Ujian Kemahiran dalam Tulisan Kanji Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ujian Kemahiran dalam Tulisan Kanji Jepun
Kanji 日本漢字能力検定試験 (漢字検定)
Hiragana にっぽんかんじのうりょくけんていしけん(かんじけんてい)
Katakana ニッポンカンジノウリョクケンテイシケン (カンジケンテイ)
Rōmaji Nippon Kanji Nouryoku Kentei Shiken (Kanji Kentei)

Kanji Kentei atau Nippon Kanji Nōryoku Kentei Shiken adalah sebuah ujian yang menguji kebolehan seseorang dalam tulisan Kanji Jepun.

Terdapat 12 peringkat dalam ujian ini (bermula dengan peringkat 10 ke 3, pra-2, 2, pra-1 dan 1) dengan 10 sebagai peringkat terbawah dan 1 untuk yang tertinggi. Ujian ini menguji kebolehan seseorang untuk membaca dan menulis kanji, untuk memahami maksud dan menggunakannya dengan betul. Ujian ini juga ingin mengenalpasti jika susun gerak yang betul digunakan untuk menulis huruf kanji. Ujian ini sebenarnya dirumuskan untuk orang yang menggunakan bahasa Jepun sebagai bahasa ibunda tetapi kini, ujian ini menjadi semakin popular dengan pelajar-pelajar bukan Jepun.

Peringkat bawahan memiliki kadar kelulusan sekitar 80% bagi penutur asal Jepun, sedangkan untuk peringkat 1 selalunya dari 1000 orang yang mengambil ujian tersebut hanya 150 yang lulus. Secara umum, seorang penutur asal yang telah dididik di universiti dan mempunyai kemahiran bahasa yang sederhana, mampu lulus peringkat pra-2 dengan sedikit pembelajaran.

Ujian ini mengambil masa 60 minit. Markah untuk lulus adalah 80% untuk peringkat 8, 70% untuk peringkat 7 hingga pra-2, dan 80% untuk 2, pra-1, dan 1.

Peringkat ujian dan kemahiran[sunting | sunting sumber]

Bilangan Kanji[sunting | sunting sumber]

Tahap 10 9 8 7 6 5 4 3 Pra-2 2 Pra-1 1
Bilangan Kanji 80 240 440 640 825 1006 1322 1607 1940 2136 3000* 6000*

*anggaran

Peringkat[sunting | sunting sumber]

Peringkat 10[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 80 kanji yang dipelajari pada darjah 1 di sekolah rendah. Lihat: Kyoiku kanji.

Peringkat 9[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 240 kanji yang dipelajari hingga darjah 2 di sekolah rendah. Lihat: Kyoiku kanji.

Peringkat 8[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 440 kanji yang dipelajari hingga darjah 3 di sekolah rendah termasuk bacaan Onyomi dan Kunyomi, cara penulisan huruf kanji, kebolehan membaca, kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat dan nama-nama huruf radikal Cina.

Peringkat 7[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 640 kanji yang dipelajari hingga darjah 4 di sekolah rendah, termasuk bacaan Onyomi dan Kunyomi, cara penulisan huruf kanji, kebolehan munulis, kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat, nama-nama huruf radikal Cina.
  • Menguji pengetahuan kata berlawan
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman peribahasa dan kata majmuk kanji

Peringkat 6[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 825 kanji yang dipelajari hingga darjah 5 di sekolah rendah, termasuk bacaan on dan kun, susun gerak menulis huruf kanji, kebolehan munulis, kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat, nama-nama huruf radikal Cina.
  • Menguji pengetahuan kata berlawan
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman peribahasa dan kata majmuk tiga kanji

Peringkat 5[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kefahaman 1006 kanji yang dipelajari hingga darjah 6 (Kyouiku kanji) di sekolah rendah, termasuk bacaan on dan kun, cara susun gerak menulis huruf kanji, kebolehan munulis, kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat, nama-nama huruf radikal Cina.
  • Menguji pengetahuan kata berlawan
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman peribahasa dan kata majmuk empat kanji

