Ulu Kelantan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sejarah Ulu Kelantan[sunting | sunting sumber]

Semasa empayar Konfederasi Patani Besar 1603, Ulu Kelantan merupakan wilayah yang merangkumi Machang hingga ke Gua Musang. Tidak seperti Kelantan Timur dan Kelantan Barat yang mempunyai raja sendiri tapi bernaung dibawah Patani, Ulu Kelantan diketuai oleh Penghulu yang bertanggungjawab langsung kepada Sultan Empayar Konfederasi Patani Besar. Keluasan wilayah Ulu Kelantan kekal sehingga ke pemerintahan Sultan Muhammad IV, Sultan Kelantan. Pada masa sekarang, Ulu Kelantan merujuk kepada tiga jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, dan Kuala Krai dan tidak termasuk Tanah Merah dan Machang.


Daerah Ulu Kelantan[sunting | sunting sumber]

Daerah Ulu Kelantan atau juga dikenali sebagai Pentadbiran Jajahan Jeli telah bermula pada 1hb Julai 1982 sebagai sebuah jajahan kecil iaitu hasil daripada pecahan Jajahan Tanah Merah dan Kuala Krai. Pada 1hb Januari 1986, Jajahan Kecil Jeli telah dinaikkan taraf sebagai sebuah Jajahan Penuh. Sehingga hari ini Jajahan Jeli adalah sebuah jajahan yang terbaru di Negeri Kelantan.



Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.