Uchiha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Simbol atau lambang untuk klan "Uchiha" berbentuk seperti kipas.

Klan Uchiha (うちは一族 Uchiha Ichizoku?) juga membawa maksud "Keluarga Uchiha" merupakan salah satu klan yang terdapat di Konohagakure dan merupakan antara klan terkuat di situ. Namun, setelah berlakunya insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Kln Uchiha" tidak lama dahulu, ahli klan ini semakin pupus.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penemuan[sunting | sunting sumber]

Moyang kepada klan "Uchiha".

Klan Uchiha brasal daripada keturunan salah seorang budak lelaki (paling berusia di antara berdua) yang dipilih oleh Pendeta Enam haluan atau "Pendeta Rikudo" dan telah diamanahkan dengan kuasanya serta jalan dunia ninja. Namun begitu, Pendeta Rikudo telah memilih budak lelaki yang lebih muda itu menjadi "waris" kepadanya kerana beranggapan dia merupakan orang yang lebih sesuai, lalu mengakibatkan budak lelaki yang lebih berusia itu menjadi seorang yang pendendam. Melalui keturunan budak lelaki yang lebih muda itulah wujudnya Klan Senju yang kemudiannya menjadi musuh ketat Klan Uchiha.

Sebelum penemuan dan penubuhan perkampungan ninja, klan Uchiha merupakan salah satu daripada ninja upahan perang yang wujud di ketika itu. Oleh kerana mereka memiliki Sharingan, mereka dikenali sebagai salah satu klan di antara dua klan terkuat pada ketika itu (satu lagi klan merupakan Klan Senju). Madara Uchiha diketahui dan dikenali sebagai ahli klan Uchiha yang paling kuat setelah dia memiliki Mangekyō Sharingan dan kemudiannya dipilih sebagai pemimpin mereka. Di bawah pimpinan Madara, klan Uchiha berkembang kuat dan berjaya mengalahkan banyak klan yang mereka lawani. Namun, hanya Klan Senju sahaja yang dapat menandingi kekuatan mereka, sehinggakan apabila Klan Uchiha diupah oleh satu pihak, pihak yang lain pasti akan mengupah Klan Senju.

Konohagakure[sunting | sunting sumber]

Ahli klan Uchiha di bawah pimpinan Madara Uchiha pada awal penubuhan Konohagakure.

Harashima Senju yang juga pemimpin kepada klan Senju sudah mula bosan dengan peperangan. Mereka telah mengemukakan satu perjanjian damai kepada klan Uchiha. Madara beranggapan bahawa penyatuan di antara klan mereka akan membawa kepada kemusnahan klan Uchiha. Namun begitu, ahli-ahli klan Uchiha tidak menyetujui pemikiran Madara dan mengakibat Madara terpaksa menerima syarat perjanjian damai tersebut. Maka, melalui penyatuan dua klan terkuat ketika itu, wujudlah perkampungan ninja yang pertama iaitu Konohagakure dengan Harashima Senju menjadi Hokage yang pertama.

Madara percaya bahawa ini akan mengakibatkan klan Uchiha berada di bawah "kekuasaan" klan Senju. Ahli-ahli klan Uchiha tetap tidak menyetujui pemikiran Madara dan menganggap Madara sengaja mahu menimbulkan semula "bara" peperangan. Mereka semua telah membelakangi Madara dan mengakibatkan Madara keluar daripada Konohagakure. Setelah Madara keluar daripada pakatan Konohagakure, Tobirama Senju yang juga Hokage Kedua di Konoha ketika itu telah menyerahkan kepimpinan Pasukan Polis Konoha kepada klan Uchiha sebagai tanda kepercayaan. Menurut Madara, ia merupakan suatu helah untuk memantau ahli-ahli klan Uchiha dan memastikan mereka tidak terlibat dalam pengurusan pentadbiran di Konoha. Setelah beberapa tahun, sesetengah Uchiha seperti Uchiha Setsuna menyedari akan motif sebenar penyerahan "kepercayaan" tersebut dan cuba memulakan pemberontakan terhadap Konohagakure seperti mana yang dilakukan oleh Madara. Namun, mereka mendapati ia sudah agak terlambat untuk membetulkan keadaan kerana Senju sudah berkuasa dalam pentadbiran Konohagakure.

Pembunuhan beramai-ramai klan Uchiha[sunting | sunting sumber]

Ahli klan Uchiha di bawah pimpinan Fugaku Uchiha yang juga Pasukan Polis Konoha.

Sepuluh tahun kemudian, setelah serangan oleh Musang Berekor Sembilan, pihak Konoha mula mengesyaki dalam disebalik serangan tersebut adalah Madara Uchiha. Kemudian, keseluruhan klan Uchiha telah dipindahkan ke bahagian hujung kampung agar mereka mudah dipantau. Ahli-ahli klan Uchiha beranggapan bahawa ini adalah seperti apa yang dikhuatiri oleh Madara beberapa tahun kebelakangan. Oleh kerana itu mereka mula merancang untuk memberontak. Seorang ahli klan Uchiha iaitu Itachi Uchiha, tidak menyetujui dengan rancangan pemberontakkan tersebut dan telah memaklumkan pihak atasan Konoha di atas apa yang cuba dilakukan oleh pihak klan Uchiha. Pada masa itu, Hiruzen Sarutobi merupakan Hokage Ketiga yang mentadbir Konoha cuba membuat rundingan perdamaina dengan klan Uchiha namun tidak berhasil. Kegagalan rundingan ini boleh meruncingkan keadaan dan mencetuskan peperangan. Kemudian, Itachi telah diarahkan untuk membunuh ke semua ahli klan Uchiha tetapi dengan mengikuti beberapa syarat.

