Ulu Choh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ulu Choh merupakan sebuah pekan kecil di dalam Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia yang terletak berdekatan sempadan daerah Pontian. Ia juga terletak di sepanjang Lebuhraya Skudai-Pontian (Laluan persekutuan Jkr-ft5.png)

Lebih kurang 50 tahun dahulu, Ulu Choh hanyalah kawasan hutan tebal yang tersorok. Pihak kerajaan pada ketika itu menggalakkan penduduk di sekitar kawasan itu untuk mengambil bahagian dalam sektor pertanian seperti penanaman pokok getah dan sayur-sayuran. Pada masa yang sama juga, Singapura memerlukan bekalan air dari Johor. Dari peristiwa itu, Singapura telah membuka cawangan P.U.B di Ulu Choh untuk memproses bekalan air untuk mereka sendiri. Pembukaan cawangan P.U.B. telah meningkatkan kemasukan orang ramai sehingga terbentuknya sebuah perkampungan kecil yang kemudiannya dikenali sebagai Batu 22, Jalan Kolam Air.

Kampung Ulu Choh dibentuk pada 1951 dan pada awal 1953, Batu 22 telah diisytiharkan sebagai Majlis Tempatan Ulu Choh. Pihak kerajaan kemudiannya melantik beberapa orang tempatan yang dikenali sebagai ahli majlis. Pengerusi ahli majlis tempatan yang pertama ialah Kok Yin Khian diikuti oleh Kok Kim Hee.

Pada tahun 1959, pilihan raya Majlis Tempatan Ulu Choh yang pertama telah diadakan untuk memilih pihak berkuasa tempatan.