Ular Kapak Bodoh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ular Kapak Bodoh
frames
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Subfilum: Vertebrat
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Famili: Viperidae
Genus: Calloselasma
Spesies: C. rhodostoma
Binomial: Calloselasma rhodostoma
Sinonim = Ancistrodon rhodostoma


Ular Kapak Bodoh[1], [2] (bahasa Inggeris: Malayan Pit Viper) ialah sejenis ular kapak yang terdapat di Malaysia dan tanah besar Asia Tenggara. Nama bahasa Inggeris ular ini, iaitu "pit viper", digelarkan sempena organ peka haba yang ditempatkan di dalam pit kecil di antara lubang hidung dengan mata di kedua-dua belah kepala. Ular kapak adalah antara ular-ular terbisa yang diketahui. Nama saintifiknya Calloselasma rhodostoma.

Ular Kapak Bodoh merupakan spesies yang menyebabkan lebih banyak kematian di tanah besar Asia Tenggara berbanding dengan kumpulan ular kapak hijau, walaupun ular ini tidaklah lebih ganas. Perbezaan ini terdiri daripada tempat perlindungan Ular Kapak Malaysia ini. Sedangkan ular-ular kapak hijau menghabiskan banyak masa di atas pokok, ular ini adalah ular daratan dan menghabiskan banyak masa di atas lantai hutan.

Serupa dengan ular-ular pemangsa lain yang menyerang hendap atau duduk-dan-tunggu, Ular Kapak Bodoh mempunyai warna-warna krip yang menyamarkan ular ini ketika menunggu mangsa. Bagaimanapun, berbeza dengan pemangsa-pemangsa yang lebih aktif seperti elapid, ular ini tidak mencuba melarikan diri ketika mendengar bunyi haiwan yang mendekati, baik besar mahupun kecil.


Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]