Undang-undang siber

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Undang-undang siber menerangkan mengenai isu-isu undang-undang berkenaan dengan penggunaan teknologi maklumat antara rangkaian. Ia merupakan bidang undang-undang yang kurang ketara berbanding hartanah dan kontrak, disebabkan ia adalah satu domain yang merangkumi banyak kawasan undang-undang dan regulasi. Sesetengah topik penting mengenai undang-undang siber adalah hak cipta, privasi, kebebasan bersuara dan bidang kuasa.

Bidang kuasa dan kedaulatan[sunting | sunting sumber]

Isu-isu mengenai bidang kuasa dan kedaulatan telah menjadi penting dalam era Internet kini. Internet tidak menjadikan sempadan geografi dan bidang kuasa jelas, tetapi pengguna Internet masih ada di kawasan bidang kuasa secara fizikal dan tertahluk pada undang-undang yang bebas daripada kedudukan mereka di Internet.[1] Dengan itu, satu urusniaga boleh merangkumi undang-undang sekurang-kurangnya tiga bidang kuasa: 1) undang-undang di mana pengguna menetap, 2) undang-undang yang beraplikasi pada mana hos server terletak, dan 3) undang-undang negara yang beraplikasi pada orang atau perniagaan yang mana urusniaga telah menjadi. Maka satu pengguna di Malaysia yang membuat urusniaga dengan pengguna lain di Jepun melalui satu server di Hong Kong boleh secara teorinya tertahluk pada undang-undang ketiga-tiga negara ini sebagaimana mereka merujuk kepada urusniaga yang dilakukan.

Bidang kuasa adalah aspek kedaulatan dan ia merujuk kepada kebolehan kehakiman, perundangan dan pentadbiran. Meskipun bidang kuasa adakah satu aspek kedaulatan, ia tidak wujud secara bersama dengannya. Undang-undang satu negara boleh mendapat impak melanjutkan bidang kuasa melepasi batas kawasan kedaulatan dan kesempadanan negara berkenaan. Ini ternyata bermasalah kerana medium Internet tidak secara terang mengiktiraf kedaulatan dan batasan kawasan. Tiada undang-undang bidang kuasa yang seragam dan mempunyai pengaplikasian sejagat, dan soalan-soalan berkenaan adalah secara amnya satu hal konflik undang-undang, iaitu undang-undang antarabangsa khusus. Satu contoh merupakan adalah sah di satu negara dan menyalahi undang-undang di negara lain. Dalam ketiadaan satu kanun bidang kuasa sejagat, pengamal undang-undang terpaksa berdepan dengan isu konflik undang-undang.

Satu lagi masalah yang wujud berkenaan undang-undang siber adalah sama ada hendak menanggap Internet senagai satu ruangan kosong fizikal (dan secara langsung tertahluk kepada bidang kuasa kawasan) atau untuk menilai Internet sebagai satu dunia dengan sendirinya (dan bebas daripada sebarang sekatan begitu). Mereka yang menyokong pendapat yang keduanya itu berpendapat bahawa kerajaan harus membiarkan komuniti Internet untuk mengawal dirinya sendiri. John Perry Barlow, umpamanya, telah berbicara di hadapan kerajaan-kerajaan dunia dan menyatakan "Apabila terdapatnya konflik sebenar, dan kesalahan sebenar, kami akan mengenalpasi mereka dan menguruskan mereka dengan cara yang ada. Kami membentuk Kontrak Sosial kami sendiri. Kerajaan ini akan dimulai mengikut keadaan dunia kami, bukan dunia anda. Dunia kami berlainan" (Barlow, A Declaration of the Independence of Cyberspace [1]).

