Umang-umang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Umang-umang
Pagurus bernhardus
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Filum: Arthropoda
Subfilum: Mandibula
Kelas: Crustacea
Order: Decapoda
Suborder: Pleocyemata
Infraorder: Anomura
Superfamili: Paguroidea
Latreille, 1802
Famili

Umang-umang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea.[1]

Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin. Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.

Tabiat mendiam dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai "hermit crab", sempena bayangan pertapa yang tinggal sendirian dalam gua.

Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus.

Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih.

Ketam Kelapa[sunting | sunting sumber]

Ketam Kelapa merupakan haiwan dari keluarga umang-umang yang merupakan antara spesis ketam paling besar di dunia. Semasa kecil perilakunya sama seperti umang-umang, namun setelah bermula hidup di daratan ia mampu membesar sehingga 1 meter (kaki ke kaki) dan menjangkau berat 40 kg. Haiwan ini dikenali sebagai Ketam Kenari di Indonesia atau Coconut Crab dalam Bahasa Inggerisnya. haiwan ini terdapat di beberapa pulau di Sabah dan beberapa pulau di sekitar Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]