Itachi hanya membiarkan seorang sahaja ahli klan Uchiha hidup iaitu adiknya Sasuke Uchiha. Selepas insiden pembunuhan beramai-ramai tersebut, Sasuke kemudiannya hidup dengan berpegangkan kepada niat mahu membunuh Itachi demi membela keluarga dan klannya; sesuatu yang telah dirancang oleh Itachi awal-awal lagi. Setelah mencapai cita-citanya, Sasuke telah mengetahui suatu kebenaran yang lain iaitu Madara sebenarnya masih hidup sehingga kini. Madar telah memberitahu Sasuke akan sejarah sebenar klan Uchiha dan kenapa Itachi melakukan pembunuhan tersebut. "Kebenaran" yang dinyatakan oleh Madara ini menaikkan kemarahan Sasuke dan dia berhasrat untuk memusnahkan Konoha dengan bantuan daripada Madara.

Kebolehan[sunting | sunting sumber]

Klan uchiha sangat terkenal dengan kekuatan dan sifat semulajadi mereka yang dahagakan sesuatu yang berkaitan dengan pertempuran, penggunaan chakura berkuasa dan memiliki kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan jutsu berasaskan elemen api; dengan mencipta beberapa jutsu dan menunjukkan kemahiran menggunakannya berbanding ninja-ninja yang lain. Jutsu kegemaran mereka merupakan Gaya Lepas Sifat Api: Teknik Bola Api Gergasi. Seseorang ahli klan tidak akan diktiraf sebagai orang dewasa oleh ahli-ahli klan Uchiha sehinggalah mereka memahirkan jutsu ini. Klan Uchiha juga dikenali dengan kemahiran mereka menggunakan alatan ninja. Mereka juga turut mencipta banyak teknik menggunakan "shuriken" (pisau terbang) seperti mana Teknik Pisau Terbang Bermata Tiga yang digunakan bersama seutas dawai besi yang diikat kepadanya.

Akan tetapi, klan Uchiha sangat digeruni kerana kebolehan mereka menggunakan Sharingan, sejenis "Kekkei Genkai" yang memberikan mereka keupayaan untuk melihat "warna" chakura, membolehkan mereka menganalisis dan meniru jutsu pihak lawan beserta ebberapa kemahiran lain. Hanya sebahagian sahaja anggota daripada klan Uchiha yang memiliki Sharingan. Oleh kerana sifat mereka yang mendahagakan pertarungan dan kemahiran mereka menggunakan genjutsu, kebanyakkan ninja lain berpendapat bahawa adalah lebih baik dan bersifat taktikal untuk melarikan diri berbanding bertarung apabila berhadapan dengan seorang ninja daripada klan Uchiha dalam perlawanan satu lawan satu.

Madar mendapati bahawa, dengan melihat atau mengalami kematian orang yang rapat dengan mereka memboleh seseorang Uchiha meningkatkan keupayaan Sharingan yang mereka miliki kepada Mangekyō Sharingan. Ia memberikan penggunanya satu kuasa yang baru namun akan membebankan fungsi mata mereka jikalau digunakan secara berlebihan dan mengakibatkan kebutaan. Hanya dengan mengambil dan mengimplankan mata kepunyaan seorang Uchiha yang lain membolehkan mereka melihat semula. Itachi turut menyatakan bahawa keupayaan dan cara mendapatkan Mangekyō Sharingan telah ditemui setelah beberapa siri percubaan dan kegagalan; membuktikan bahawa ramai Uchiha pada waktu dahulu melakukan banyak percubaan untuk memperolehi kuasa hebat Mangekyō Sharingan.

Senarai Uchiha yang diketahui[sunting | sunting sumber]

Moyang Uchiha[sunting | sunting sumber]

Moyang kepada klan "Uchiha".

Moyang kepada Uchiha merupakan anak lelaki pertama kepada Pendeta Enam Haluan. Dia telah dilahirkan dengan memiliki mata seperti pendeta: memberikannya chakura yang berkuasa dan tenaga spiritual. Dia menganggap kuasa tersebut merupakan kunci kepada keamanan. Akan tetapi, ketika "Pendeta Sennin' hampir menemui ajal, dia telah memilih anak keduanya untuk menyambung cita-citanya kepada keamanan di dunia ninja. Manakala, anak yang pertama beranggapan bahawa, Pendeta Sennin seharusnya memilih beliau sebagai waris. Dia kemudiannya bertarung dengan adiknya untuk mendapatkan "hak" yang sepatutnya menjadi milik dirinya. Keturunannya iaitu klan Uchiha kemudiannya menyambung dendam di antara mereka dengan keturunan anak yang kedua; klan Senju.

Moyang Uchiha dilihat memakai sejenis jubah dan mempunyai rambut panjang yang berwarna hitam. Anak matanya juga hampir menyamai bentuk anak mata Rinnegan dan tidak mempunyai "roda karang" seperti Sharingan; malah anak matanya mempunyai bentuk pusaran yang "hampir" lengkap.

Sebagai anak pertama kepada Pendeta Sennin, dia dilahirkan dengan "mata" kepunyaan pendeta. Adalah kemungkinan "mata" tersebut telah berevolusi kepada bentuk anak mata Sharingan di generasi yang seterusnya.



Fugaku Uchiha[sunting | sunting sumber]

Uchiha Fugaku

Fugaku Uchiha (うちはフガク Uchiha Fugaku?) merupakan ketua kepada Pasukan Polis Konoha, bapa kepada Itachi dan Sasuke dan juga ketua kepada klan Uchiha.