Peringkat 4[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kanji yang dipelajari hingga darjah 6 di sekolah rendah, termasuk 300 kanji yang diguanakan seharian (常用漢字 Jouyou kanji)
  • Ujian membaca kanji dengan cara on dan kun, dan menggunakan kanji dalam ayat
  • Memerlukan kebolehan untuk membaca 1300 huruf kanji dan menulis sekitar 900
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman peribahasa dan kata majmuk empat kanji
  • Menguji kefahaman kata dasar yang diperlukan untuk menggunakan kamus kanji

Peringkat 3[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kanji yang dipelajari hingga darjah 6 di sekolah rendah, termasuk 600 kanji yag digunakan seharian
  • Ujian membaca kanji dengan cara on dan kun, dan menggunakan kanji dalam ayat
  • Memerlukan kebolehan untuk membaca 1600 huruf kanji
  • Menguji kefahaman kanji yang ganjil atau istimewa
  • Menguji "ateji" (当て字), bacaan kanji secara fonetik
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahamn peribahasa dan kata majmuk empat kanji
  • Menguji kefahaman kata dasar yang diperlukan untuk menggunakan kamus kanji

Peringkat pra-2[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kanji yang dipelajari hingga menengah 3 di sekolah menengah
  • Ujian membaca kanji dengan cara on dan kun, dan menggunakan kanji dalam ayat
  • Memerlukan kebolehan untuk membaca kesemua 1945 huruf kanji yang digunakan seharian
  • Menguji kefahaman kanji yang ganjil atau istimewa
  • Menguji "ateji"
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kata majmuk yang istimewa
  • Menguji kata dasar kanji yang kompleks

Peringkat 2[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kanji yang dipelajari di sekolah menengah; memerlukan kebolehan untuk membaca dan menulis 1945 kanji yang digunakan seharian (常用漢字, Jouyou kanji), dan 284 kanji yang digunakan dalam nama-nama (人名用漢字, Jinmeiyou kanji)
  • Menguji kebolehan untuk membaca cara on dan kun dan penggunaan kanji dalam ayat
  • Menguji kefahaman kanji yang ganjil atau istimewa
  • Menguji "ateji"
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk membezakan kata-kata sebunyi (homonim
  • Menguji kata majmuk yang istimewa
  • Menguji kata dasar kanji yang kompleks dan komposisi sebuah kanji

Peringkat pra-1[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kebolehan membaca dan menulis sekitar 3000 kanji dengan bacaan on dan kun
  • Memerlukan kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat dan memilih kanji yang paling sesuai dalam sebuah konteks yang diberikan
  • Menguji kefahaman kanji yang ganjil atau istimewa
  • Menguji "ateji"
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk mengenali perbezaan di antara kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman perkataan majmuk istimewa
  • Menguji kata dasar kanji yang kompleks
  • Menguji perkataan kanji yang hanya terdapat dalam bahasa Jepun
  • Menguji kefahaman mengenai pepatah dan peribahasa lama Jepun

Peringkat 1[sunting | sunting sumber]

  • Menguji kebolehan untuk membaca dan menulis sekitar 6000 kanji bersamaan bacaan on dan kun mereka
  • Memerlukan kebolehan untuk menggunakan kanji dalam ayat dan memilih kanji yang paling sesuai dalam sebuah konteks yang diberikan
  • Menguji kefahaman kanji yang ganjil atau istimewa
  • Menguji "ateji"
  • Menguji pengetahuan kata berlawan dan seerti
  • Menguji kebolehan untuk mengenali perbezaan di antara kata-kata sebunyi (homonim)
  • Menguji kefahaman perkataan majmuk
  • Menguji kata dasar kanji yang kompleks
  • Menguji perkataan kanji yang hanya terdapat dalam bahasa Jepun
  • Menguji kefahaman mengenai pepatah dan peribahasa lama Jepun
  • Menguji kata-kata tempat dan negara
  • Menguji kebolehan untuk mengenali perhubungan di antara aksara kanji yang moden dan lama

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]