Ubuntu

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: navigasi, gelintar
Ubuntu
Logo Ubuntu

Ubuntu 8.04 "Hardy Heron"
Tapak web: www.ubuntu.com
Syarikat/
Pembangun:
Canonical Ltd./Yayasan Ubuntu
Keluarga OS: Linux
Model sumber: Perisian Bebas dan Sumber Terbuka
Versi stabil terkini: 7.10 (Gutsy Gibbon) / 18 Oktober 2007
Versi tak stabil terkini: 8.04 LTS (Hardy Heron) / April 2008
Kaedah pengemaskinian: APT, Synaptic
Pengurus pakej: dpkg
Pelantar disokong: i386, AMD64, IA-64, UltraSPARC
Jenis inti: Inti monolit
Antara muka pengguna lalai: GNOME
Status: Semasa

Ubuntu (IPA: /ʊˈbʊntuː/ dalam Bahasa Inggeris[1], IPA: /ùbúntú/ dalam Bahasa Zulu) ialah sebuah edaran Linux berasaskan Debian tetapi disasarkan kepada pengguna atas meja. Ia menekankan kepenggunaan, pengeluaran berkala dan kemudahan pemasangan. Pembangunan Ubuntu ditaja oleh Canonical Ltd, sebuah syarikat milik Mark Shuttleworth, seorang usahawan dari Afrika Selatan. Nama edaran ini diambol daripada falsafah ubuntu di Afrika yang secara kasarnya bermaksud "kemanusiaan untuk semua".

Versi terakhir, Ubuntu 7.10 (Gutsy Gibbon), dikeluarkan secara rasmi pada 18 Oktober 2007. Versi 8.04 LTS (Hardy Heron) dijadualkan pada April 2008. Versi 8.04 diberi label LTS, iaitu "sokongan jangka masa panjang" (long term support), bermakna bahawa ia akan diselenggara oleh Canonical Ltd. selama tiga tahun untuk versi atas meja dan lima tahun untuk versi pelayan.

Terdapat tiga anak projek rasmi Ubuntu, iaitu Kubuntu, Xubuntu, dan Edubuntu. Masing-masing menggunakan kod teras yang sama, cuma Kubuntu didatangkan dengan KDE sebagai persekitaran desktop alternatif, Xubuntu didatangkan dengan Xfce untuk komputer berkuasa rendah, manakala Edubuntu pula disasarkan kepada komputer dalam bilik darjah.

[sunting] Keluaran

Setiap Keluaran Ubuntu mempunyai kod nama dan nombor versi. Nombor versi adalah berdasarkan tahun dan bulan dari keluaran. Sebagai contoh, keluaran Ubuntu yang pertama, 4.10, telah dikeluarkan pada 20 Oktober 2004.

Daftar keluaran Ubuntu yang telah dikeluarkan dan yang dirancang untuk dikeluarkan:

Versi Tarikh Keluaran Kod Nama Sub Versi Disokong sehingga
4.10 20 Oktober 2004 Warty Warthog Sounder 30 April 2006
5.04 8 April 2005 Hoary Hedgehog Array 31 Oktober 2006
5.10 13 Oktober 2005 Breezy Badger Colony 13 April 2007
6.06 LTS (Sokongan Jangka Panjang) 1 Jun 2006 Dapper Drake Flight Jun 2009 (desktop)
Jun 2011 (server)
6.10 26 Oktober 2006 Edgy Eft Knot April 2008
7.04 19 April 2007 Feisty Fawn Herd Oktober 2008
7.10 18 Oktober 2007 Gutsy Gibbon Tribe April 2009
8.04 LTS (Sokongan Jangka Panjang) Dijadualkan pada April 2008 Hardy Heron Siege April 2011 (desktop)
April 2013 (server)

CD Ubuntu boleh didapati secara percuma dalam bentuk ISO ataupun CD melalui shipit

[sunting] Lihat juga

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi