Udang krai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Udang krai
Julat zaman: Mesozoik - Sekarang
Koura utara, Paranephrops planifrons (Parastacidae)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Artropoda
Subfilum: Krustasea
Kelas: Malacostraca
Order: Decapoda
Suborder: Pleocyemata
Infraorder: Astacidea
Superfamili: Astacoidea
Latreille, 1802
Parastacoidea
Huxley, 1879
Famili
Astacoidea
Parastacoidea

Udang krai (bahasa Inggeris:crayfish) ialah ahli dalam superfamili Astacoidea dan Parastacoidea – merupakan krustasea air tawar menyerupai udang karang kecil. Udang krai bernafas melalui insang seperti bulu pelepah dan dijumpai di dalam air yang tidak beku di dasarnya; ia juga dijumpai di sungai kecil yang terdapat air tawar mengalir dan terdapat perlindungan daripada pemangsa. Kebanyakan udang krai tidak dapat hidup di air yang tercemar, walaupun beberapa spesies seperti penceroboh Procambarus clarkii lebih tahan lasak. Udang krai makan haiwan hidup dan mati lain serta tumbuhan.[1]

Menurut laporan dari wartawan Al-Jazeera English Barnaby Phillips, saintis di St Petersburg, Russia telah menggunakan pendekatan eko dengan bantuan udang krai dan siput dalam mengawasi aras pencemaran, khususnya pencemaran air dan udara. Melalui kaedah yang digunakan, udang krai dan siput telah dikawal kadar tekanan dengupan jantung mereka, dan kemudiaanya kadar dengupan tersebut dibandingkan dengan aras pencemaran yang direkodkan sebelum krustasea tersebut dipindahkan ke persekitaran yang berlaku pencemaran.

Bagi peringkat kajian, udang krai telah diletakkan didalam Sungai Neva manakala siput dibiarkan bernafas dalam udara yang dikeluarkan oleh insinerator yang membakar sisa kumbahan yang dihasilkan oleh penduduk St Petersburg. Siput telah diberi makan timun bagi meneruskan kehidupannya.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Christoph Needon, Johannes Petermann, Peter Scheffel & Bernd Scheibe (1971). Plants and Animals (Pflanzen und Tiere). Leipzig: Urania Verlag. 
  2. Crayfish help Russia to monitor pollution-Al-Jazeera English

Pautan luar[sunting | sunting sumber]