USS Enterprise (CVN-65)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
USS Enterprise sedang belayar di Lautan Atlantik
Gambaran keseluruhan kelas
Pembina:Newport News Shipbuilding
Pengguna:Tentera Laut Amerika Syarikat
Sebelumnya:Kelas Kitty Hawk
Selepasnya:Kelas Nimitz
Ditauliah pada:25 November 1961
Jumlah disiapkan:1/6
Jumlah dibatalkan:5
Jumlah aktif:USS Enterprise
Sejarah
United States Navy ensignUS
Dipesan: 15 November 1957
Pembina: Newport News Shipbuilding and Drydock Company
Kos: AS$451.3 juta[1]
Dibaringkan: 4 Februari 1958
Dilancarkan: 24 September 1960
Disucikan: 24 September 1960
Diperolehi: 29 Oktober 1961
Ditauliah: 25 November 1961
Dibersarakan: 2012–2015 (dirancang)
Dalam perkhidmatan: 12 Januari 1962 (pelayaran sulung)
Reclassified: CVN-65
Pelabuhan asal: NAVSTA Norfolk
Takdir: Aktif setakat 2009
Ciri-ciri umum
Sesaran:
  • 73,858 tan standard,
  • 92,325 tan bermuatan
Panjang: 1,123 ka (342 m)[2]
Lunas:
  • 132.8 ka (40.5 m) (garis air),
  • 257.2 ka (78.4 m) (terlampau)
Draught: 39 ka (12 m)
Jana kuasa:
  • 8 x Westinghouse reaktor nuklear A2W,
  • empat set turbin stim bergiar Westinghouse, 4 aci
  • 280,000 shp shp (210 MW)
Halaju: 33.6 knot (62.2 km/j)
Jarak: Tiada had
Anak kapal:
  • 5,828 (maksimum)
  • Anak kapal: 3,000 (2,700 pelaut, 150 ketua, 150 pegawai)
  • Sayap udara: 1,800 (250 juruterbang, dan 1,550 anggota sokongan)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Peperangan elektronik
& pengumpan:
Persenjataan:
Perisai: 8 inch (20 cm) rantaian aluminum (bersamaan dengan 4 in (100 mm) gulungan perisai keluli homogen)
Pesawat yang dibawa:
  • Memuatkan sehingga 90 buah
  • 70 (normal)[3]
Kemudahan penerbangan: Dek penerbangan: 1,123 ka (342 m)
Nota: 915 jurutera telah merekabentuk kapal ini. Mereka telah menghasilkan 16,100 lukisan dan 2,400 cetakan biru. Kapal ini memiliki kira-kira 625 bt (1,006 km) kabel elektrik dan 37 bt (60 km) saluran peredaran udara. Ia juga memiliki 4 buah manjanik berkuasa stim.[perlu rujukan]

USS Enterprise (CVN-65), dahulunya CVA(N)-65, adalah merupakan sebuah kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear pertama di dunia. Ia juga merupakan kapal Tentera Laut Amerika Syarikat kelapan yang menggunakan nama Enterprise. Seperti kapal pendahulunya yang terkenal semasa Perang Dunia II, Enterprise digelar sebagai "Big E". Dengan panjang 1,123 ka (342 m), Enterprise merupakan kapal laut terpanjang di dunia, meskipun ia seberatnya 93,500 tan sesaran telah meletakannya sebagai kapal pengangkut pesawat super kedua terberat selepas Kelas Nimitz.

Enterprise merupakan satu-satunya kapal di dalam kelasnya dan kini merupakan sebuah kapal pengangkut aktif yang paling tua yang masih digunakan di dalam perkhidmatan dengan Tentera Laut Amerika Syarikat, tidak termasuk kapal pentauliahan majlis iaitu USS Constitution. Sebagai sebuah kapal tertua di dalam armada, Enterprise kini dijadualkan untuk dilucutkan tauliah pada tahun 2014-2015 bergantung kepada jangka hayat semasa reaktor-reaktornya dan apabila pembinaan kapal pengantinya, USS Gerald R. Ford, disiapkan.[4] Usaha-usaha awal bagi persaraan awalnya pada tahun 2012-2013 sedang dipertimbangkan dan menunggu kelulusan dari Kongres A.S.[5] Tertakluk pada jangkaan awal, Enterprise akan dibersarakan setelah berkhidmat lebih 50 tahun secara berterusan, dan menjadi kapal pengangkut pesawat terlama digunakan oleh Tentera Laut A.S.[5]

Pelabuhan asal Enterprise kini adalah di Norfolk, Virginia. Pegawai Pemerintahnya kini adalah Kepten Ronald Horton.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jane's American fighting ships of the 20th century New York, NY: Mallard Press, 1991. ISBN 0-7924-5626-2
  2. ^ About the Big E
  3. ^ United States Navy Fact File
  4. ^ Navy CVN-21 Aircraft Carrier Program: Background and Issues for Congress Retrieved 8 December 2006.
  5. ^ a b "CNO wants faster decommissioning for Enterprise", April 7, 2009

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]