Ulama

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian siri
Usul al-fiqh

Fiqh
Hukum dalam Islam
  • Batil — tidak sah, tidak betul
  • Fasiq — rosak ahklak
Gelaran cendekiawan

Ulama ( علماء, ditransliterasikan sebagai ‘Ulamā’) ialah seorang pemuka atau pemimpin agama yang bertugas untuk membimbing dan memandu umat Islam baik dalam masalah-masalah agama mahupun masalah sehari-hari yang diperlukan baik dari sisi keagamaan ataupun sosial kemasyarakatan.

Ulama berasal dari perkataan alim yang bermaksud ilmuan islam atau seseorang yang tinggi ilmu pengetahuan terutama tentang hal ehwal agama dan mengamalkan ilmu yang dipelajari. Seorang yang alim juga dilihat dari sudut pakaian dan kehidupan luarannya. Seorang ustaz atau tok guru selalu dilabel sebagai alim kerana mereka memiliki ilmu ukhrawi berbanding ilmu duniawi. Mufti, qadi, faqih dan muhaddith adalah contoh ulama.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ulama belajar di sekolah (madrasah) Islam tentang agama dan bidang pengajian lain. Adalah dipercayai dalam Islam bahawa pendidikan yang sempurna adalah sesuatu yang setiap Muslim mesti memperoleh untuk memahami agama Allah secara keseluruhan. Menjelang akhir pendidikan mereka, mereka memperoleh Ijazah seperti ijazah akademik dalam undang-undang Islam dan perundangan, suatu amalan yang bermula pada abad pertama Islam. Ulama juga mengadakan seminar di mana mereka memberi ceramah dan ucapan tentang bidang pengajian Islam kepakaran mereka.

Kehakiman[sunting | sunting sumber]

Di negara-negara Islam yang tertentu, seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu, di mana terdapat mahkamah syariah, ulama Islam menjadi hakim. Oleh itu, salah satu pekerjaan ulama adalah tafsiran dan penyelenggaraan undang-undang Islam di negara-negara tersebut.