Ummi Nazeera

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Ummi Nazeera
Ummi ditemuramah oleh MeleTOP di sidang media telefilem Angin Cinta pada 31 Mei 2016.
Kelahiran
Ummi Nazeera Nur Hidayah binti Zainul Abidin

(1990-08-20) 20 Ogos 1990 (umur 33)[1]
PendidikanSarjana Muda Perniagaan
Pusat pendidikanRoyal Melbourne Institute of Technology (RMIT), Melbourne, Australia
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2008–kini
PasanganDr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani (k. 2017)
Anak-anak2
SaudaraNazreem Musa (abang)

Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainul Abidin (lahir 20 Ogos 1990) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia yang bergiat aktif dalam lakonan di televisyen dan filem.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau mencipta nama di persada dunia lakonan menerusi drama terbitan TV3 iaitu siri TV ditayangkan pada tahun 2009 yang berjudul drama Nur Kasih di samping gabungan barisan bersama pelakon berbakat iaitu Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz sehingga tamat siaran pada akhir Mac. Selain itu, beliau membintangi filem terkemuka yang diterbitkan menerusi Tayangan Unggul iaitu filem komedi pada 2010 iaitu, Hantu Kak Limah Balik Rumah gandingan penyanyi Awie, pelakon veteran Allahyarham Zami Ismail, serta pelawak Johan Raja Lawak dan Usop Wilcha yang juga terlibat dalam menjayakan filem tersebut pada akhir tahun itu.

Beliau juga telah berjaya memainkan watak dalam filem Penanggal dan Gol & Gincu Vol. 2 sehingga dinobat Top 5 pelakon wanita terbaik Filem Festival Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 2017, Ummi sah menjadi isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani yang merupakan seorang doktor berasal dari Kuala Lumpur dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.45 pagi di kediaman bapa saudaranya, Datuk Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Pada mulanya, pasangan ini dikatakan bakal menikah pada 3 Ogos 2017 namun dipercepatkan tarikh tersebut kepada 23 Julai atas permintaan keluarga.[2][3]

Pada 22 Ogos 2018, beliau dikurniakan anak sulung, iaitu seorang anak perempuan bernama Ayra Aneesah.[4]

Bapanya, Zainul Abadin Mat Akhir meninggal dunia pada 27 November 2020 akibat masalah kesihatan kronik.[5]

Pada 1 Jun 2021, beliau dikurniakan anak kedua, iaitu seorang anak perempuan bernama Aysha Arsylia.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Catatan
2010 Lu Pikirlah Sendiri de Movie Syarifah Filem pertama
Hantu Kak Limah Balik Rumah Cik Nin
2011 Hikayat Merong Mahawangsa Embok
2013 Penanggal Murni
2017 Bisik Pada Langit Siti Hajar
2018 Gol & Gincu Vol. 2 Yaya
2021 Kerana Korona Janna
2024 The Original Gangster Aina Pos-produksi
TBA Surat Muhammad Pos-produksi
Tanah Kubur Dalam perancangan

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Ali Din Puteri TV9 Drama pertama
Awan Dania Hana Astro Ria
2009 Klon Teja Yasmin Astro Prima
Nur Kasih Sarah TV3
2015 Alif Imani Imani TV9
2016 Patahnya Sebelah Sayap Alisha TV3
2017 Nahu Rindu Nazira
2018 Patahnya Sebelah Sayap 2 Alisha 4 Episod
2019 Suri Katriana Katriana Astro Prima
2020 Korban Kasih Aisha TV1
2021 Cinta Yang Pulang Adina TV2
2022 Risik Pada Hati Hayfa TV3
Rindu Kasih Salina
2023 Sekali Aku Bahagia Rania Farahain
Surat Dari Tuhan Suzana
2024 Rindu Kasih 2 Salina
Dia Dari Syurga Raisha TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2008 Kudrat Iman Asmah TV1 Telefilem pertama
2015 Cik Puan Sinderella Fifi Astro Maya HD
Cinta Qasidah Qasidah Astro Ria
2016 Angin Cinta Erika Astro First Eksklusif
2020 Luluh Suri TV3
2021 Kain Kafan Berbisik Shaza TV2
2023 Yek Icin Mahak Cikgu Aisyah TV1
Misi Adeena Maya

Web Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran Catatan
2017 Chor & Chah Chah YouTube Web drama

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2014 Salam Muslim: Quran Untuk OKU Perantara Astro Oasis
2017 Sepahtu Reunion Al-Puasa Dila Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Hitam Putih Ramadan"
2018 Glamnista Pengacara TV Okey
2019 Sepahtu Reunion Live Azizah Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Penarek Becha Vol.2"
2020 Glam Ke Teng'glam Artis jemputan Awesome TV Episod 2, bersama Zara Zya
2024 Sepahtu Reunion Al-Raya Dian Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Kasih Ayah Sepanjang Masa"

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Wanita Terbaik (Penanggal) Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Skrin 2019 Pelakon Wanita Terbaik Filem (Gol & Gincu Vol. 2) Tercalon
2023 Tonton Anugerah Drama Sangat 2023 Pelakon Wanita Terbaik (Risik Pada Hati) Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Artikel - Biodata. Biodata Ummi Nazeera. Babab.Net
  2. ^ Oleh Mohd Al Qayum Azizi pada 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera Nikah Awal Dari Tarikh Dijanjikan - Hiburan. mStar Online
  3. ^ 3 Ogos 2017. Ummi Nazeera, Izzar nikah 23 Julai lalu - Hiburan. Utusan Online
  4. ^ Ummi Nazeera selamat jadi ibu Berita Harian. 31 Ogos 2018. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  5. ^ Sudirman Mohd Tahir (27 November 2020). Bapa Ummi Nazeera meninggal dunia Harian Metro. Dicapai pada 6 Disember 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]