Undang-undang antarabangsa khusus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Konflik Undang-undang
Scale of justice 2.svg
Perkara awal
Pencirian  · Soalan kebetulan
Renvoi  · Pilihan undang-undang
Konflik undang-undang di Amerika Syarikat
Dasar awam  · Persidangan Hague
Unsur-unsur takrif
Negara  · Bidang kuasa  · Tatacara
Forum non conveniens  · Lex causae
Lex fori  · Menengok-nengok forum
Faktor penghubung
Mastautin  · Lex domicilii
Kediaman kebiasaan
Kerakyatan  · Lex patriae
Lex loci arbitri  · Lex situs
Lex loci contractus
Lex loci delicti commissi
Lex loci solutionis  · Undang-undang wajar
Lex loci celebrationis
Fasal pemilihan undang-undang
Fasal pemilihan forum
Bidang undang-undang substantif
Taraf  · Keupayaan  · Kontrak  · Tort
Perkahwinan  · Pembatalan  · Perceraian
Mendapat perceraian  · Perceraian Talaq
Harta  · Pewarisan
Penguatkuasaan
Penguatkuasaan keputusan mahkamah
asing

Undang-undang antarabangsa khusus atau Konflik Undang-undang adalah cabang undang-undang yang berkenaan timbulnya elemen undang-undang asing dalam penentuan sesebuah kes yang akan mempengaruhi keputusan kes berkenaan berikutan undang-undang yang mana dipilih sebagai lex causae. Pertama, ia berikutan hak dan legitimasi mahkamah membuat keputusan dalam kes berkenaan dan tempat yang manakah merupakan tempat perbicaraan yang sesuai, dan kedua, ia berhaluan menentukan undang-undang negara manakah yang diaplikasikan dalam kes berkenaan. Ia juga berkenaan dengan penguatkuasaan keputusan mahkamah asing.

Sebagai contoh, jika kedua-dua rakyat dua negara yang berlainan (Malaysia dan Australia umpamanya) berkahwin dan mempunyai anak, dan seterusnya bercerai. Soal yang timbul kemudian dalam tuntutan hak penjagaan anak nanti adalah;

  • Mahkamah negara manakah yang mempunyai hak bicara kes ini? Malaysia atau Australia?
  • Undang-undang berkaitan negara manakah yang harus kes ini dilandaskan? Malayia atau Australia?
  • Jika mahkamah Malaysia atau Australia membuat keputusan dalam kes ini dan anak berkenaan dilarikan ke negara yang satu lagi atau negara lain, adakah keputusan itu boleh dikuatkuasakan di negara lain tersebut?

Kesemua persoalan diatas bekait undang-undang antarabangsa khusus.

Nama[sunting | sunting sumber]

Subjek ini mempunyai dua nama panggilan dalam Bahasa Melayu, dan kedua-duanya tidak mengambarkan keterangan yang tepat. 'Konflik undang-undang' membawa maksud yang tidak sesuai, kerana tujuan cabang undang-undang ini adalah untuk menyelesaikan masalah konflik antara dua sistem undang-undang yang timbul, dan bukannya untuk mewujudkan konflik. Dalam negara-negara persekutuan dimana ada peluang timbul masalah ini dalam negara itu sendiri, seperti konflik antara sistem undang-undang negeri dan pusat, gelaran 'Konflik undang-undang' lebih digunapakai kerana nama undang-undang 'antarabangsa' mampu mengelirukan orang awam yang tidak arif mengenai undang-undang. Contoh negara yang masalah ini mungkin timbul adalah Kanada dimana provinsi Quebec mengamalkan sistem undang-undang berlandaskan Perancis berbeza dengan provinsi lain yang menggunakan sistem British.

Peringkat-peringkat dalam satu kes konflik undang-undang[sunting | sunting sumber]

