Ulum hadis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ulum Hadis (علوم حديث) atau Mustalah al-Hadis (مصطلح الحديث) bermaksud pengajian atau sains mengenai hadis. Maksud "ulum" ialah ilmu dalam kata jamak. Manakala "hadis" merupakan perkara yang datang daripada Rasulullah s.a.w. Perkara yang diteliti dalam ulum hadis ialah sanad, rangkaian perawi dan matan teks hadith tersebut.

Istilah[sunting | sunting sumber]

Istilah yang digunakan dalam pengajian hadis ialah

Istilah Pengertian beserta contoh
Sanad
  • Erti: Rangkaian perawi bermula awal hingga kepada Nabi Muhammad s.a.w
  • Contoh: Al-Bukhari > Musaddad > Yahyaa > Syu’bah > Qatadah > Anas > Nabi Muhammad SAW
Isnad Sandarkan hadis pada periwayatnya
Musnad
  • Erti: Kitab yang dikumpul dalamnya apa diriwayat oleh seorang sahabat atau lebih
  • Contoh: Musnad Imam Ahmad
Musnid
  • Erti: Orang yang meriwayat hadis dengan isnadnya, sama ada ia mengetahui ilmu hadis atau tidak
  • Contoh: Imam Al- Bukhari
Rawi
  • Erti: Orang yang meriwayat hadis Nabi
  • Contoh: Abu Hurairah
Matan
  • Erti: Lafaz hadis yang membentuk pengertian
  • Contoh: 'Kebersihan sebahagian daripada Iman'

Senarai perawi masyhur[sunting | sunting sumber]

Para perawi hadis ini boleh dikenal mengikut peringkat mereka. Peringatan: Ini bukannya senarai penuh perawi hadis!

Generasi Contoh
Sahabat
  • Abu Hurairah
  • Aisyah binti Abu Bakar
  • Abdullah Ibn Umar
  • Abdullah Ibn Abbas
  • Jabir Ibn Abdullah
Tabi'in
  • Sa'id Ibn al-Musyabbab
  • Muhammad Ibn Sirin
  • Sa'id Ibn Jubair
  • Ibn Syihab al-Zuhri
  • al-Hassan al-Basri
Tabi' al-Tabi'in
  • Malik Ibn Anas
  • Sufyan Ibn Sa'id al-Thauri
  • al-Layth Ibn Sa'id
  • Sufyan Ibn 'Uyainah
  • Imam al-Syafi'e