  • Nama: Fugaku Uchiha (うちはフガク, Uchiha Fugaku)
  • Debut: Bab 145 (Manga); Naruto: Episod 84 (Anime)
  • Pangkat Tertinggi: Jōnin
  • Tarikh lahir: August 16
  • Umur: 40
  • Status: Mati, dibunuh
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Ketua klan Uchiha, Pasukan Polis Konoha
  • Keluarga: Mikoto Uchiha, Itachi Uchiha, Sasuke Uchiha
  • Jenis Elemen: Gaya Lepas Sifat Api
  • Jutsu: Gaya Lepas Sifat Api: Teknik Bebola Api Gergasi


Personaliti[sunting | sunting sumber]

Sebagai ketua kepada Pasukan Polis Konoha, Fugaku mengambil berat akan kebajikan dan kepentingan terhadap klan Uchiha. Anak lelakinya iaitu Sasuke menganggap beliau seorang ayah yang tidak peramah dan tidak mementingkan dirinya kerana jarang meluangkan amsa kepadanya (namun isterinya menerangkan kepada Sasuke sebaliknya). Dia lebih memberikan masa dan perhatian terhadap anak sulungnya, Itachi kerana menganggap dia bakal menggantikannya sebagai ketua klan Uchiha. Sasuke telah berlatih berterusan untuk mendapat perhatian dan pengiktirafan daripada Fugaku.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Menutur Madara Uchiha, apabila Musang Berekor Sembilan menyerang Konoha, penduduk kampung telah menuduh klan uchiha menjadi dalang kepada insiden tersebut. Kepercayaan ini mengakibatkan berlakunya ketegangan di antara penduduk kampung dengan klan Uchiha. Fugaku telah merancang satu pemberontakan yang diharapkan akan dapat mengambil alih tampuk pimpinan di Konoha. Fugaku telah menjadikan Itachi sebagai perisik di dalam ANBU untuk mendapatkan maklumat bagi klan Uchiha. Namun begitu, Itachi telah membelot klan Uchiha secara diam-diam dan telah menjadi "perisik dua muka" dan membocorkan maklumat mengenai kegiatan klan Uchiha kepada pentadbiran Konoha.

Oleh kerana Itachi merupakan anak sulungnya, Fugaku cuba memberikan sepenuh perhatian terhadapnya sehinggakan sanggup mempertahankan Itachi apabila dia disyaki membunuh Shisui Uchiha. Namun begitu, kedua-dua mereka menjadi renggang dan Fugaku mula memberikan perhatian kepada Sasuke dan mula mengajarnya bagaimana melakukan Gaya Lepas Sifat Api: Teknik Bebola Api Gergasi. Sasuke kemudiannya dapat merasai kegembiraan apabila bersama dengan ayahnya. Fugaku menasihatkan Sasuke agar tidak mengikuti jejak langkah Itachi. Fugaku kemudiannya didapati mati terbaring di atas isterinya apbila dibunuh oleh Itachi ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha]].

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai ketua kepada klan Uchiha, adalah dijangkakan dia mengetahui banyak teknik milik klan uchiha. Seperti yang dilihat dalam Bahagian I, Fugaku turut memiliki Sharingan seperti kebanyakan ahli klan Uchiha yang lain. Sebagai ketua Pasukan Polis Konoha, Fugaku juga boleh dikatakan memiliki kepintaran dan merupakan musuh yang sukar ditandingi ketika di dalam sesuatu pertempuran.



Hikaku Uchiha[sunting | sunting sumber]

Fail:Hikaku Uchiha.JPG
Hikaku Uchiha

Hikaku Uchiha (うちはヒカク Uchiha Hikaku?) merupakan salah seorang anggota klan Uchiha semasa "sebelum" wujudnya Konohagakure. Walaupun usianya agak muda, namun dia merupakan seorang ninja yang berkuasa dan memiliki skil dan daya kepimpinan.


  • Nama: Hikaku Uchiha (うちはヒカク, Uchiha Hikaku)
  • Debut: Bab 398 (Manga); Shippūden Episod 140 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Umur: 25
  • Status Tidak diketahui (berkemungkinan mati)
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Hikaku turut membawa maksud "perbezaan" (比較), "kulit" (皮革) atau "menara rahsia" (秘閣) di dalam bahasa Jepun.



Inabi Uchiha[sunting | sunting sumber]

Fail:Inabi Uchiha.jpg
Inabi Uchiha

Inabi Uchiha (うちはイナビ Uchiha Inabi?) merupakan salah seorang anggota Pasukan Polis Konoha dan juga ahli klan Uchiha. Dia bersama dua lagi rakannya; Yashiro Uchiha dan Tekka Uchiha telah menyoal ke manakah gerangan Itachi berada ketika Shisui Uchiha membunuh diri. Itachi menjawab pertanyaan dengan cara yang agak kasar, lalu menjadikan dia sebagai senarai orang yang disyaki. Inabi kemudiannya telah dibunuh oleh Itachi ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha".


  • Nama: Inabi Uchiha (うちはイナビ, Uchiha Inabi)
  • Debut: Bab 221 (Manga), Naruto Episod 129 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: 25
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Pasukan polis Konoha


Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai salah seorang ahli klan Uchiha, Inabi didapati turut memiliki Sharingan, iaitu kebolehan Kekkei Genkai bagi klan Uchiha. Dia juga turut dijangkakan mengetahui Gaya Lepas Sifat Api: Teknik Bebola Api Gergasi, teknik-teknik berkaitan dengan klan Uchiha sebagai tanda salah seorang yang berusia di dalam klan tersebut.



Itachi Uchiha[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Itachi Uchiha

Itachi Uchiha (うちはイタチ Uchiha Itachi?) merupakan abang kepada Sasuke Uchiha. Itachi merupakan ninja pelarian daripada Konohagakure dan merupakan anggota penting bagi organisasi Akatsuki dan menjadi pasangan kepada Kisame Hoshigaki.


