Umbriel (bulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Umbriel
Penemuan
Ditemui oleh William Lassell
Tarikh penemuan 24 Oktober 1851
Designasi
Nama alternatif Uranus II
Adjektif Umbrielian
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor 266 000 km
Kesipian 0.0039
Tempoh orbit 4.144 d
Kecondongan 0.128° (kepada khatulistiwa Uranus)
Satelit bagi Uranus
Ciri-ciri fizikal
Min jejari 584.7 ± 2.8 km (0.092 Bumi)[1]
Luas permukaan 4 296 000 km2 (0.008 Bumi)[lower-alpha 1]
Isi padu 837 300 000 km3 (0.0008 Bumi)[lower-alpha 2]
Jisim 1.172 ± 0.135 × 1021 kg (2 × 10−4 Bumi)[2]
Min ketumpatan 1.39 ± 0.16 g/Cm3[2]
Graviti permukaan khatulistiwa 0.2 m/S2 (~ 0.023 g)[lower-alpha 3]
Halaju lepas {{V2|1.172|584.7|2}} km/S[lower-alpha 4]
Tempoh putaran dianggap segerak[3]
Kecondongan paksi 0[3]
Albedo
  • 0.26(geometri)
  • 0.10(Bond)[4]


Magnitud ketara 14.5(Vband, tentangan)[5]
Atmosfera
Tekanan atmosfera sifar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Umbriel ialah sebuah bulan Uranus yang ditemui pada 24 Oktober 1851 oleh William Lassell. Ia ditemui pada masa yang sama dengan Ariel lalu dinamai sempena seorang watak dalam puisi Alexander Pope, The Rape of the Lock. Umbriel terdiri terutamanya daripada ais dengan sebahagian besar batu, dan mungkin dibezakan kepada teras berbatu dengan mantel berais. Permukaannya adalah yang paling gelap antara bulan-bulan Uranus, malah kelihatan terbentuk oleh hentaman terutama sekali. Bagaimanapun, kewujudan ngarai membayangkan proses-proses endogeni dahulu kala, iaitu Umbriel mungkin pernah melalui suatu kejadian perubahan rupa bumi dorongan endogeni yang meranapkan permukaan lamanya.

Ditaburi oleh banyak kawah hentaman yang mencapai diameter selebar 210 km (130 bt), Umbriel adalah satelit Uranus yang kedua paling banyak kawahnya selepas Oberon. Ciri permukaannya yang paling menonjol adalah selingkung bahan terang pada dasar kawah Wunda. Seperti semua bulan Uranus, Umbriel mungkin terbentuk dari suatu cakera tokokan yang mengitari Uranus sejurus selepas pembentukannya. Sistem Uranus diselidik dari dekat sekali sahaja, iaitu oleh kuar angkasa Voyager 2 pada Januari 1986, yang sempat mengambil gambarnya cukup-cukup untuk membolehkan pemetaan sekitar 40% permukaan bulan.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Keluasan permukaan diperoleh dari jejari r : 4\pi r^2.
  2. Isipadu V diperoleh dari jejari r : 4\pi r^3/3.
  3. Graviti permukaan diperoleh dari jisim m, pemalar graviti G dan jejari r : Gm/r^2.
  4. Halaju lepas diperoleh dari jisim m, the pemalar graviti G dan jejari r : \sqrt{\frac{2Gm}{r}}.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Thomas, P. C. (1988). "Radii, shapes, and topography of the satellites of Uranus from limb coordinates". Icarus 73 (3): 427–441. Bibcode:1988Icar...73..427T. doi:10.1016/0019-1035(88)90054-1.  edit
  2. 2.0 2.1 Jacobson, R. A.; Campbell, J. K.; Taylor, A. H.; Synnott, S. P. (Jun 1992). "The masses of Uranus and its major satellites from Voyager tracking data and earth-based Uranian satellite data". Jurnal Astronomi 103 (6): 2068–2078. Bibcode:1992AJ....103.2068J. doi:10.1086/116211.  edit
  3. 3.0 3.1 Smith, B. A.; Soderblom, L. A.; Beebe, A.; Bliss, D.; Boyce, J. M.; Brahic, A.; Briggs, G. A.; Brown, R. H.; Collins, S. A. (4 Julai 1986). "Voyager 2 in the Uranian System: Imaging Science Results". Sains 233 (4759): 43–64. Bibcode:1986Sci...233...43S. doi:10.1126/science.233.4759.43. PMID 17812889.  edit
  4. Karkoschka, Erich (2001). "Comprehensive Photometry of the Rings and 16 Satellites of Uranus with the Hubble Space Telescope". Icarus 151 (1): 51–68. Bibcode:2001Icar..151...51K. doi:10.1006/icar.2001.6596.  edit
  5. "Planetary Satellite Physical Parameters". NASA/JPL. Diperoleh pada 6 Jun 2010. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]