Undang-undang adat Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Undang-undang adat Melayu ialah undang-undang yang mula-mula diamalkan di Tanah Melayu sejak wujudnya masyarakat orang asli. Undang-undang awal ini tidak bertulis dan berdasarkan amalan serta kebiasaan.

Apabila masyarakat semakin terdedah kepada dunia luar, terdapat dua undang-undang adat yang menjadi terkenal di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Adat Perpatih dan Adat Temenggong.[1] Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan manakala Adat Temenggung di semua Negeri-Negeri Melayu lain.

Istilah Adat Temenggung sebenarnya tidak ada dalam budaya orang Melayu yang awal. Adat Temenggung sebenarnya merupakan gelaran undang-undang yang menggunakan nama yang berbeza tetapi di bawah satu prinsip yang sama. ini mungkin berpunca daripada wujudnya beberapa persamaan antara adat Melayu dengan adat yang diasaskan Datuk Ketemenggungan di Minangkabau.[2] Kebanyakannya juga telah disesuaikan dengan ajaran Islam.[3] Sebagai contoh:

  1. Undang-undang Melaka.
  2. Undang-undang Johor.
  3. Undang-undang Kedah.
  4. Undang-undang Pahang.
  5. Undang-undang Perak.

Dengan datangnya penjajah, undang-undang adat Melayu semakin kurang digunakan berbanding undang-undang penjajah. Hinggalah apabila terbentuknya persekutuan Malaysia, undang-undang adat Melayu berkuasa kembali di negeri-negeri tertakluk di bawah perlembagaan Malaysia. Contohnya:-

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perundangan : Sejarah Perundangan Malaysia, Portal Pendidikan Utusan
  2. ^ Jelani Harun, Kajian Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London Diarkibkan 2008-12-18 di Wayback Machine, Melayu Online
  3. ^ Zaini Nasohah. Pentadbiran undang-undang Islam di Malaysia. Utusan. ISBN 9676115193. Dicapai pada 30 Julai 2009.