  • Nama: Itachi Uchiha (うちはイタチ, Uchiha Itachi)
  • Debut: Bab 139 (Manga), Naruto Episod 80 (Anime)
  • Muncul dalam: Manga dan anime
  • Pangkat Tertinggi: Chūnin
  • Klasifikasi: ANBU, Kelas-S, Ninja Pelarian
  • Umur: Bahagian I: 17-18, Bahagian II: 20-21
  • Status: Mati, terbunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Akatsuki (umum), Konohagakure (rahsia)
  • Pertubuhan (terdahulu): Klan Uchiha, Konohagakure (umum)
  • Pekerjaan (terdahulu):' ANBU
  • Keluarga: Fugaku Uchiha (ayah), Mikoto Uchiha (ibu), Sasuke Uchiha (adik)
  • Jenis Elemen: Gaya Lepas Sifat Api, Gaya Lepas Sifat Air



Izuna Uchiha[sunting | sunting sumber]

Fail:Izuna Uchiha.JPG
Izuna Uchiha

Izuna Uchiha (うちはイズナ Uchiha Izuna?) merupakan adik kepada Madara Uchiha yang juga merupakan ahli klan uchiha yang terkenal dengan kekuatannya. Dia memiliki banyak persamaan dengan Sasuke terutamanya dari segi rupa paras.


  • Nama: Izuna Uchiha (うちはイズナ, Uchiha Izuna)
  • Debut: Bab 386 (Manga), Shippūden Episod 136 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: Tidak diketahui
  • Status: Mati, terbunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Rakan: Madara Uchiha
  • Pertubuhan: Klan Uchiha
  • Keluarga: Madara Uchiha (Abang)


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Lapan tahun sebelum bermulanya siri ini, Izuna dan abangnya (Madara) dikatakan setanding dan merupakan ahli klan Uchiha yang berbakat besar. Mereka berdua sering berlatih dan bertarung sesama sendiri untuk meningkatkan kekuatan masing-masing. Kedua-dua mereka telah berjaya mengaktifkan Sharingan ketika masih muda dan merupakan orang pertama berjaya mengaktifkan Mangekyō Sharingan. Madara menggunakan kuasa barunya untuk menguasai klan dengan Izuna sebagai pembantu di sisinya. Apabila Madara mula kehilangan penglihatannya, dia telah mengambil mata Izuna untuk mendapatkan kembali penglihatannya. Itachi mengatakan bahawa Madara telah mengambil mata Izuna secara paksaan, tetapi melalui cerita Madara pula, Izuna memberikan matanya kepada Madara dengan kerelaan hatinya demi kebaikan abang dan juga klan Uchiha. Menurut Buku Data Naruto Ketiga, Izuna kemudiannya telah mati dalam pertempuran.

Keupayaan[sunting | sunting sumber]

Sebagai adik kepada Madara yang merupakan ninja terkuat dalam klan Uchiha, Izuna turut dikatakan mampu bersaing sama hebat dengan abangnya dalam pelbagai aspek. Kedua-duanya memiliki jumlah chakura yang besar, walaupun di antara ahli klan Uchiha itu sendiri. Mangekyō Sharingan milik Izuna diaktifkan beberapa ketika selepas Madara berjaya mendapatkan Mangekyō Sharingan miliknya. Mangekyō Sharingan Izuna memiliki anak mata yang berbentuk tiga palang yang mengunjur keluar menjauhi anak matanya. Apabila Madara mengambil mata Izuna, kedua-dua bentuk Mangekyō Sharingan bergabung. Izuna kehilangan penglihatannya dan menjadi buta, namun masih mampu hidup dan bertarung. Bagaimana pun, dengan kekurangan yang dialaminya, mengakibatkan dia terbunuh di medan pertempuran.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Izuna (飯綱) merupakan nama lain bagi "semangat angin" dan boleh diterjemahkan sebagai "tali beras".
  • Izuna dan Obito memiliki beberapa persamaan:
    • Kedua-duanya memberikan mata mereka kepada orang yang lain
    • Memiliki jenis darah yang sama
  • Menurut Buku Data Naruto Ketiga:
    • Hobi Izuna adalah berlatih dengan Madara
    • Izuna merupakan seorang yang setia dan suka akan keharmonian
    • Izuna terkorban di dalam pertempuran selepas matanya diambil oleh Madara



Madara Uchiha[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Madara Uchiha
Fail:Madara Uchiha-2.JPG
Madara Uchiha ketika muda
Madara Uchiha yang menyamar sebagai "Tobi" dalam Akatsuki

Madara Uchiha (うちはマダラ Uchiha Madara?), menyamar sebagai "Tobi" (トビ) apabila pertama kali diperkenalkan merupakan pengasas Konohagakure bersama-sama Harashima Senju daripada klan Senju. Madara juga merupakan pengasas kepada organisasi Akatsuki dan ketua kepada klan Uchiha. Apabila dia menyertai Akatsuki sebagai "Tobi" dengan menggantikan tempat kosong ditinggalkan oleh Sasori dan digandingkan bersama Deidara. Setelah kematian Deidara, Tobi kemudiannya mengumumkan bahawa dia sebenarnya adalah Madara Uchiha. Madara turut dikenali oleh Kisame kerana dia pernah menjadi Mizukage untuk kampung Kirigakure, namun tidak diketahui bila.

Madara merupakan musuh utama dalam siri Naruto yang mengakibatkan serangan Musang Berekor Sembilan ke atas Konohagakure, terlibat dalam insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha" dan menubuhkan organisasi Akatsuki.


