Perlembagaan Republik Indonesia 1945

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah sebahagian daripada siri
Sistem Ketatanegaraan
Republik Indonesia
National emblem of Indonesia Garuda Pancasila.svg

Perlembagaan Republik Indonesia 1945

Majlis Musyawarah Rakyat
Dewan Perwakilan Rakyat
Dewan Perwakilan Daerah

Presiden
Kementerian Negara
Sekretariat Negara
Sekretariat Kabinet
Dewan Pemerintah Bukan Jabatan
Kejaksaan
Badan Luar Struktur
Badan Bebas
Tentera Nasional Indonesia
Polis Negara RI
Perwakilan RI di Luar Negeri

Mahkamah Agung
Mahkamah Perlembagaan
Suruhanjaya Kehakiman

Badan Pemeriksa Kewangan

Lihat juga:
Pemerintahan Daerah
Dewan Perwakilan Rakyat Daerah

Perlembagaan Republik Indonesia 1945, disebut Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 (UUD 1945) di Republik Indonesia, ialah perlembagaan Indonesia yang disahkan oleh Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) pada 18 Ogos 1945.

Pada 27 Disember 1945, UUD 1945 digantikan oleh Perlembagaan Sementara Republik Indonesia Syarikat yang kemudiannya digantikan pula oleh Perlembagaan Sementara Republik Indonesia (UUDS 1950) pada 17 Ogos 1950. Bagaimanapun pada 5 Julai 1959, Dekri Presiden menguatkuasakan semula UUD 1945, suatu perbuatan yang disokong dengan sebulat suara oleh Dewan Perwakilan Rakyat pada 22 Julai 1959.

Antara tahun-tahun 1999-2002, empat pindaan UUD 1945 telah dibuat terhadap susunan dewan-dewan dalam sistem ketatanegaraan Republik Indonesia.


Terbitan Perlembagaan 1945[sunting | sunting sumber]

Sebelum dipinda, UUD 1945 terdiri daripada bahagian pendahuluan, isi kandungan (16 bab, 37 fasal, 49 ayat, 4 fasal peraturan peralihan, dan 2 ayat peraturan tambahan), dan penjelasan.

Setelah dipinda sebanyak empat kali, UUD 1945 kini memiliki 21 bab, 73 fasal, 170 ayat, 3 fasal peraturan peralihan, dan 2 fasal peraturan tambahan. Bahagian penjelasan dibatalkan.

Terbitan Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia Tahun 1945 Dalam Satu Naskhah terangkum dalam risalah Sidang Tahunan MPR Tahun 2002 sebagai panduan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Jun 1945, Piagam Jakarta disahkan dan menjadi bahagian pendahuluan Perlembagaan 1945 selepas frasa "dengan kewajiban menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya" dibatalkan. Teks Perlembagaan 1945 Indonesia disusun semasa Sidang Kedua Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan (BPUPK) diadakan antara 10-17 Julai 1945. Nama badan ini tidak mempunyai perkataan "Indonesia" kerana hanya diperuntukkan untuk Pulau Jawa sahaja, sementara Sumatera mempunyai BPUPK sendiri. Pada 18 Ogos 1945, Jawatankuasa Persiapan Kemerdekaan Indonesia (PPKI) mengesahkan UUD 1945 sebagai Perlembagaan Republik Indonesia.

1945-1949[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan 1945 tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya antara tahun-tahun 1945-1949 kerana Indonesia sedang sibuk dengan perjuangan mempertahankan kemerdekaan. Perintah Timbalan Presiden Nombor X pada 16 Oktober 1945 memutuskan bahawa Jawatankuasa Nasional Indonesia Pusat (KNIP) menyerah kekuasaan perundangannya kerana Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) dan Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) masih belum dibentuk. Pada 14 November 1945, Kabinet Presiden yang merupakan kabinet Indonesia yang pertama dibentuk, suatu peristiwa yang menyimpang daripada UUD 1945.

1959-1966[sunting | sunting sumber]

Kerana Sidang Konstituante 1959 gagal menghasilkan perlembagaan baru, akibat parti-parti politik merebut kepentingan masing-masing, maka pada 5 Julai 1959, Presiden Sukarno mengeluarkan Dekri Presiden yang antara lain mengembalikan UUD 1945 untuk menggantikan Perlembagaan Sementara 1950 ketika itu.

Pada masa ini, terdapat berbagai-bagai penyimpangan Perlembagaan 1945, antaranya:

1966-1998[sunting | sunting sumber]

Pada masa Order Baru (1966-1998), Kerajaan Suharto menegaskan semula kemurnian UUD 1945 dan Pancasila melalui sejumlah peraturan, antaranya:

  • Ketetapan MPR Nombor I/MPR/1983 yang menyatakan bahawa MPR bertujuan untuk mempertahankan UUD 1945 dan tidak akan memindanya
  • Ketetapan MPR Nombor IV/MPR/1983 yang antara lain menyatakan bahawa apabila MPR hendak meminda UUD 1945, ia harus meminta pendapat rakyat terlebih dahulu melalui pungutan suara.
  • Undang-Undang Nombor 5 Tahun 1985 yang merupakan pelaksanaan Ketetapan MPR Nombor IV/MPR/1983.

Namun dalam pelaksanaannya, terjadi juga penyimpangan UUD 1945 yang mengakibatkan kekuasaan Presiden terlalu besar.

Pindaan Perlembagaan 1945[sunting | sunting sumber]

Salah satu tuntutan Reformasi 1998 adalah bahawa UUD 1945 dipinda kerana pada zaman Order Baru, kekuasaan tertinggi terletak di tangan MPR, bukannya di tangan rakyat, dan kekuasaan Presiden adalah terlalu besar. Terdapat juga beberapa fasal dalam UUD 1945 yang terlalu "kabur" sehingga dapat menimbulkan berbagai-bagai tafsiran, selain daripada fasal tentang semangat penyelenggaraan negara yang belum cukup didukung oleh peruntukan perlembagaan.

Tujuan pindaan UUD 1945 adalah untuk menyempurnakan dasar-dasar seperti pertahanan negara, kedaulatan rakyat, hak asasi manusia, pembahagian kekuasaan, penciptaan negara demokrasi dan negara undang-undang, serta hal-hal lain yang sesuai dengan perkembangan aspirasi dan keperluan bangsa. Pindaan UUD 1945 tidak meminda Pendahuluan Perlembagaan 1945, dan tetap mempertahankan susunan kenegaraan kesatuan (selanjutnya lebih dikenali sebagai Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI)), serta menegaskan sistem pemerintahan presiden.

Antara tahun-tahun 1999-2002, Perlembagaan 1945 dipinda sebanyak empat kali dalam perhimpunan-perhimpunan agung Majlis Musyawarah Rakyat (MPR):

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


 
Sejarah Perlembagaan Indonesia

UUD 1945 | UUD RIS | UUDS 1950
Pindaan UUD 1945: Pindaan Pertama | Pindaan Kedua | Pindaan Ketiga | Pindaan Keempat

Perundangan di Indonesia

UUD 1945 | Undang-Undang | Perpu | Peraturan Pemerintah | Peraturan Presiden | Peraturan Daerah

Lihat juga: Pancasila | Ketetapan MPR