Satu alternatif yang lebih moderat adalah Peristiharan Pemisahan Siber: "Manusia mempunyai minda, yang mereka bebas untuk guna tanpa sekatan-sekatan undang-undang. Tamadun manusia sedang membangun minda (terkumpul) nya. Apa yang kami mahu adalah kebebasan untuk mendudukinya tanpa sekatan undang-undang. Oleh sebab anda memastikan bahawa kami tidak boleh mengapa-apakan anda, anda tidak mempunyai hak moral untuk mencampuri kehidupan kami. Jadi hentikan masuk campur!" [2]. Pengamal lainnya pula berhujah untuk kompromi antara kedua-dua usulan itu, seperti hujah Lawrence Lessig yang menyatakan bahawa "Masalah undang-undang adalah untuk mencari bagaimana norma kedua-dua komuniti beraplikasi kerana subjek yang mana ianya beraplikasi berada di kedua-dua tempat pada masa yang sama" (Lessig, Code 190).

Walaupun kedengaran menarik, inisiatif-inisiatif pemisahan siber membuat impak yang sedikit pada undang-undang negara di mana pengguna mengakses Internet. Dalam kata praktikal, pengguna Internet tertahluk kepada undang-undang negara di mana dia mengaksesnya. Maka, di A.S., Jake Baker didakwa kerana e-conduct (e-kelakuan)nya, (lihat kebebasan bersuara), dan pengguna-pengguna yang menggunakan perisian perkongsian perisian disaman kerana melanggar hak cipta. Sistem sebegini berkonflik hanya apabila saman-saman seperti ini bersifat antarabangsa. Secara mudah, perlakuan sah di satu negara mungkin tidak sah di negara lain. Piawaian berbeza mengenai beban pembuktian dalam satu kes sivil boleh menyebabkan masalah-masalah bidang kuasa. Umpamanya, satu selebriti Amerika yang difitnah di alam maya mungkin susah untuk menyaman pada dunia nyata di negaranya sendiri, tetapi sekiranya selebriti yang berkenaan punyai hubungan ekonomi atau lainnya dengan England, dia boleh menyaman di Britain, di mana piawaian membuktikan fitnah jauh lebih rendah.

Pandangan berkecuali di Internet[sunting | sunting sumber]

Satu lagi bidang yang penting adalah keberkecualian internet yang mempengaruhi kawalan infrastruktur Internet. Meskipun tidak nyata pada pengguna-pengguna Internet kebanyakannya, setiap paket data yang dihantar dan diterima oleh setiap pengguna di Internet melalui router dan infrastruktur transmisi yang dipunyai entiti awam dan persendirian, termasuk syarikat telekomunikasi, universiti, dan kerajaan, yang mencadangkan bahawa Internet tidaklah sebebas yang John Perry Barlow dan yang lainnya hendak kita percayai. Ini menjadi satu aspek kritikal undang-undang siber dan punyai implikasi bidang kuasa yang terkini kerana undang-undang yang berkuatkuasa di satu bidang kuasa punyai potensi untuk secara dramatiknya mempengaruhi kesannya pada bindang-bidang kuasa yang lainnya apabila server hos atau syarikat telekomunikasi terlibat.

Kebebasan bersuara di Internet[sunting | sunting sumber]

Berbanding media percetakan tradisional, kebolehaksesan dan kebolehcapaian dan ketidaktahuan yang wujud di alam siber telah memansuhkan benteng halangan antara satu individu dan kebolehannya menerbit. Sesiapa yang mempunyai kebolehan berinternet mempunyai potensi untuk mencapai penonton yang berbilang berjuta-juta dengan hanya sedikit atau tiada kos pengedaran. Tetapi penulisan bolehcapai mudah ini di alam siber mennaikkan beberapa soalan dan kemungkinan memaparahkan lagi kerumitan undang-undang mengenai kebebasan dan pengawalan bersuara di alam siber.

Baru-baru ini, kerumitan-kerumitan ini terdapat dalam pelbagai bentuk, tiga contoh terbaik berkenaan insiden Jake Baker dalam pada wujud hal tayangan lucah di Internet menjadi isu, penyebaran berkontroversi DeCSS dan Gutnick v Dow Jones di mana undang-undang fitnah dilihat dalam konteks penerbitan di alam maya. Contoh terakhir paling signifikan kerana ia menggariskan kerumitan yang wujud dalam pengaplikasian undang-undang negara (secara spesifik) kepada Internet (yang bersifat antarabangsa). Pada tahun 2003, Jonathan Zittrain menimbangkan isu ini dalam kertas bentangannya, "Be Careful What You Ask For: Reconciling a Global Internet and Local Law" [3].