  • Nama: Madara Uchiha (うちはマダラ, Uchiha Madara), Tobi (トビ)
  • Debut: Bab 280 (Manga), Shippūden Episod 32 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Kage
  • Umur: Tidak diketahui
  • Status: Masih hidup
  • Klasifikasi: Ninja Kelas-S, Ninja pelarian
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Akatsuki
  • Pertubuhan (terdahulu): Klan Uchiha, Konohagakure, Kirigakure
  • Pekerjaan: Ketua Akatsuki
  • Pekerjaan (terdahulu): Mizukage, anak buah kepada Zetsu, Pengasas dan ketua klan Uchiha
  • Keluarga: Izuna Uchiha
  • Jenis Elemen: Gaya Lepas Sifat Tanah



Mikoto Uchiha[sunting | sunting sumber]

Fail:Mikoto Uchiha.JPG
Mikoto Uchiha

Mikoto Uchiha (うちはミコト Uchiha Mikoto?) merupakan ibu kepada Itachi Uchiha dan Sasuke Uchiha serta isteri kepada Fugaku Uchiha. Ketika masih hidup, dia kelihatan lebih memberi perhatian kepada Sasuke berbanding suaminya yang mementingkan Itachi. Mikoto merupakan seorang ibu yang baik dan ini dapat dilihat melalui kelakuan Sasuke yang mampu berbual dengan cara yang baik bersamanya berbanding dengan suaminya.

Pada satu ketika, dia pernah cuba menghiburkan Sasuke dengan memberitahu apabila dia dan suaminya bersendirian, mereka sering berbicara mengenai Sasuke. Walaupun Mikoto merupakan ibu kepada Itachi, namundia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku. Mikoto kemudiannya ditemui mati terbaring dengan mayat suami di atas badannya ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha" kerana dibunuh oleh Itachi.

  • Nama: Mikoto Uchiha (うちはミコト, Uchiha Mikoto)
  • Debut: Bab 145 (Manga), Naruto Episod 84 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Jōnin
  • Umur: 35
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Perempuan
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Keluarga: Itachi Uchiha (anak), Sasuke Uchiha (anak), Fugaku Uchiha (suami)


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Itachi dan Sasuke memiliki rupa paras mirip dengan ibu mereka; Mikoto berbanding ayah mereka; Fugaku kecuali garisan halus di bawah mata Itachi yang menyerupai Fugaku.



Obito Uchiha[sunting | sunting sumber]

Obito Uchiha (うちはオビト Uchiha Obito?) adalah watak yang muncul dalam babak Kakashi Gaiden yang juga merupakan rakan sepasukan Kakashi Hatake dalam Pasukan Minato.


  • Nama: Obito Uchiha (うちはオビト, Uchiha Obito)
  • Debut: Bab 16 (muka tambahan), Bab 122 (imbasan), Bab 239 (Manga); Naruto Episod 72 (imbasan), Shippūden Episod 119 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Pangkat Tertinggi: Chūnin
  • Umur: 13
  • Status: Mati, terbunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Konohagakure
  • Pasukan: Pasukan Minato
  • Bentuk Elemen: Gaya Lepas Sifat Api


Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Pasukan Minato: Minato, Kakashi, Obito dan Rin.

Obito menamatkan latihan di Akademi Ninja pada usia 9 tahun dan telah menjadi Chūnin pada usia 11 tahun. Ketika berlakunya Perang Dunia Ninja Ketiga, pasukan Minato telah ditugaskan untuk memusnahkan Jambatan Kannabi. Oleh kerana Kakashi baru menjadi Jōnin, maka dia ditinggalkan untuk mengetuai pasukan tersebut. Sebelum berlepas untuk menjalankan misi mereka, Minato Namikaze dan Rin telah memberikan hadiah kepada Kakashi namun tidak oleh Obito yang terlupa. Minato meninggalkan mereka untuk bertempur di garisan hadapan, di mana kemudiannya mengakibatkan Rin ditangkap oleh ninja Iwagakure. Kakashi mengambil keputusan untuk tidak menyelamatkan Rin dan mahu memastikan misi disempurnakan terlebih dahulu. Obito tidak bersetuju dan mula bertengkar dengan Kakashi. Dia turut memberitahu kepada Kakashi bahawa: "Mereka yang melanggar peraturan ninja adalah sampah, tetapi mereka yang tidak menghiraukan rakan mereka adalah lebih teruk daripada sampah." sebelum mereka berpisah.

Fail:Obito 2.PNG
Obito mengaktifkan Sharingan miliknya.

Apabila Obito menjumpai tempat di mana Rin dikurung, dia kemudiannya diserang hendap oleh Taiseki. Kakashi yang telah berubah hati tiba tepat pada masanya untuk menyelamatkan Obito dan kemudian Taiseki menggunakan Teknik Halimunan untuk bersembunyi. Ketika dalam keadaan halimunan, Taiseki berjaya mencederakan mata kiri Kakashi. Untuk menyelamatkan rakannya, Obito berjaya mengaktifkan Sharingan miliknya dan berjaya mengesan Taiseki lalu mengalahkannya. Obito dan Kakashi kemudiannya cuba menyelamatkan Rin, namun setelah Rin dibebaskan mereka diserang hendap sekali lagi oleh ninja-ninja Iwagakure. Ninja-ninja Iwagakure telah meletupkan gua tempat di mana Rin disembunyikan menyebabkan mereka bertiga bertempiaran cuba menyelamatkan diri. Melihat Kakashi hampir ditimbus oleh batuan yang jatuh, Obito telah menolak Kakashi ke tepi dan mengakibatkan dirinya sendiri ditimbus oleh batu tersebut dan mengakibatkan bahagian kana tubuhnya cedera teruk. Oleh kerana gagal melepaskan dirinya, Obito telah meminta Rin memindahkan "Sharingan" di mata kirinya kepada Kakashi: sebagai ganti dia terlupa memberikan hadiah kepada Kakashi bersempena dia dilantik menjadi Jōnin. Setelah pemindahan mata tersebut berjaya, Rin dan Kakashi telah dipaksa untuk berundur kerana gua tersebut mulai runtuh. Obito kemudiannya telah ditimbus sepenuhnya oleh runtuhan gua tersebut sambil memikirkan mengenai teman-temannya.

