Umaru Yar'Adua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Umaru Musa Yar'Adua
YarAdua WEF 2008.jpg

Presiden Nigeria
Tempoh jawatan
29 Mei 2007 – 5 Mei 2010
Naib Presiden Goodluck Jonathan
Didahului oleh Olusegun Obasanjo
Diganti oleh Goodluck Jonathan

Gabenor Katsina
Tempoh jawatan
29 Mei 1999 – 29 Mei 2007
Didahului oleh Joseph Akaagerger
Diganti oleh Ibrahim Shema

Lahir 16 Ogos 1951(1951-08-16)
Katsina, Nigeria
Meninggal dunia 5 Mei 2010 (umur 58)
Bangsa Nigeria
Parti politik Parti Democratik Rakyat (1998–kini)
Sekutu politik
yang lain
People's Redemption Party (Sebelum 1989)
Social Democratic Party (1989–1998)
Pasangan Turai Yar'Adua (1975–2010)
Hauwa Umar Radda (1992–1997)
Alma mater Barewa College
Ahmadu Bello University
Religion Islam

Umaru Musa Yar'Adua (16 Ogos 1951 - 5 Mei 2010) merupakan Presiden Nigeria ke-13 di barat benua Afrika. Beliau dikenali sebagai Alhaji Umaru Musa Yar'Adua. Bedliau menjadi Gabenor di Katsina pada 29 Mei 1999 hingga 28 MNei 2007. Dalam Pilihan raya Presiden Nigeria 2007 pada 21 april 2007 yang penuh kontroversi itu, Umaru diisytiharkan sebagai pemenang dan dilantik pada 29 Mei 2007. Beliau mewakili Parti Rakyat Demokratik (PDP).

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yar'Adua dilahirkan dalam keluarga Fulani di Katsina.Ayahnya, seorang bekas Menteri Lagos , memegang gelaran kerajaan Mutawalli (penjaga harta) dari Emirat Katsina.

Bersekolah di Sekolah Rendah Rafukka pada tahun 1958.Kemudian berpindah ke Asrama Dutsinma Sekolah Dasar tahun 1962. Sambung belajar di Government College di Keffi (1965-1969). Pada tahun 1971, beliau menerima Higher School Certificate dari Barewa College . Seterusnya belajar di Ahmadu Bello University di Zaria (1972-1975) dan menjadapat ijazah BSc di bidang Pendidikan dan Kimia. Pada 1978 mendapat ijazah sarjana M. Sc dalam jurusan Kimia Analitik .

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Mei 2010, Umaru Yar’Adua meninggal dunia setahun sebelum pemilihan kepimpinan kerajaan diadakan.Penasihat keselamatan kebangsaan Nigeria, Aliyu Gusau mengumumkan pemangku presiden Goodluck Jonathan tentang kematian Umaru. Saluran televisyen swasta, Silverbird melaporkan Umaru berada di Jeddah, Arab Saudi untuk rawatan masalah jantungnya.