Uchiha Sasuke

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sasuke Uchiha
Watak Naruto
Sasuke Uchiha
Sasuke Uchiha oleh Masashi Kishimoto
Kemunculan pertama Naruto manga bab 3
Disuarakan oleh Bahasa Jepun
Noriaki Sugiyama[1]
Bahasa Inggeris
Yuri Lowenthal
Profil
Saudara Itachi Uchiha (abang)
Pangkat ninja Genin dalam Bahagian I
Ninja pelarian dalam Bahagian II
Pasukan ninja Kumpulan 7 dalam Bahagian I
Taka dalam Bahagian II

Sasuke Uchiha (うちはサスケ Uchiha Sasuke?) adalah watak rekaan dalam siri anime dan manga Naruto.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Sebagai seorang ninja Genin, Uchiha Sasuke (うちはサスケ) adalah bijak secara semula jadi dan merupakan ahli kepada keluarga yang kuat berpengaruh masa dahulu iaitu keluarga Uchiha. Sebagai salah satu keluarga yang mashyur di Konoha, keluarga Uchiha dikenali kerana memiliki kekkei genkai Sharingan dan kebolehan untuk menguasai jurus berelemen api, bersesuaian dengan nama negara tempat mereka menetap iaitu Negara Api. Seperti ahli keluarga yang lain, Sasuke mempunyai afiniti terhadap jurus berelemen api. Keluarga Uchiha juga mengasaskan kuasa polis di Konoha. Sasuke ialah salah seorang daripada dua Uchiha yang terselamat daripada perisitiwa pembunuhan ngeri beramai-ramai.

Zaman awal kanak-kanak[sunting | sunting sumber]

Sebagai anak bongsu kepada ketua pasukan polis Konoha, Sasuke membesar di bawah bayang-bayang abangnya, Itachi. Itachi pula merupakan seorang genius yang berjaya menamatkan pengajian dengan sangat cemerlang pada usia 7 tahun, menguasai Sharingan pada usia 8 tahun, menjadi Chunin pada usia 10 tahun dan mengetuai pasukan ANBU pada usia 13 tahun. Oleh itu, keluarga Uchiha amat memandang berat terhadap Itachi dan menganggapnya sebagai medium mempererat hubungan antara keluarga Uchiha dengan Konoha. Ayah Sasuke juga memberi perhatian yang istimewa terhadap Itachi. Itachi pula selalunya bergelora dengan konflik dalaman dan mengambil berat terhadap adiknya Sasuke; Itachi suka mengambil tahu tentang perkembangan Sasuke sebagai seorang ninja walaupun ayah mereka tidak berbuat sedemikian. Tetapi, Itachi jarang menemani Sasuke. Setelah Sasuke memulakan pengajian di Akademi Ninja, Sasuke masih merasakan dirinya jauh lebih lemah daripada abangnya. Walaupun sering lulus dengan cemerlang dan menduduki tempat teratas dalam kelas, ayah Sasuke tidak menghargai kejayaan anak bongsunya. Sebaliknya, dia lebih mementingkan kejayaan Itachi. Itachi dapat merasakan impian membara Sasuke yang ingin mendahului Itachi. Maka, Itachi berkata, "Kita ialah adik-beradik yang unik. Aku adalah benteng yang mesti kauatasi. Dengan ini, kau dan aku akan terus wujud bersama-sama."

Hubungan Itachi dengan ayahnya menjadi semakin renggang apabila Itachi disoal siasat oleh ahli Uchiha yang lain tentang kematian dan wasiat sahabat karibnya, Shisui. Apabila kelakuan Itachi menjadi semakin pelik, ayah Sasuke merapatkan dirinya dengan Sasuke. Dia mengajar Sasuke Katon: Gōkakyū no Jutsu, 火遁・豪火球の術, suatu jurus yang digunakan oleh keluarga Uchiha. Sasuke yang berusia 7 tahun berjaya menguasai jurus tersebut di hadapan ayahnya setelah berlatih selama seminggu. Pada ketika itu, ayahnya mengakui potensi Sasuke; biasanya hanya seorang dewasa dapat memperlihatkan jurus sedemikian dengan sempurna. Sasuke juga diberitahu bahawa dia boleh mengenakan pakaian berjata Uchiha di belakangnya dengan megah. Tetapi, Sasuke diberi amaran agar tidak mengikut jejak langkah Itachi.

Selepas peristiwa tersebut, Itachi membunuh setiap satu kaum keluarga Uchiha kecuali Sasuke. Itachi mengatakan bahawa adalah tidak berbaloi untuk mengambil nyawa Sasuke. Tambahan pula, Itachi berkata, "Kau selalu mahu mendahuluiku. Jadi, kau kubiarkan hidup." Itachi juga membongkar lokasi rahsia tempat keluarga Uchiha berjumpa dan bermesyuarat kerana di situ tersimpan sejarah sebenar keluarga Uchiha dan fungsi Sharingan.