Personaliti[sunting | sunting sumber]

Obito yang kerap datang lewat ke sesuatu perjumpaan kumpulannya sering memberikan alasan bahawa diterlewat kerana melakukan kerja kebaikan seperti menolong nenek memunggahkan barang-barang. Minato menganggap ianya adalah benar tetapi tidak bagi Kakashi. Obito juga kadangkala bersikap keras kepala, namun tidak seperti Kakashi yang terlalu berkeras mengenai soal peraturan. Obito juga seorang yang tidak memikirkan banyak masalah dan sanggup menyelamatkan temannya daripada menyempurnakan misi - sama seperti ayah Kakashi; Sakumo Hatake. Obito juga kadang kala berbohong untuk mengelakkan masalah atau ketika berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan, contohnya; sekiranya dia menangis, dia akan mengatakan ada habuk memasuki matanya (walaupun ketika itu dia memakai gogel). Obito mempunyai perasaan cinta kepada teman sepasukannya iaitu Rin. Namun begitu, Obito tidak pernah meluahkan perasaannya meski pun ketika dia hampir menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Obito memiliki struktur wajah yang menyamai Naruto Uzumaki dan mereka turut memiliki personaliti yang sama. Kedua-dua mereka sangat terdesak untuk mencari pengiktirafan orang lain ketika masih kanak-kanak, memiliki permusuhan dengan teman sepasukan mereka (Obito dan Kakashi, Naruto dan Sasuke) dan mereka turut menyukai teman sepasukan mereka (Obito dan Rin, Naruto dan Sakura). Mereka juga berkelakuan sedikit "bodoh" oleh kerana kecuaian mereka. Namun, tidak seperti Naruto, Obito dilihat lebih bersikap tenang atau tidak mencabar seseorang melainkan secara berkumpulan.

Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Sebelum Tobi mendedahkan dirinya adalah Madara, segelintir peminat membuat andaian bahawa Tobi sebenarnya adalah Obito. Ejaan "Obito" juga sama dengan "Tobi" sehinggakan ada peminat menamakan mereka "ObiTobi" atau "Tobito".Obito dan Tobi didapati memiliki ciri yang sama seperti:
    • Kedua-duanya hanya memiliki mata kanan, kerana Tobi hanya mempamerkan mata kanannya sahaja melalui topeng yang dipakainya
    • Kedua-duanya memiliki personaliti yang hampir sama, bersikap "kebodoh-bodohan"
    • Kedua-duanya memiliki gaya rambut yang hampir serupa
    • Kedua-duanya memiliki jenis darah yang sama
  • Obito dan Izuna Uchiha turut memiliki beberapa persamaan:
    • Kedua-duanya mati dalam pertempuran
    • Kedua-duanya memberikan Sharingan mereka kepada orang lain
    • Kedua-duanya mempunyai tarikh lahir yang sama
    • Kedua-duanya memiliki jenis darah yang sama
  • Kemunculan pertama Obito di dalam siri permainan video adalah melalui judul Naruto Shippūden: Narutimate Accel 3
  • Dalam manga chapter 600, watak Tobi sebenarnya adalah Obito.

Ungkapan[sunting | sunting sumber]

  • (Kepada Kakashi) "Mereka yang melanggar peraturan ninja adalah sampah, tetapi mereka yang meninggalkan rakan mereka adalah lebih teruk daripada sampah."
  • (Kepada Kakashi) "Saya percaya bahawa 'Taring Putih' adalah hero sebenar!"
  • (Kata-kata terakhir) "Hanya apabila kami (dengan Kakashi) semakin rapat...Saya tidak dapat meluahkan kepada Rin bahawa saya menyintainya...Saya berharap dapat meluangkan masa lebih banyak dengan semua orang..."



Sasuke Uchiha[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sasuke Uchiha
Fail:Sasuke At The Chūnin Exams.PNG
Sasuke Uchiha ketika Peperiksaan Chunin.

Sasuke Uchiha (うちはサスケ Uchiha Sasuke?) merupakan salah seorang watak utama dalam siri Naruto. Walaupun pada mulanya dia memegang watak protagonis, namun ketika jalan cerita semakin berkembang, Sasuke telah berubah kepada watak antagonis paling berpengaruh.

Sasuke merupakan ninja pelarian daripada Konohagakure dan buat jangka masa terkini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh seluruh dunia ninja.


  • Nama: Sasuke Uchiha (うちはサスケ, Uchiha Sasuke)
  • Debut: Bab 3 (Manga), Naruto Episod 1 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Pangkat Tertinggi: Genin
  • Klasifikasi: Ninja pelarian
  • Umur: Bahagaian I: 12-13; Bahagian II: 15-16
  • Status: Masih Hidup
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Akatsuki
  • Pertubuhan (terdahulu): Konohagakure, Otogakure
  • Pasukan: Pasukan Taka (Pasukan helang)
  • Pasukan (terdahulu): Pasukan Hebi, Pasukan Kakashi (Pasukan 7)
  • Pekerjaan: Penjenayah dunia
  • Keluarga: Fugaku Uchiha (ayah), Mikoto Uchiha (ibu), Itachi Uchiha (abang)
  • Bentuk Elemen: Gaya Lepas Sifat Api, Gaya Lepas Sifat Guruh



Setsuna Uchiha[sunting | sunting sumber]

Fail:Setsuna Uchiha.JPG
Setsuna Uchiha

Setsuna Uchiha (うちはセツナ Uchiha Setsuna?) merupakan anggota klan Uchiha ketika Konohagakure di bawah pemerintahan Hokage Kedua. Dia juga merupakan salah seorang anggota Pasukan Polis Konoha.

