Ubisoft
Logo Ubisoft (2003-kini) |
|
| Jenis | Société Anonyme |
|---|---|
| Didagangkan sebagai | Euronext: UBI |
| Industri | Permainan video |
| Ditubuhkan | 1986 |
| Ibu pejabat | Montreuil, Perancis[1] |
| Perancang utama | Yves Guillemot (Pengerusi dan CEO) |
| Produk | |
| Hasil | ▲ €1.058 billion (2013) |
| Pendapatan operasi | ▲ €260 million (2010)[2] |
| Pendapatan bersih | ▼ €89.8 juta (2010)[2] |
| Pekerja | 6,927 (2012) |
| Laman web | www.ubi.com www.ubisoftgroup.com |
Ubisoft Entertainment S.A. adalah sebuah syarikat penerbit permainan video global Perancis. Ibu pejabat mereka terletak di Montreuil, Perancis. Syarikat yang berasal dari Carentoir (Morbihan, Brittany) mempunyai 26 studio di 19 buah negara dan syarikat-syarikat di 26 buah negara.[3] Nama "Ubi" berasal dari singkatan Union des Bretons Indépendants (Kesatuan Breton Bebas).[4]
Ubisoft kini merupakan penerbit permainan video bebas ketiga terbesar yang di Eropah, dan ketiga terbesar di Amerika Syarikat. Studio pembangunan terbesar mereka ialah Ubisoft Montreal, yang teletak di Kanada, yang kini menggaji kira-kira 2,100 orang.[5] Yves Guillemot adalah pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ubisoft. Bagi tahun fiskal 2008-2009, hasil Ubisoft adalah €1.058 bilion, dan mencapai kejayaan 1 bilion euro buat kali pertama dalam sejarah Ubisoft.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Adresse du siège social d'Ubisoft sur le site officiel d'Ubisoft Corporate". Ubisoft Group. http://www.ubisoftgroup.com/gallery_files/site/270/1042/1798.pdf.
- ↑ 2.0 2.1 "Ubisoft sales boost can't stop overall losses".
- ↑ "At a glance". Ubisoft. 2009-04. http://www.ubisoftgroup.com/index.php?p=65&art_id=. Capaian 8 April 2013.
- ↑ Les Grands Nom du jeux vidéo Numéro 2 : Michel Ancel : Biographie d'un créateur de jeux vidéo français Édition Pix'N Love
- ↑ "Questions about Ubisoft Montreal – Topic Powered by eve community". http://forums.ubi.com/eve/forums/a/tpc/f/5271091065/m/1011089217?r=6521089217#6521089217.