Pantherophis guttatus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Ular jagung)

Pantherophis guttatus
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Order:
Suborder:
Keluarga:
Tribus:
Genus:
Spesies:
P. guttatus
Nama binomial
Pantherophis guttatus
(Linnaeus, 1766)
Sinonim

Coluber guttatus
Linnaeus,1766 Elaphe guttata
(Linnaeus, 1766)

Ular jagung (bahasa Inggeris: cornsnake, Pantherophis guttatus) atau ular tikus merah [1]merupakan spesies ular tikus Amerika Utara yang menumpaskan mangsa kecil dengan menjerut. Jolokan "ular jagung" berasal dari zaman dahulu apabila kaum petani di selatan Amerika Syarikat menyimpan bulir jagung dalam bekas binaan kayu. Tikus memasuki bekas itu untuk memakan jagung, dan ular jagung datang untuk memakan tikus.[2]

Ular jagung ditemui di seluruh rantau tenggara dan tengah Amerika Syarikat. Sifatnya yang jinak dan malu hendak mematuk, kepanjangan dewasa yang sederhana pada 3.9–6.0 kaki (1.2–1.8 m), coraknya yang menarik, dan penjagaan yang agak mudah menjadikan ular jagung sebagai haiwan belaan sukaramai. Di alam liar, ular jagung biasanya hidup selama sekitar 6–8 tahun, tetapi dalam kurungan ia mampu hidup mencecah umur 23 tahun.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]