Muak dengan tindakan Hokage Kedua yang mengesyaki klan Uchiha, dia cuba melakukan pemberontakkan untuk mengambil alih kepimpinan dari klan Senju.


  • Nama: Setsuna Uchiha (うちはセツナ, Uchiha Setsuna)
  • Debut: Bab 399 (Manga), Shippūden Episod 140 (Anime)
  • Muncul dalam:Anime dan manga
  • Umur: 26
  • Status: Tidak diketahui, dianggap sudah mati
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Pasukan Polis Konoha


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Perkataan "Setsuna" boleh membawa maksud "seketika" atau "sekelip mata" (刹那), atau kesakitan, mencuba (sebagai versi pendek "setsunai" 切ない).



Shisui Uchiha[sunting | sunting sumber]

Shisui Uchiha

Shisui Uchiha (うちはシスイ Uchiha Shisui?) turut dikenali dengan nama "Shisui si Pembalik Tubuh" (瞬身のシスイ, Shunshin no Shisui) dan merupakan seorang ninja berbakat daripada klan Uchiha. Shisui merupakan sahabat baik kepada Itachi Uchiha dan Itachi turut menganggap Shisui sebagai abangnya. Bagaimana pun, apabila Itachi mula bertindak pelik, Shisui telah diarahkan oleh Pasukan Polis Konoha untuk mengekori dan menyiasat Itachi. Tidak berapa lama kemudian, Shisui ditemui mati lemas di dalam sungai Nakano. Walaupun ianya dilihat sebagai membunuh diri, pasukan polis mengesyaki Itachi telah membunuhnya dan menggunakan Sharingan miliknya untuk membuat satu surat wasiat palsu. Walaupun, Itachi mengaku membunuh Shisui namun cara kematian sebenarnya masih lagi menjadi misteri.

Pada satu ketika dahulu, Shisui didapati pernah bertarung dengan Ao dari Kirigakure. Ao masih memiliki ingatan mengenai rupa bentuk chakra dan keupayaan "mengawal" orang lain menggunakan Sharingan milik Shisui. Oleh kerana itu, Ao mengenali "tangan dan mata kanan Shisui" telah dipindahkan ke tubuh Danzō melalui bentuk warna chakura yang dihasilkan.


  • Nama: Shisui Uchiha (うちはシスイ, Uchiha Shisui)
  • Nama Samaran: "Shisui si Pembalik Tubuh" (瞬身のシスイ, Shunshin no Shisui)
  • Debut: Bab 222, Bab 459 (Manga); Naruto Episod 129 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: Tidak diketahui
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Nama Shisui' boleh diterjemahkan kepada dua bahagian. Menggabungkan perkataan Shi (死, Mati) dan Sui (水, Air), Shisui boleh membawa maksud "air mati", yang mana merujuk kepada cara dia dibunuh (mati lemas di dalam sungai). Perkataan "Shisui" itu sendiri membawa maksud "air tenang".



Tekka Uchiha[sunting | sunting sumber]

Tekka Uchiha

Tekka Uchiha (うちはテッカ Uchiha Tekka?) merupakan salah seorang anggota Pasukan Polis Konoha dan juga ahli klan Uchiha. Dia bersama dua lagi rakannya; Yashiro Uchiha dan Inabi Uchiha telah menyoal ke manakah gerangan Itachi berada ketika Shisui Uchiha membunuh diri. Itachi menjawab pertanyaan dengan cara yang agak kasar, lalu menjadikan dia sebagai senarai orang yang disyaki. Ianbi kemudiannya telah dibunuh oleh Itachi ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha".


  • Nama: Tekka Uchiha (うちはテッカ, Uchiha Tekka)
  • Debut: Bab 221 (Manga), Naruto Episod 129 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: 21
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Pasukan polis Konoha



Teyaki Uchiha[sunting | sunting sumber]

Teyaki Uchiha

Teyaki Uchiha (うちはテヤキ Uchiha Teyaki?) merupakan suami kepada Uruchi Uchiha dan ahli klan Uchiha. Teyaki juga merupakan pemilik kepada kedai "Uchiha Senbei" (うちはせんべい) dan menjadi pengedar senbei ekpada seluruh keluarga Uchiha. Kedai tersebut sudah wujud sebelum wujudnya Konoha lagi. Resipi senbei yang digunakan oleh Teyaki adalah dari rahsia turun-temurun keluarganya.

Teyaki juga merupakan salah seorang daripada ramai orang di dalam Konoha yang memberikan galakkan kepadanya agar menjadi ninja hebat melalui caranya sendiri daripada sentiasa memuji Itachi. Dia kemudiannya telah dibunuh oleh Itachi ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha".


  • Nama: Teyaki Uchiha (うちはテヤキ, Uchiha Teyaki)
  • Debut: Bab 225 (Manga); Naruto Episod 84 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Umur: 46
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Keluarga: Uruchi Uchiha (Isteri)


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Teyaki membawa maksud "disediakan di rumah" (手焼き) dalam bahasa Jepun.



Uruchi Uchiha[sunting | sunting sumber]

Uruchi Uchiha

Uruchi Uchiha (うちはウルチ Uchiha Uruchi?) merupakan isteri kepada Teyaki Uchiha dan pernah memiliki kedai kecil di kawasan penempatan klan Uchiha. Uruchi merupakan salah seorang daripada ramai orang di dalam Konoha yang memberikan galakkan kepadanya agar menjadi seperti Itachi. Melalui perbualan pendek bersama Sasuke, Uruchi didapati seperti tidak memberikan perhatian kepadanya dan tidak mengetahui berapakah umur Sasuke. Dia kemudiannya telah dibunuh oleh Itachi ketika insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha".


