USS Idaho (BB-42)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The USS Idaho
USS Idaho membedil Okinawa, Jepun pada 1945
Sejarah
A.S
Nama: USS Idaho (BB-42)
Pengguna: Tentera Laut Amerika Syarikat
Dibaringkan: 5 April 1915
Dilancarkan: 30 Jun 1917
Ditauliah: 24 Mac 1919
Dibersarakan: 3 Julai 1946
Takdir: Dijual sebagai besi buruk
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Kapal perang Kelas New Mexico
Sesaran: 32,000 tan
Panjang: 624 kaki
Lunas: 97.4 kaki
Draft: 30 kaki
Halaju: 21 knot
Anak kapal: 1,081 pegawai dan anak kapal
Persenjataan:
  • 12x meriam 14 inchi
  • 14x meriam 5 inchi,[1]
  • 4x meriam 3 inchi
  • 2x meriam tiub torpedo 21 inchi

USS Idaho (BB-42) merupakan sebuah kapal perang kelas New Mexico ke-4 yang dibina untuk Tentera Laut Amerika Syarikat. Kapal ini dinamakan Idaho sempena negeri ke-43, A.S. Kapal ini telah ditauliahkan pada 24 Mac 1919 di bawah pemerintahan Kapten C.T. Vogelgesang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Idaho belayar pada 13 April untuk latihan percubaan di luar Teluk Guantonamo, sebelum pulang semula ke New York City bagi menyambut Presiden Brazil, Epitácio Pessoa dalam pelayaran ke Rio de Janeiro. Ia bertolak ke Rio pada 6 Julai dengan kapal pengiringnya dan tiba pada 17 Julai 1919. Dari Rio, kapal itu menuju ke Terusan Panama dan tiba di Monterey, California pada bulan September 1919 untuk menyertai Angkatan Laut Pasifik. Idaho telah menyertai kapal-kapal dreadnought yang lain dalam latihan serta upacara pemeriksaan,termasuk Upacara Pemeriksaan Angkatan oleh Woodrow Wilson, Presiden Amerika Syarikat pada 13 September 1919. Pada tahun 1920, kapal tersebut telah membawa Josephus Daniels, Setiausaha Tentera Laut serta Setiausaha Hal Ehwal Dalam Negeri (sama ada Franklin K. Lane ataupun John B. Payne) untuk lawatan pemeriksaan ke Alaska.

Sekembalinya dari Alaska pada 22 Julai 1920, Idaho telah menyertai latihan angkatan laut di pesisir pantai California sehingga ke Chile. Idaho meneruskan latihan sehingga 1925, di mana ia mengambil bahagian dalam pelbagai upacara di pantai barat Amerika Syarikat sepanjang tempoh tersebut. Idaho' juga telah mengambil bahagian dalam Upacara Pemeriksaan Angkatan Laut yang dihadiri oleh Presiden Warren Harding di Seattle sejurus sebelum kematiannya pada tahun 1923. Ia kemudian belayar menuju ke Hawaii pada 15 April 1925, dalam mengambil bahagian dalam latihan perang sehingga 1 Julai dan seterusnya belayar ke Samoa, Australia dan New Zealand. Semasa pelayaran pulang, Idaho telah membawa pulang bersama-samanya Komander John Rodgers dan krew pesawat laut Rodgers yang gagal dalam cubaan mereka untuk terbang ke Hawaii. Kapal tersebut tiba di San Francisco, California pada 24 September 1925.

Dalam tempoh enam tahun berikutnya, Idaho beroperasi dari San Pedro, California dalam latihan dan operasi persediaan di pesisir pantai California dan di Laut Caribbean. Ia belayar dari San Pedro pada 7 September 1931 ke Pantai Timur Amerika Syarikat dan tiba di Limbungan Tentera Laut Norfolk pada 30 September untuk program pemodenan. Idaho telah dilengkapi dengan perisai dan jentera yang lebih bagus, perlindungan anti kapal selam "blister" dan tiang tiga kaki semasa proses pemodenan, secara langsung menambah jangka hayat kapal tersebut selama beberapa tahun. Selepas kerja-kerja naik taraf disiapkan pada 9 Oktober 1934, ia menjalani pelayaran ujian di Laut Caribbean sebelum kembali ke pangkalannya di San Pedro, pada 17 April 1935.