  1. Pertamanya mahkamah hendaklah menentukan sama adanya hak memberi keputusan dalam kes berkenaan, dan seterusnya, apakah lokasi yang sesuai untuk perbicaraan dengan wujudnya masalah beli-belah lokasi perbicaraan.
  2. Perkara kedua pula adalah status tindakan yang dibawa ke mahkamah yang ada masanya melibatkan persoalan insiden. Sila notakan juga perbezaan diantara undang-undang prosidur dan undang-undang substantif.
  3. Setiap katagori perundangan mempunyai satu atau lebih peraturan pilihan undang-undang untuk menentukan undang-undang yang manakah harus diaplikasi ke atas isu-isu. Satu elemen penting adalah peraturan renvoi.
  4. Apabila ia telah ditentukan undang-undang yang manakah perlu diaplikasi, undang-undang berkenaan perlu dibuktikan kewujudannya kepada mahkamah dan diaplikasikan dalam pencapaian keputusan.
  5. Pihak yang berjaya kemudiannya mestilah menguatkuasakan keputusan tersebut dengan memastikan pengiktirafan keputusan tersebut oleh negara-negara berkenaan. Dalam negara yang persoalan masalah konflik undang-undang belum ditentukan secara definitif, keputusan biasanya diaplikasi secara ad hoc, iaitu, peraturan konflik dalam undang-undang khusus dan berkecenderungan lex fori ataupun undang-undang tempatan. Dalam negara-negara yang sistem perundangannya mengenai masalah ini lebih lengkap pula, peraturan mengenai undang-undang konflik berdiri secara berasingan daripada undang-undang khusus tempatan dan menggunakan pendekatan yang lebih antarabangsa dalam terminologi dan konsepnya. Seperti contoh, dalam Kesatuan Eropah kesemua perkara berkait hak membuat keputusan terletak dibawah Rejim Brussel sebagai contoh peraturan lis alibi pendens daripada Regulasi Brussel 1 diaplikasi pada semua Negara Ahli dan pentafsirannya dikawal oleh Mahkamah Keadilan Eropah dan bukan mahkamah tempatan negara-negara. Ini dan elemen lain peraturan Konflik adalah dalam bidang supranasionalisme dan dikuatkuasakan dengan triti ataupun konvensyen. Disebabkan peraturan-peraturan ini berkait rapat dengan kedaulatan dan penguatkuasaan undang-undang asing dalam satu mahkamah tempatan, undang-undang antarabangsa umum juga dikatakan terlibat kerana negara-negara melepaskan harapan biasa rakyat-rakyat mereka yang mereka mempunyai akses ke mahkamah milik negara sendiri dan akan diadili mengikut undang-undang sendiri, bukannya undang-undang negara lain. Aspek-aspek polisi umum beginilah mempunyai kesan ke atas perlembagaan persekutuaan dalam negara-negara yang mengamalkan pemerintahan bersekutu seperti Malaysia, Kanada dan Australia dimana mahkamah harus mengambil kira bukan sahaja undang-undang antara negara sendiri dan negara lain, malahan percanggahan undang-undang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Pilihan undang-undang berkenaan[sunting | sunting sumber]

Mahkamah yang berdepan masalah isu undang-undang mempunyai proses dua peringkat, iaitu;

  1. Mahkamah akan mengaplikasi undang-undang tempat perbicaraan (lex fori) kepada semua perkara prosidur, termasuk pilihan peraturan undang-undang; dan
  2. Ia mengira semua faktor-faktor yang menggabungkan isu-isu perundangan kepada undang-undang negara lain yang relevan dan mengaplikasi undang-undang yang mempunyai hubungan paling kuat, seperti undang-undang kerakyatan (lex patriae) atau undang-undang mastautin (lex domicilii) yang mendefinasikan status dan kebolehan undang-undang negara dimana terletaknya tanah berkaitan (lex situs) akan diaplikasi untuk kesemua hal berkait gran tanah, undang-undang dimana satu pembelian dibuat yang mewujudkan tindakan undang-undang tersebut (lex loci actus) akan menjadi undang-undang yang diaplikasi dalam kes semacam itu apabila perkara adalah substantif, akan tetapi sekarang undang-undang wajar menjadi pilihan.

Sebagai contoh, katakan A yang berwarganegara China dan tinggal di Jepun dan B yang berwarganegara di Malaysia dan bermastautin di Kedah manakala tempat tinggalnya di India, berhubung melalui Internet. Mereka bersetuju untuk bersama membeli tanah di Indonesia yang kini dimiliki C yang berwarganegara Timor Timur akan tetapi mereka tidak pernah bertemu, dan kesemua dokumen-dokumen undang-undang disediakan melalui faksimili dan ditukarkan melalui pos. A membayar bahagian depositnya tetapi B tiba-tiba mengakui bahawa dia terlalu muda untuk memiliki tanah mengikut undang-undang Timur Timor, meskipun mempunyai kebolehan membelinya dibawah undang-undang tempat mastautinnya (lex domicilii) dan undang-undang tempat tinggalnya. Peraturan-peraturan berkait mahkamah negara mana yang mempunyai hak bicara kes ini dan undang-undang negara manakah yang diaplikasi kepada setiap aspek kes adalah didefinasikan dalam undang-undang setiap negara maka, secara teorinya, tidak kira mahkamah negara mana pun yang menerima kes ini, keputusan yang akan dicapai adalah sama (akan tetapi pampasan ganti rugi yang diberikan mahkamah mungkin berlainan mengikut negara dan sebab inilah masalah beli-belah tempat perbicaraan menjadi rumit). Dalam realiti, cadangan mengharmonikan konflik undang-undang masih belum mencapai tahap dimana standardisasi keputusan boleh dijamin.