Sasuke kemudiannya pengsan dan sedar semula di hospital Konoha. Di sana, dia terdengar perbualan penduduk kampung tentang pembunuhan ngeri keluarganya. Dia melarikan diri dari hospital secara diam-diam untuk melawat tempat tinggalnya sambil mengenang semula saat-saat manis dengan keluarganya. Sasuke kemudiannya menangis apabila sampai ke tempat ibu bapanya dibunuh oleh Itachi di hadapan matanya. Kemudian, Sasuke pergi ke tokong Nakano dan menjumpai rahsia Sharingan yang dijanjiikan Itachi. Mulai saat itu, hidup Sasuke ditumpukan kepada satu matlamat iaitu membunuh Itachi demi membalas dendam.

Jalan cerita tamat di sini.
Sasuke selepas bersama Orochimaru

Dia merupakan salah seorang penguna mangekyo sharingan selain Kakashi dan Itachi, Uchiha Madara, Uchiaha Shisui dan Uchiha Obito. Dia meninggalkan Konoha untuk pergi berlatih dengan Orochimaru tanpa mengetahui Orochimaru berhasrat menggunakan tubuhnya untuk mendapatkan kehidupan yang abadi. Dia juga berjaya mencipta chidori terbaru yang berupaya seperti pedang. Ini terbukti apabila dia berjaya membunuh Orochimaru. selepas membunuh orochimaru dia menggunakan kuasa ular putih Orochimaru.

Sasuke memulakan misi utamanya iaitu membunuh abangnya, Itachi. Pertarungan Sasuke dan abangnya sangat sengit. Itachi telah memberikan kuasa sharingannya kepada Sasuke. Ini membolehkan sasuke menggunakan amaterasu untuk membela dirinya daripada gangguan Tobi / Uchiha Madara (Diri sebenaranya ialah Uchiha Obito). Semasa bertarung dengan Killer Bee (Jinchuriki kerbau sotong kurita berekor lapan bernama Gyuki), dua kali sasuke mengalami kecederaan parah dan dirawat oleh Karin dan Jirobuo. Sasuke merasakan dirinya lemah dan tak mampu untuk mempertahankan kawan-kawannya. Akhirnya dia menggunakan amaterasu dan berjaya menewaskan Killer Bee dengan hanya sekali pandang.

Pada perjumpaan Kage, Sasuke; Karin; Zetsu dan Tobi membuat kacau perjumpaan Kage. Sasuke membawa Danzo (bakal Hokage) kesesuatu tempat untuk berlawan. Akhirnya Danzo tewas ditangan Sasuke. Sasuke sudah mula hilang kawalan dengan kehebatan kuasanya dan hampir membunuh Karin. Selepas itu, Sakura muncul untuk tujuan membunuhnya. Sasuke hampir-hampir serang Sakura dari belakang dan akhirnya Naruto sempat selamatkan Sakura. Tiba-tiba, mata sharingan terus lenyap dan matanya terus kabur. Tobi dan beberapa Zetsu muncul untuk membawa Sasuke. Kata-kata terakhir Sasuke sebelum meninggalkan tempat itu, dia berharap dapat membunuh Naruto dahulu selepas itu menghancurkan kampung Konoha.

Tobi memberi mata Itachi kepada Sasuke. Mata Itachi di tubuh Sasuke memberi satu tenaga lebih kuat dan tahap tinggi mata sharingan iaitu Eternal Mangekyō Sharingan. Ketika Sasuke berjalan-jalan berjumpa askar zetsu dan membakarnya dengan amaterasu. Sasuke cuba pukau salah satu zetsu dengan genjutsu: sharingan terus zetsu memberitahunya bawa peperangan sedang berlaku, Naruto dan Killer Bee sedang bertarung dengan Tobi dan Sasuke terus pancung kepalanya. Sasuke ternampak burung gagak berselompok terbang dan Sasuke terus ke sana. Sasuke terserempak dengan abangnya Itachi yang telah dihidupkan semula dengan Edo Tensei. Itachi memberitahunya bahawa dia hendak tewaskan Kabuto dan membatal Teknik Edo Tensei. Apabila sampai ke kubu Kabuto, Sasuke dan Itachi berlawan dengan Kabuto. Kabuto tidak boleh dibunuh dengan serangan, cuma boleh membunuhnya dengan teknik genjutsu yang paling hebat dalam kaum Uchiha iaitu Izanami. Akhirnya Kabuto seperti mayat hidup dan Itachi menggunakan jutsu Tsukuyomi untuk membatalkan Edo Tensei. Akhirnya Edo Tensei dibatalkan, sebelum Itachi pergi dia jugakan Tsukuyomi dekat Sasuke untuk menunjukan kebenaran Itachi untuk melindungi Kampung Konoha.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "宿敵!?サスケとサクラ". Studio Pierrot. Naruto. TV Tokyo. Oktober 17, 2002. No. 3.

Sumber-sumber[sunting | sunting sumber]

  • Buku Data Rasmi Pertama (秘伝・臨の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Rasmi Kedua (秘伝・闘の書キャラクターオフィシャルデータBOOK Hiden: Tō no Sho Character Buku Watak Rasmi?)
  • Buku Data Mini Hero Jump ke-2 (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Buku panduan anime dan manga Naruto (秘伝・翔の書オフィシャルキャラクターデータBOOK mini Hiden: Shō no Sho Buku data mini rasmi?)
  • Diambil secara terus daripada babak manga dan episod anime Naruto.