Umi Kalthum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datin Hajjah Patimah Bte Bahudin atau lebih dikenali sebagai Datin Hajjah Umi Kalthum merupakan seniwati filem Melayu klasik. Datin Umi Kalthum merupakan kelahiran Negeri Sembilan.

Pembabitannya dalam bidang perlakonan bermula ketika beliau melawat Singapura dengan seorang teman bernama Siti pada 1951. Ketika di sana, beliau telah ditawarkan peranan oleh pengusaha filem veteran, Ho Ah Loke. Sehubung dengan itu Umi Kalthum muncul dalam filem awalnya seperti Dahlia, Buluh Perindu dan Kampung Nelayan.

Sewaktu berada di Singapura, Umi dan ibunya diberi layanan baik oleh keluarga Ah Loke malah pernah tinggal di rumah mereka selama setahun. Kebetulan, Ah Loke berkawan rapat dengan suaminya, Allahyarham Datuk S Roomai Noor. Atas dasar persefahaman jugalah kedua-dua mereka menubuhkan Keris Film yang akhirnya berkembang menjadi Cathay-Keris.

Umi Kalthum pernah dipilih majalah antarabangsa terkemuka, Life sebagai Wanita Melayu Paling Jelita di seluruh Singapura dan Malaya. Umi Kalthum juga merupakan ibu kepada pelakon Noor Kumalasari dan ibu tiri kepada Anita Sarawak.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Beliau (81 tahun) meninggal dunia dalam keadaan tidur di rumah anak sulungnya, Noraini Jaafar di Taman Melawati, Hulu Klang, kira-kira jam 4 pagi pada 24 Julai 2013/15 Ramadhan 1434H.[1][2][3]

Filem[sunting | sunting sumber]

Umi Kalthum bersama P. Ramlee dalam filem Bukan Salah Ibu Mengandong

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SENIWATI UMI KALTHUM KEMBALI KE RAHMATULLAH Sinar FM
  2. TAKZIAH... Seniwati Umi Kalthum kembali ke Rahmatullah manggaonline
  3. "Veteran actress Umi Kalthum dies". New Straits Times. 24 Julai 2013. Diperolehi pada 29 Julai 2013.