Provisi pra-pertikaian[sunting | sunting sumber]

Banyak kontrak dan dokumen-dokumen lain yang berkuatkuasa sebagai undang-undang memasukkan satu klaus lokasi tempat perbicaraan yang dipanggil klaus lokasi perbicaraan. Klaus undang-undang yang diaplikasi pula menentukan undang-undang yang mana mahkamah perbicaraan harus menggunakan untuk aspek-aspek isu-isu yang dipertikaikan. Ini berlandaskan prinsip kebebasan berkontrak. Para hakim telah menerima bahawa prinsip autonomi pihak yang membuat kontrak membenarkan pihak-pihak yang melakukan perjanjian sendiri memilih tempat perbicaraan dan undang-undang mereka sekiranya masalah undang-undang timbul.

Status undang-undang asing[sunting | sunting sumber]

Secara amnya, apabila sesuatu mahkamah mahu mengaplikasi undang-undang asing, ia mesti dibuktikan oleh pakar undang-undang berkenaan. Ia tidak bolehlah hanya dirayui di depan mahkamah begitu sahaja, kerana mahkamah tidak mempunyai kepakaran dalam undang-undang negara lain dan bagaimana ia hendak diaplikasikan dalam mahkamah negara berkenaan. Undang-undang asing ini mungkin dikira sebagai bukti sahaja kerana isu kedaulatan. Jika sesuatu mahkamah tempatan menguatkuasakan undang-undang asing, ia dikira merendahkan kedaulatan negaranya dan berpotensi melanggar perlembagaan negaranya sendiri. Respons yang berteori kepada masalah ini adalah:

  • (a) mahkamah mempunyai hak mengaplikasi undang-undang negara lain apabila perlu untuk berlaku adil kepada kes; atau
  • (b) mahkamah tempatan mencipta hak dalam undang-undangnya sendiri untuk menyamakan ia dengan undang-undang asing berkenaan. Penjelasan ini stabil kerana, walaupun dalam negara-negara yang mengamalkan stare decisis atau dahuluan mengikat, dahuluan yang wujud hasil kes konflik hanya akan mengikat kes-kes masa depan yang mempunyai elemen konflik undang-undang juga, bukannya kes-kes yang sifatnya seratus peratus tempatan.

Apabila lex causae dipilih, ia akan dihormati sehingga ia bercanggah dengan satu peraturan penting lex fori (undang-undang tempatan). Setiap hakim adalah penjaga kepada prinsip-prinsipnya yang tersendiri ordre public (polisi umum) dan pihak-pihak tidak boleh dengan sendirinya mengenepikan undang-undang tempatan yang berkaitan iaitu undang-undang buruh, insuran, regulasi persaingan, peraturan agensi, embargo, hubungan import-eksport dan regulasi pertukaran sekuriti. Tambahan pula, lex fori tetap bermaharajalela apabila aplikasi lex causae menyebabkan keputusan yang tidak bermoral, atau memberi penguatkuasaan kepada undang-undang asing yang bersifat memberi kuasa untuk mengambil harta benda pihak terlibat atau lain-lain undang-undang yang batasanya hanya boleh pada negara berkenaan sahaja.

Dalam sesetengah negara ada masanya timbulnya masalah membanggakan undang-undang negara sendiri dan merendahkan undang-undang asing contohnya, apabila mahkamah tempatan berkenaan mengatakan bahawa undang-undang asing berkenaan tidak mempunyai "standard yang sesuai". Dalam keadaan ini, undang-undang tempatan diaplikasikan. Di United Kingdom, jika tiada bukti yang menunjukkan sebaliknya, undang-undang asing "dianggap sama" dengan lex fori. Sesetengah hakim pula mungkin beranggapan bahawa undang-undang negaranya sendiri memberikan perlindungan yang lebih sesuai berbanding undang-undang negara asing. Sesetengah mahkamah Amerika Syarikat pula mengatakan bahawa undang-undang tempatan akan diaplikasi apabila kes berkenaan berlaku di "tempat yang tidak bertamadun serta tidak mempunyai undang-undang dan perundangan" Lihat kes Walton melawan Arabian American Oil Co. 233 F.2d 541 (2d Cir. 1956).

