Undang-undang badminton

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gelanggang badminton

Badminton atau dahulunya dikenali sebagai bulu tangkis merupakan satu permainan gelanggang yang menggunakan raket dan amat popular di China, Indonesia, Malaysia dan beberapa negara lain. Di Indonesia istilah bulu tangkis masih digunakan. Ia boleh dimainkan oleh sama ada dua (permainan tunggal) atau empat orang (permainan beregu).

Mirip dengan permainan tenis, badminton dimainkan dengan pemain di setiap belah dan cuba memukul bola yang dipanggil ("bulu tangkis") melewati jaring agar jatuh di ruang lawan yang sudah ditentukan. Dia juga harus mencuba menghalang lawannya dari melakukan hal tersebut kepadanya.

Sejarah dan pembangunan sukan badminton[sunting | sunting sumber]

Badminton berasal dari Mesir purba kala.

Jaguh terkemuka[sunting | sunting sumber]

Negara Malaysia pernah mempunyai pemain badminton yang bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei, Wong Chong Hann , Koo Ken Kiet, Tan Boon Heong, Hafiz Hashim, Wong Mew Choo, Wong Pei Tye, Chin Ee Hui, Lee Wan Wah, dan Chong Tan Fook.

Kejohanan[sunting | sunting sumber]

Kemuncak kepada pertandingan badminton dunia adalah untuk merebut kejuaraan Piala Thomas yang diadakan dua tahun sekali. Negara-negara seperti Malaysia, Indonesia, China, Korea Selatan, England, dan Denmark kerap bertanding di peringkat akhir Piala Thomas. Negara Malaysia telah beberapa kali berjaya menjuarai Piala Thomas. Antaranya pada tahun 1992 di Kuala Lumpur, Malaysia telah berjaya mengalahkan Indonesia. Kejohanan utama seperti :

Kemahiran Asas Badminton[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua cara memegang raket.

  • Pegangan hadapan
  • Pegangan kilas

Pukulan Servis[sunting | sunting sumber]

  • Servis Rendah
  • Servis Flik
  • Servis Tinggi
  • Pukulan Hadapan
  • Pukulan Kilas
  • Pukulan Lob
  • Pukulan Smesy

Servis Rendah[sunting | sunting sumber]

  • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
  • Ayun raket ke belakang.
  • Siku bengkok hampir ke badan.
  • Tangan kiri pegang bulu tangkis.
  • Lepaskan bulu tangkis.
  • Ayun raket pantas ke hadapan.
  • Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri.
  • Pandang ke sasaran.
  • Ikut lajak.

Servis Flik[sunting | sunting sumber]

  • Flik bulu tangkis dengan pergelangan tangan di hadapan kaki kiri.
  • Penerbangan bulu tangkis tinggi melepasi pihak lawan.

Servis Tinggi[sunting | sunting sumber]

  • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
  • Ayun raket tinggi ke belakang.
  • Pegang bulu tangkis tinggi di paras hadapan muka.
  • Lepaskan bulu tangkis.
  • Ayun raket ke hadapan dengan lengan diluruskan.
  • Pandang bulu tangkis.
  • Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri dengan ayunan pantas.
  • Ikut lajak.

Pukulan Hadapan[sunting | sunting sumber]

  • Pandang bulu tangkis.
  • Ayun raket ke belakang.
  • Sebelah tangan lagi diluruskan.
  • Ayun raket dengan tangan lurus.
  • Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tertinggi.
  • Ikut lajak.

Pukulan Kilas[sunting | sunting sumber]

  • Pandang bulu tangkis.
  • Kaki kanan menyilang ke kiri.
  • Kilas raket separas bahu.
  • Pukul bulu tangkis.
  • Ikut lajak.

Pukulan Lob[sunting | sunting sumber]

Kemahiran pukulan hadapan boleh digunakan untuk melakukan pukulan lob. Pukulan ini digunakan untuk memaksa pihak lawan bergerak jauh ke belakang gelanggang.

Pukulan Smesy[sunting | sunting sumber]

Pukulan smesy boleh digunakan ketika bulu tangkis berada tinggi di udara. Ia digunakan untuk menamatkan rally atau mencipta ruang. Sasarannya ialah ke ruang kosong gelanggang lawan.

  • Pandang bulu tangkis.
  • Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan.
  • Ayun raket ke belakang dengan siku bengkok.
  • Sebelah tangan lagi lurus ke atas.
  • Ayun raket ke hadapan dengan lengan lurus.
  • Pukul bulu tangkis pantas.
  • Ikut lajak.