Ular karang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ular karang
Ular karang (Micrurus sp.)
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Reptilia
Order: Squamata
Suborder: Serpentes
Keluarga: Elapidae
Spesies

See text.

Ular karang (Bahasa Inggeris: Coral snake) merupakan sekelompok besar ular elapid yang boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu ular karang Dunia Lama (ular pantai) dan ular karang Dunia Baru. Terdapat 11 spesies ular karang Dunia Lama dalam satu genus (Calliophis), dan lebih daripada 65 spesies ular karang Dunia Baru yang dikenali dalam tiga genus (Leptomicrurus, Micruroides, dan Micrurus).

Rencana ini membincangkan terutamanya ular karang Dunia Baru.

Corak ular karang Dunia Baru[sunting | sunting sumber]

Ular karang paling dikenali dengan jalur-jaluran yang berwarna merah, kuning/putih dan hitamnya. Corak yang serupa terdapat pada spesies ular tak berbisa seperti yang tergolong dalam genus Cemophora, Lampropeltis, dan Chionactis. Di Amerika Utara, ada satu petua untuk membezakan sesetengah jenis ular karang yang berbisa dengan mimik-mimiknya yang tidak berbisa, iaitu jalur merah berapit kuning bererti berbisa, manakala jalur merah berapit hitam selamat.(Bahasa Inggeris: Red into black, venom lack; red into yellow, kill a fellow dsb.) Bagaimanapun, petua ini hanya berguna pada ular karang yang berasal dari Amerika Utara, iaitu Micrurus fulvius (ular karang Timur), Micrurus tener (Ular karang Texas), dan Micruroides euryxanthus (Ular karang Arizona), yang ditemui di selatan dan barat Amerika Syarikat. Ular karang yang berasal dari tempat lain pula mungkin berbeza coraknya, berjalur merah berapit hitam, berjalur merah jambu dan biru, ataupun langsung tidak berjalur.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Ular karang Dunia Baru wujud di julat selatan kebanyakan negeri selatan AS. Ular karang ditemui di kawasan terpencar di dataran pinggir pantai selatan dari Carolina Utara hingga Louisiana, termasuk seluruh Florida. Ia boleh ditemui di habitat pain dan ok semak dalam jula ini, tetapi adakalanya juga mendiami hutan pain yang mengalami kebanjiran bermusim.[1] Juga terdapat sejauh utara bahagian selatan Michigan.

Spesies[sunting | sunting sumber]

Genus Leptomicrurus[sunting | sunting sumber]

  • Leptomicrurus collaris collaris (Schlegel, 1837)
  • Leptomicrurus collaris breviventris (Roze & Bernal-Carlo, 1987)
  • Leptomicrurus narduccii narduccii (Jan, 1863)
  • Leptomicrurus narduccii melanotus (Peters, 1881)

Genus Micruroides[sunting | sunting sumber]

  • Micruroides euryxanthus australis (Zweifel & Norris, 1955)
  • Micruroides euryxanthus euryxanthus (Kennicott, 1860)
  • Micruroides euryxanthus neglectus (Roze, 1967)

Genus Micrurus[sunting | sunting sumber]

  • Micrurus alleni alleni (Schmidt, 1936)
  • Micrurus alleni richardi (Taylor, 1951)
  • Micrurus alleni yatesi (Taylor, 1954)
  • Micrurus ancoralis jani (Schmidt, 1936)
  • Micrurus ancoralis ancoralis Jan, 1872
  • Micrurus annellatus annellatus (Peters, 1871)
  • Micrurus annellatus balzanii (Boulenger, 1898)
  • Micrurus annellatus bolivianus (Roze, 1967)

Rujukan[sunting | sunting sumber]