Jika kes ditujukan kepada penyelesaian oleh pihak ketiga dan bukannya mahkamah kerasa klausa pemilihan tempat perbicaraan dalam sesuatu kontrak, pihak ketiga berkenaan mungkin tidak mahu mengaplikasi polisi-polisi tempatan apabila dihadapkan kepada pemilihan undang-undang oleh pihak-pihak kerana ia mungkin menjejaskan objektif komersial sendiri pihak-pihak tersebut. Tetapi penyelesaian cara ini boleh dibantah dengan bantahan bahawa ordre public yang relavan berkenaan tidak diaplikasi. Jika lex loci arbitri telah diketepikan, tetapi tiada kaitan sebenar antara tempat pihak ketiga berkenaan dan kontrak yang dibuat oleh pihak-pihak terlibat, satu mahkamah dimana penguatkuasaan dimahukan olehnya mungkin menerima keputusan pihak ketiga berkenaan. Akan tetapi jika rayuan ini kepada mahkamah-mahkamah dalam negara dimana penyelesaian pihak ketiga ini dilakukan sebelumnya, mahkamah tidak boleh mengenepikan undang-undang lex fori.

Pengharmonian[sunting | sunting sumber]

Keputusan untuk memilih sebuah sistem undang-undang berbanding yang lain bukannya suatu pendekatan yang paling memuaskan. Kepentingan semua pihak mungkin lebih dapat dilindungi melalui sebuah undang-undang yang meliputi kenyataan antarabangsa.

Persidangan Hague mengenai undang-undang antarabangsa khusus ialah sebuah pertubuhan perjanjian yang menyelia persidangan-persidangan yang mengembangkan sebuah sistem sebaya. Pertimbangan-pertimbangan persidangan itu baru-baru ini menimbulkan perbalahan terhadap takat bidang kuasa sempadan silang untuk perdagangan elektronik dan isu-isu fitnah.

Keperluan untuk sebuah undang-undang kontrak antarabangsa tidak dipertikaikan: misalnya, banyak negara telah meratifikasi Konvensyen Vienna mengenai Jualan Barang-barang Antarabangsa kerana Konvensyen Rom mengenai Undang-undang Obligasi Kontraktual menawarkan keseragaman yang kurang khusus. Terdapatnya juga dukungan untuk Prinsip-prinsip UNIDROIT mengenai Kontrak Perdagangan Antarabangsa yang merupakan penyataan semula swasta. Kesemua ini merupakan usaha-usaha berterusan untuk menghasilkan piawai-piawai antarabangsa semasa internet dan teknologi-teknologi lain menggalakkan lebih banyak perdagangan antara negara.

Bagaimanapun, cabang-cabang undang-undang yang lain tidak diberikan penumpuan yang sama, dan arah aliran utama masih menumpukan kepada peranan undang-undang forum berbanding sebuah sistem supranasional untuk menyelesaikan percanggahan. Walaupun EU mempunyai institusi-institusi yang berupaya mencipta peraturan-peraturan seragam dengan kesan langsung, Kesatuan itu telah gagal dalam penghasilan sebuah sistem sejagat untuk pasaran bersama. Artikel 177 memberikan bidang kuasa kepada Mahkamah Keadilan untuk mentafsirkan dan menggunakan prinsip-prinsipnya. Oleh itu, jika terdapat azam politik, keseragaman tersurat akan beransur-ansur muncul. Sama ada mahkamah negara-negara Kesatuan akan tekal dalam penerapan undang-undang seragam itu masih merupakan sesuatu yang spekulatif.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • American Law Institute. Restatement of the Law, Second: Conflict of Laws. St. Paul: American Law Institute.
  • Dicey and Morris on the Conflict of Laws (13th edition) (edited by Albert V. Dicey, C.G.J. Morse, McClean, Adrian Briggs, Jonathan Hill, & Lawrence Collins). London: Sweet & Maxwell 2000.
  • North, Peter & Fawcett James. (1999). Cheshire and North's Private International Law (13th edition). London: Butterworths.
  • Reed, Alan. (2003). Anglo-American Perspectives on Private International Law. Lewiston, N.Y.: E. Mellen Press.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]