Undang-undang pilihan raya

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Undang-undang pilihan raya ialah suatu disiplin yang terletak di persimpangan undang-undang perlembagaan dan sains politik.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Bagi memudahkan pelaksanaan pilihan raya, beberapa undang-undang dan peraturan telah digubal di Malaysia. Undang-undang dan peraturan-peraturan-peraturan tersebut adalah seperti yang berikut:

  • Perlembagaan Persekutuan;
  • Perlembagaan Negeri;
  • Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19);
  • Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Akta 5);
  • Peraturan-peraturan (Penjalanan Pilihan Raya) Pilihan Raya, 1981;
  • Peraturan-peraturan (Pendaftaran Pemilih) Pilihan Raya, 2002;
  • Peraturan-peraturan (Mengundi Melalui Pos) Pilihan Raya, 2003.

Semua undang-undang dan peraturan-peraturan ini berkait secara langsung dengan proses pilihan raya. Terdapat juga beberapa undang-undang yang walaupun tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan proses pilihan raya, tetapi memain peranan dalam kelancaran penjalanan pilihan raya. Ia termasuklah Akta Polis 1962; Akta Hasutan 1970; Akta Rahsia Rasmi 1972; dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.