Pengalaman tempur[sunting | sunting sumber]

Ketika Pasifik berada di ambang perang, angkatan kapal A.S telah meningkatkan kadar operasi latihannya. Idaho melakukan latihan taktik dan tembakan berkumpulan secara tetap sehingga tiba di Pearl Harbor pada 1 Julai 1940. Kapal ini berlayar ke Hampton Roads pada 6 Jun 1941 untuk melakukan rondaan berkecuali Atlantik, polisi terpenting Amerika Syarikat pada awal pertempuran Perang Dunia II di Eropah. Ia belayar ke Iceland pada September untuk melindungi pangkalan hadapan Amerika Syarikat dan ditempatkan di Hvalfjordur semasa serangan Jepun ke atas Pearl Harbor pada 7 Disember 1941, yang mana merupakan titik mula penglibatan Amerika Syarikat dalam Perang Dunia II.

Idaho dan kapal saudaranya, Mississippi berlepas dari Iceland dua hari selepas serangan ke atas Pearl Harbor bagi menyertai Armada Laut Pasifik, dan tiba di San Francisco, California melalui Norfolk, Virginia dan Terusan Panama pada 31 Januari 1942. Ia menjalani latihan tempur di perairan California dan di luar pantai Pearl Harbor sehingga Oktober 1942, apabila ia memasuki Limbungan Tentera Laut Puget Sound untuk mengantikan meriamnya. Setelah siap, Idaho sekali lagi menyertai latihan tempur dan pada 7 April 1943 belayar ke Kepulauan Aleut. Di sini, ia bertindak sebagai kapal pemerintah bagi pasukan pengebom dan peronda di sekitar Attu, di mana ia memberi sokongan tembakan bagi operasi pendaratan Tentera Darat Amerika Syarikat pada 11 Mei 1943. Pada bulan berikutnya, operasinya tertumpu di Kiska, semasa pertempuran memuncak pada 15 Ogos. Tentera Jepun di dapati telah mengosongkan pulau tersebut pada akhir Julai, menandakan penamatan pendudukan terakhir mereka di Kepuulauan Aleut.

Idaho kembali ke San Francisco pada 7 September 1943 dan bersedia untuk menyerang Kepulauan Gilbert. Bergerak ke Pearl Harbor, ia menyertai armada serangan pada 10 November dan tiba di pulau terumbu Makin pada 20 November. Ia memberi sokongan kepada pasukan di darat dengan melepaskan tembakan meriam dan anti pesawat. Ia kekal di Gilberts sebelum belayar ke Pearl Harbor pada 5 Disember 1943.

Misi seterusnya merupakan serangan ke atas Kepulauan Marshall. Idaho tiba di Kwajalein pada 31 Januari 1944 bagi membedil kedudukan Jepun di kawasan pantai. Sekali lagi Idaho bertempur dengan pasukan Jepun sehingga 5 Februari, apabila A.S berjaya mengapai kemenangan. Selepas mengisi bekalan di Majuro, Idaho membedil pulau-pulau di lain di kawasan ini, kemudian bergerak ke Kavieng, New Ireland pada 20 Mac 1944.

Idaho kembali semula ke New Hebrides pada 25 Mac, dan tinggal seketika di Australia sebelum tiba di Kwajalein dengan kumpulan pengiring kapal pengangkut pada 8 Jun. Dari sini, angkatan kapal ini kemudian menuju ke Marianas, di mana Idaho memulakan bedilan pra-serangan ke atas Saipan pada 14 Jun sebelum serangan darat dilakukan pada 15 Jun. Idaho kemudian bergerak ke Guam untuk tugasan pembedilan. Semasa angkatan A.S memusnahkan sebahagian besar kuasa udara kapal pengangkut pesawat Jepun dalam Pertempuran Laut Filipina dari 19 Jun sehingga 21 Jun, Idaho melindungi laluan pengangkutan penting dan konvoi simpanan. Selepas kembali sekejap di Eniwetok dari 28 Jun sehingga 9 Julai, Idaho mula membuat bedilan pra-serangan ke atas Guam pada 12 Julai, dan terus membedil Guam sehingga serangan utama dilakukan lapan hari kemudian. Semasa pasukan darat bertempur di atas pulau, Idaho berjaga-jaga di luar pantai bagi memberi sokongan penting sehingga berlabuh di Eniwetok pada 2 Ogos 1944.

