Ujang Bagong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Datuk

Ujang Bagong
Kelahiran1932
Kampung Paya, Kajang, Selangor
Meninggal dunia14 Ogos 2015
Sungai Kantan, Kajang, Selangor
Sebab kematianSakit tua
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Sungai Kantan, Kajang, Selangor
Terkenal keranakedermawanan dan sebagai tokoh masyarakat tempatan
PasanganFaridah Abdul Manan (meninggal dunia 2005)
Anak-anak4 orang

Datuk Dr. Ujang bin Bagong merupakan dermawan yang tinggal di Kajang, Selangor. Beliau terkenal dengan identiti berjanggut, berkopiah hitam, berantai emas labuh dan gelang emas.

Khidmat masyarakat[sunting | sunting sumber]

Datuk Ujang pernah meyumbang kepada ‘Rumah Pengasih Datuk Ujang (kini dinamakan Rumah Pengasih Warga Prihatin)' iaitu beberapa unit rumah yang telah diwakafkan oleh Dr. Hj Masjuki Bin Hj Musuri dan diurus bersama 20 orang jemaah pengasasnya. Rumah ini dirasmikan pada hari 20 Januari 2007 dan terletak di di No 8558 Jalan Pegawai, Sungai Ramal Baru, 43000 Kajang, Selangor. [1]

Dr Haji Masjuki pernah menjadi Pengarah Unit R&D, Latihan dan Perhubungan Awam Pekida Malaysia dan Pengerusi Unit Pemadam Sungai Ramal Baru. Datuk Ujang yang menjadi Timbalan Pengerusi Pemadam Daerah Hulu Langat ketika itu adalah bekas Penasihat Unit R&D Pekida Wilayah Persekutuan sebelum Dr Masjuki meletakkan jawatannya.

Perniagaan[sunting | sunting sumber]

Ujang Bagong merupakan ahli perniagaan yang berjaya.

Politik[sunting | sunting sumber]

Semasa Datu Harun Idris bertanding di parlimen Ampang Jaya pada 1988, Datuk Ujang Bagung turut menyertai parti Semangat 46 demi kesinambungan perjuangan orang Melayu. Beliau turut mengumumkan sumbangan kepada tabung PAS untuk Gaza melalui Mohamad Sabu ketika di Masjid Jamek Kajang pada 2009.

Sumbangan derma[sunting | sunting sumber]

Beliau banyak memberi sumbangan kewangan kepada fakir miskin dan pembangunan sesebuah masjid terutama Masjid Jamek Kajang. Beliau merupakan Penaung Masjid Jamek Kajang. Setiap tahun sejak 1980-an , semasa hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, beliau akan mengadakan majlis penyampaian derma wang kepada mereka yang memerlukan. Masjid Sungai Kantan, Kawasan Kubur Islam Kajang, Sekolah Agama Kajang turut mendapat perhatian beliau. Biasanya angka sumbangan beliau amat menarik seperti RM 10,000 , RM 11,111,11 dan RM 6666. Cat kegemaran beliau hijau muda dan menjadi 'trademark' sumbangan beliau di Kajang. Masjid Jamek Kajang bersebelahan dengan Medan Sate Kajang dan Stadium Kajang dan rumah Pemadam Hulu Langat.

Tanah Perkuburan Sungai Kantan dibersih rapi hasil kerjasama beliau. Tanah perkuburan ini turut menempatan jenazah Senator Prof Datuk Dr Ismail Md Salleh, Mona Fendey dan jenazah banduan yang tidak dituntut di Hospital Kajang. Pada 22 Disember 2009, RM10,000 disumbangkan bagi membiayai tunggakan lebih RM1 juta kos rawatan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra di Singapura.[2]

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Ujang Bagong meninggal dunia pada 14 Ogos 2015 di rumah anak bongsunya di Sungai Kantan, Kajang, Selangor[3].

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Rumah Pengasih Datuk Ujang Bagong Mendermakan RM 11,111.11 Untuk Mangsa Banjir
  2. ^ Ujang Bagong sumbang RM10,000 kos rawatan Sultan Kelantan
  3. ^ "Ujang Bagong meninggal dunia". HMetro. 15 Ogos 2015. Dicapai pada 1 Julai 2023.