Ujian tegasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ujian tegasan (bahasa Inggeris Stress testing) ialah satu bentuk ujian yang digunakan bagi menentukan kestabilan sistem atau entiti tertentu. Ia membabitkan ujian melampaui keupayaan operasi normal, sering kali sehingga titik pecah, untuk mencerap keputusannya. Ujian tegasan mungkin memiliki erti khusus dalam industri tertentu, seperti ujian kelesuan pada bahan.

Industri teknologi maklumat[sunting | sunting sumber]

Dalam ujian atur cara, "Ujian Tegasan Sistem" merujuk kepada ujian yang memberikan penegasan lebih besar kepada ketahanan (“robust”), kesediaan (“availability”), dan pengendalian ralat di bawah bebanan tinggi, berbanding apa yang dianggap tingkah laku betul di bawah keadaan normal. Secara khusus, matlamat ujian sedemikian mungkin bagi memastikan atur cara tersebut tidak crash dalam keadaan sumber pengiraan tidak mencukupi (seperti ingatan atau ruang cakera), pengiraan serentak luar biasa tinggi, atau serangan penafian perkhidmatan.

Contoh:

  • Pelayan web mungkin diuji tegasan menggunakan skrip kerangka, bot, dan pelbagai perkakasan penafi perkhidmatan bagi memantau prestasi tapak web semasa beban puncak.

Terdapat sedikit kekeliruan berkait dengan ujian Beban Vs. Tegasan, perbezaan utamanya adalah tumpuan ujian:

  • Ujian Beban berpusat terhadap keseluruhan persekitaran dan DB dan mengukur tempoh tindak balas, sementara ujian Tegasan menumpu terutamanya pada transaksi yang dikenal pasti dan meningkat ke tahap bagi menghentikan transaksi atau sistem.
  • Semasa ujian tegasan, sekiranya entiti/transaksi ditegas secara terpilih, pangkalan data mungkin tidak mengalami banyak bebanan, tetapi transaksi tersebut ditegaskan dengan beratnya. Sebaliknya semasa ujian Bebanan pangkalan data mengalami bebanan tinggi dan entiti/transaksi yang dikenal pasti bagi ujian tegasan mungtin tidak ditegaskan dengan banyaknya.
  • "Ujian tegasan sistem" atau lebih dikenali sebagai ujian Tegasan adalah memuatkan pengguna serentak lebih dan melampaui tahap yang boleh ditangani sistem, dengan itu ia memutuskan sambungan paling lemah dalam keseluruhan sistem.

Perkakasan[sunting | sunting sumber]

Apabila mengubahsuai tatarajah operasi bagi CPU, seperti overclocking, underclocking, overvolting, dan undervolting, ia mungkin perlu bagi mengesahkan sekiranya tatarajah baru (biasanya CPU core voltage dan frequency) adalah sesuai bagi muatan CPU berat. Ini dilakukan dengan melaksanakan aturcara berat-CPU (biasanya Prime95) untuk tempoh masa yang panjang, bagi melihat sekiranya computer lekat atau terhenti (crash). Ujian Tegasan CPU juga dikenali sebagai ujian siksaan. Aturcara yang sesuai bagi ujian seksaan biasanya melaksanakan arahan yang menggunakan keseluruhan cip dan bukan sekadar beberapa unitnya sahaja.

Kejuruteraan ketahanan (Reliability engineering) sering kali menguji barangan di bawah tegasan yang dijangkakan malah di bawah tegasan dipercepatkan. Matlamatnya adalah bagi menentukan hayat operasi bagi barangan atau bagi menentukan mod kegagalan.[1]

Menjadikan sesuatu barangan gagal dengan mengenakan beban berat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nelson, Wayne B., (2004), Accelerated Testing - Statistical Models, Test Plans, and Data Analysis, John Wiley & Sons, New York, ISBN 0-471-69736-2