Idaho kemudian bergerak ke Espiritu Santo dan memasuki pelabuhan kering terapung pada 15 Ogos untuk membaiki pelepuhnya. Selepas latihan pendaratan di Guadalcanal pada awal September, Idaho bergerak ke Peleliu pada 12 September dan mula membedil pulau ini, yang diperlukan sebagai pangkalan sebelum serangan ke atas Filipina dilakukan. Meskipun dibedil dengan hebat, kubu pertahanan Jepun memberi tentangan kuat kepada pasukan serangan A.S, dan menjadikan Idaho kekal di di luar pantai Peleliu sehingga 24 September bagi memberi sokongan tembakan kepada pasukan marin yang mara. Idaho kemudian belayar ke Manus dan akhirnya ke Bremerton, Washington, di mana ia telah dibaiki pada 22 Oktober 1944. Ia kemudian melakukan latihan pertempuran di luar pantai California.

Idaho memerlukan meriam yang berkuasa untuk serangan amfibia besar-besaran semasa dalam perjalanan ke Jepun. Idaho belayar keluar dari San Diego pada 20 Januari 1945 bagi menyertai kumpulan kapal perang di Pearl Harbor. Setelah berlatih, Idaho bergerak keluar dari Marianas pada 14 Februari untuk menyerang Iwo Jima. Semasa pasukan marin menyerbu pantai pada 19 Februari, Idaho sekali lagi membedil kedudukan musuh dengan meriamnya yang berkuasa. Ia kekal di luar pantai Iwo Jima sehingga 7 Mac, apabila ia menuju ke Ulithi bagi menyertai serangan terbesar di Pasifik, iaitu menyerang Okinawa.

Idaho berlayar pada 21 Mac 1945 dan sebagai sebahagian daripada Unit Pengeboman ke-4. Ia tiba di luar pantai Okinawa pada 25 Mac dan mula menembak kedudukan bateri pantai musuh. Pendaratan dilakukan pada 1 April, dan Jepun melancarkan cubaan terakhir bagi mengusir pasukan besar A.S dengan serangan "kamikaze". Penembak meriam Idaho berjaya menembak jatuh banyak pesawat Jepun. Dalam serangan besar-besaran pada 12 April, Idaho berjaya menembak jatuh lima buah pesawat kamikaze sebelum mengalami kerosakan di bahagian pelepuh pada sebelah kiri kapal. Selepas melakukan pembaikan sementara, Idaho belayar ke Guam pada 20 April dan tiba lima hari kemudian.

Di Guam, Idaho telah dibaiki dengan pantas dan kembali ke Okinawa pada 22 Mei untuk terus memberi sokongan tembakan. Ia kekal di Okinawa sehingga 20 Jun 1945, sebelum belayar untuk melakukan pergerakan tempur di Teluk Leyte Gulf sehingga pertempuran ditamatkan pada 15 Ogos 1945.

Idaho masuk dengan kejayaan ke dalam Teluk Tokyo bersama-sama pasukan pendudukan pada 27 Ogos, dan menyaksikan penandatangani kekalahan Jepun di atas kapal Missouri pada 2 September. Empat hari kemudian, Idaho memulakan pelayaran pulang ke pantai timur Amerika Syarikat, melalui Terusan Panama dan tiba di Norfolk pada 16 Oktober 1945. Idaho telah dilucut tauliah pada 3 Julai 1946 dan diletakan dalam simpanan sehingga dijual sebagai besi buruk pada 24 November 1947 kepada Lipsett, Incorporated, dari New York City.

Idaho telah menerima tujuh bintang pertempuran sepanjang perkhidmatannya dalam Perang Dunia II.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Breyer, Siegfried (1973). Battleships and Battle Cruisers 1905–1970. Doubleday and Company. ISBN 0385-0-7247-0.

Rencana ini merangkumi teks domain awam, Dictionary of American Naval Fighting Ships.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Breyer 1973 p. 219