Ultraman Dyna
| Ultraman Dyna | |
|---|---|
| Format | Aksi/pengembaraan adiwira tokusatsu |
| Pencipta | Tsuburaya Productions |
| Dibintangi | Takeshi Tsuruno |
| Lagu pembukaan | Ultraman Dyna by Tatsuya Maeda |
| Lagu penutup | Kimi Dake wo Mamori Tai oleh Fumiaki Nakajima (1-26; 35; 50) Ultra High oleh Lazy (27-34; 37-49; 51) Brave Love Tiga (Instrumental) (36) |
| Negara asal | Jepun |
| Bilangan episod | 51 |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 24 minit (per episod) |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | MBS, TBS |
| Siaran asal | 6 September 1997 – 29 Ogos 1998 |
| Kronologi | |
| Mengikuti | Ultraman Tiga |
| Diikuti oleh | Ultraman Gaia |
Ultraman Dyna (ウルトラマンダイナ Urotoraman Daina?) ialah sebuah rancangan TV tokusatsu Jepun yang telah disiarkan antara 6 September 1997 hingga 29 Ogos 1998. Siri ini adalah susulan langsung kepada siri Ultraman sebelumnya, Ultraman Tiga.
Isi kandungan |
Sinopsis [sunting]
Ultraman Dyna bermula pada zaman "Neo Frontier" di mana manusia telah sampai ke Marikh. Suatu hari, makhluk asing Sphere muncul dan menyerang "Neo Frontier". Shin Asuka yang baharu sahaja meyertai Super GUTS sedang dalam menjalani latihan penerbangan di atas permukaan atmosfera Bumi apabila mereka diserang. Dia menujukkan kehandalannya di dalam pertempuran tersebut dan berupaya untuk mengatasi sendiri kehandalan juruterbang Ryoh. Bagaimanapun kapal terbangnya rosak teruk dan dia terpaksa melentingkan dirinya keluar untuk selamat, dan kemudian bertembung dengan suatu cahaya kilat dashyat. Ekoran daripada situasi itu, Dyna bergabung kuasa ke dalam tubuh Asuka sekaligus menyelamatkan nyawanya. Apabila Sphere memasuki atmosfera planet Marikh dan berpadu dengan batu-batuan Marikh untuk membentuk raksasa, Asuka sekali lagi menyertai pertempuran sengit, tetapi apabila dia disakiti, dia bertukar menjadi Ultraman Dyna yang hebat.
Statistik Ultraman Dyna [sunting]
- Macam Tiga, Dyna adalah Ultraman berbilang jenis yang berbilang warna, yang jenis Flash lalainya mempunyai corak merah dan biru atas perak. Dyna boleh bertukar kepada jenis Kuat seragam merah dan jenis Ajaib seragam biru. Tidak seperti Tiga yang bersuara tenor, Dyna mendengus dengan suara yang sederhana rendah, serak ketika berlawan
- Ketinggian: 55 meter
- Berat: 45,000 ton
- Bentuk manusia: Asuka Shin
- Alat Bertukar: Reflasher
Mecha GUTS [sunting]
- GUTS Eagle
- Alpha Wing
- Beta Wing
- Gamma Wing
- Alpha Superior
- GUTS Eagle Superior
- Connelly 07
- GUTS Marine
- GUTS Dig
Muzik [sunting]
- Tema pembukaan
- "Ultraman Dyna" oleh Tatsuya Maeda
|
||||||||||||||||||||