  • Nama: Uruchi Uchiha (うちはウルチ, Uchiha Uruchi)
  • Debut: Bab 225 (Manga); Naruto Episod 84 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan manga
  • Umur: 46
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Perempuan
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Keluarga: Teyaki Uchiha (Suami)


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Pemilik rumah tumpangan Gennō memiliki rupa paras seakan-akan Uruchi Uchiha.
  • Sasuke memanggil Uruchi dan suaminya sebagai "makcik" dan "pakcik". Berkemungkinan ianya sebagai tanda Sasuke menghormati Uruchi sebagai wanita yang lebi berumur daripadanya dengan panggilan "makcik" (おばさん, Oba-san). Namun begitu, masih tidak terdapat kenyaatan yang jelas sama ada Uruchi adalah benar-benar ibu saudara kepada Sasuke.



Yakumi Uchiha[sunting | sunting sumber]

Yakumi Uchiha

Yakumi Uchiha (うちはヤクミ Uchiha Yakumi?) merupakan ahli klan Uchiha ketika waktu sebelum berlakunya insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha". Sebagai salah seorang anggota Pasukan Polis Konoha, dia selalu membantu Fugaku Uchiha. Dia memiliki perasaan dan kesetiaan yang kuat terhadapa klan Uchiha.


  • Nama: Yakumi Uchiha (うちはヤクミ, Uchiha Yakumi)
  • Debut: Bab 399 (Manga); Shippūden Episod 140 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: 28
  • Status: Tidak diketahui, dianggap sudah mati
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Pasukan Polis Konoha


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Yakumi (薬味) membawa maksud "sampingan" atau "rempah".



Yashiro Uchiha[sunting | sunting sumber]

Yashiro Uchiha

Yashiro Uchiha (うちはヤシロ Uchiha Yashiro?) merupakan salah seorang anggota Pasukan Polis Konoha dan juga ahli klan Uchiha.Dia bersama dua lagi rakannya; Inabi Uchiha dan Tekka Uchiha telah menyoal ke manakah gerangan Itachi berada ketika Shisui Uchiha membunuh diri. Itachi menjawab pertanyaan dengan cara yang agak kasar, lalu menjadikan dia sebagai senarai orang yang disyaki

yashiro juga merupakan satu-satunya ahli klan Uchiha yang tidak mempunyai rambut berwarna hitam. Walaupun usianya yang agak lanjut, Yashiro merupakan anggota berpangkat tinggi dalam Pasukan Polis Konoha. Ia dapat dilihat melalui imbauan dalam siri anime menunjukkan dia tidak begitu menyenangi Itachi. Sebahagian punca dia berlaku sedemikian kerana Yashiro beranggapan Itachi hanya mahu menunjuk-nunjuk dan dapat memasuki ANBU dengan cara mudah (kerana ayahnya adalah ketua Pasukan Polis Konoha), walaupun Yashiro sendiri tahu Itachi memang seorang ninja berbakat meskipun di kalangan ahli klan Uchiha.

Yashiro kemudiannya telah dibunuh sewaktu insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha" oleh Itachi.


  • Nama: Yashiro Uchiha (うちはヤシロ, Uchiha Yashiro)
  • Debut: Bab 221 (Manga), Naruto Episod 129 (Anime)
  • Muncul dalam: Anime dan Manga
  • Umur: 45
  • Status: Mati, dibunuh
  • Jantina: Lelaki
  • Pertubuhan: Klan Uchiha, Konohagakure
  • Pekerjaan: Pasukan polis Konoha


Trivia[sunting | sunting sumber]

  • Nama Yashiro membawa maksud "patung pujaan" (社). "Shiro" pula bermaksud "putih" (白).

Trivia Uchiha[sunting | sunting sumber]

  • Uchiha merupakan salah satu cara untuk menyebut "uchiwa" (団扇 Kipas Kertas?), yang menjadi simbol atau lambang kepada klan Uchiha. Kipas boleh digunakan untuk memarakkan api agar lebih panas - sekali gus merujuk kepada klan Uchiha yang mahir menggunakan jutsu berasaskan elemen api.
  • Ketiga-tiga ahli klan Uchiha yang terselamat daripada insiden "Pembunuhan Beramai-ramai Klan Uchiha" kemudiannya telah menyertai organisasi gelap bernama Akatsuki.
  • Ketiga-tiga mereka juga diketahui telah memperolehi Mangekyō Sharingan dan "mempunyai" adik atau abang yang juga memiliki Mangekyō Sharingan.
  • Menurut Buku Data Naruto Ketiga, Musang Syaitan Berekor Sembilan atau "Kyubi" adalah satu-satunya pihak yang mengetahui rahsia klan Uchiha dan Naruto. Bagaimana pun, ia tidak mempunyai niat untuk memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa.
  • Pada permulaan siri manga, Kakashi pernah menyatakan bahawa klan Uchiha berkemungkinan berasal daripada Klan Hyuga. Namun, semua itu terjawab apabila kisah mengenai Pendeta Enam Haluan oleh Madara mengaitkan bahawa nenek moyang Uchiha merupakan salah seorang daripada dua orang lelaki yang telah dipilih oleh "Pendeta Enam Haluan" sebagai bakal pewaris dan mendapat kuasa daripadanya. Namun begitu, hubung kait di antara kedua-dua klan Uchiha dan Hyuga masih adalah misteri.
  • Menurut cerita daripada Madara, ahli klan Uchiha terikat dengan nasib untuk membalas dendam kepada musuh ketat mereka iaitu Klan Senju dan seluruh penduduk Konohagakure. Hanya Itachi dianggap berkecuali dalam hal ini.
  • Klan Uchiha mempunyai lokasi rahsia yang digunakan untuk mesyuarat rahsia mereka di Makam Naka.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Ketiga (者の書 ~ The People's Scroll Hiden: Sha no Sho?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]