah untuk memenuhi tuntutan dan aspirasi rakyat semasa iaitu menggugurkan politik perkauman kepada politik universal dan inklusif melalui penjenamaan semula namun mengekalkan singkatan sama iaitu UPKO. Ia diumumkan oleh Presiden pada masa itu, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau dalam Persidangan Perwakilan Luarbiasa UPKO 2019, November 2019[1].

Penglibatan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Sabah 2020[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya negeri Sabah 2018[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya negeri Sabah 2018, UPKO mempunyai 5 orang wakil dalam Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah) bertanding atas tiket Barisan Nasional.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
N26 Kuala Penyu Limus Jury
N31 Paginatan Abidin Madingkir
N38 Nabawan Bobbey Ah Fang Suan
N47 Kuamut Masiung Banah

Barisan Nasional pada mulanya mempunyai kelebihan kerusi. Walau bagaimanapun UPKO mengambil keputusan keluar BN dan menyokong Parti Warisan Sabah (Warisan). Rentetan daripada itu, berlaku beberapa perubahan bilangan ADUN dari UPKO. ADUN Kuamut telah menyertai Warisan, ADUN Nabawan pula menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). ADUN Sugut dari UMNO pula menyertai UPKO, dan kerajaan negeri Sabah melantik seorang anggota UPKO sebagai ADUN Lantikan menjadikan bilangan wakil rakyat UPKO dalam DUN Sabah seramai 5 orang.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
N26 Kuala Penyu Limus Jury
N31 Paginatan Abidin Madingkir
N39 Sugut James Ratib
Khas ADUN Lantikan Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Sebelum DUN Sabah dibubarkan pada Julai 2020, bilangan ADUN UPKO tinggal 2 orang. ADUN Sugut dan ADUN Kuala Penyu telah keluar parti menjadi Bebas, manakala ADUN Paginatan pula telah dipecat selepas menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri Sabah dalam kemelut politik Sabah.

Kod Kawasan Nama
N7 Kadamaian Ewon Benedick
Khas ADUN Lantikan Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Pilihan raya umum Malaysia 2018[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2018, UPKO telah menang sebuah Parlimen iaitu Tuaran.

Kod Kawasan Nama
P170 Tuaran Wilfred Madius Tangau, Datuk Seri Panglima

Pilihan raya umum Malaysia 2022[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan raya umum Malaysia 2022, Upko berjaya menang mengekalkan satu kerusi iaitu Tuaran(Madius Tangau) dan berjaya merampas satu kerusi iaitu Penampang(Ewon Benedick)

Kod Kawasan Nama
P170 Tuaran Wilfred Madius Tangau,

Datuk Seri Panglima

P174 Penampang Ewon Benedick

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]