Dalam ramai negara, bersuara dalam alam siber menjadi satu lagi jenis komunikasi yang dikawal kerajaan. Inisiatif Internet Terbuka, [4], yang bertujuan "menyasat dan mencabar perihal penyekatan dan pengawasan" untuk "...mendapatkan gambaran sebenar mengenai perihal-perihal ini," mendedahkan beberapa laporan mendokumentasikan penyekatan kebebasan bersuara dari cebisan-cebisan Internet yang tidak dimahuan kepada rakyat mereka. Meskipun China merupakan pengawal paling ketat setakat ini [5] Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine ramai lagi negara lain seperti Singapura, Iran, Arab Saudi dan Tunisia telah didapati melakukan perkara yang sama.

Dalam contoh paling nyata mengenai pengawalan maklumat, kerajaan China pada masa yang singkat terus menghantar permintaan-permintaan dari Google ke carian enjin yang dikawalnya [6]. Contoh-contoh ini menyebabkan pelbagai kebimbangan berkenaan kebebasan bersuara, iaitu, apakah kerajaan punyai hak untuk menghalang akses dari Internet dan sekiranya ya, apakah jenis penyekatan yang perlu?

Dalam kes Keith-Smith lwn Williams ia nyata mengesahkan yang undang-undang fitnah beraplikasi pada perbincangan Internet.[2]

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Struktur unik Internet telah membimbangkan pelbagai sistem kehakiman. Meskipun terdapat dalam komputer fizikal dan peralatan elektronik di alam nyata, Internet itu sendiri bersifat maya. Bila individu-individu benar melayari Internet dan berhubungan dengan yang lainnya, ia berkemungkinan untuk mereka memalsukan maklumat peribadi mereka. Sekiranya ada undang-undang yang memerintah Internet, semestinya ia harus berbeza dengan undang-undang yang negara-negara geografi menggunakan hari ini.

Dalam esei mereka "Law and Borders — The Rise of Law in Cyberspace," [7], David Johnson dan David Post menawarkan penyelesaian terhadap masalah pemerintahan Internet. Disebabkan situasi unik Internet berkenaan geografi dan identiti, Johnson dan Post percaya yang Internet seharusnya memerintah dirinya sendiri. Berbanding mematuhi undang-undang negara asal mereka, rakyat Internet mesti mematuhi undang-undang entiti elektronik seperti pemberi perkhidmatan. Berbanding menggunakan identiti fizikal mereka, rakyat Internet akan dikenali dengan nama pengguna atau emel mereka. Kerana Internet menyanggah sempadan geografi, undang-undang nasional tidak beraplikasi. Penggantinya adalah kanun undang-undang yang dicipta khas berkenaan hak cipta dan hak individu. Dengan ini, Internet akan wujud sebagai negara berdaulatnya sendiri.

Sekiranya Internet berubah dengan cara begini pun, Johnson dan Post tidak menggambarkan bagaimana undang-undang di Internet boleh dikuatkuasakan. Sebaliknya, mereka melihat mekanisme pasaran, seperti yang digunakan pedagang purba, dalam mengendalikan perlakuan perlakuan rakyat Internet seperti tangan tersembunyi Adam Smith. Akan tetapi dengan peralihan lebih banyak lokasi dari dunia nyata ke dunia maya, potensi manifestasi kelakukan buruk di Internet dalam dunia sebenar boleh menjadi realiti dengan lebih mudah.

Walaupun begitu, masih terdapat beberapa penghujahan dan komentar yang menyatakan bahawa Internet bukan sahaja boleh dikawal, tetapi telahpun tertahluk kepada pelbagai pengawalan, kedua-duanya awam dan persendirian, oleh pelbagai pihak dan pada pelbagai peringkat. Dengan mengenepikan pengawalan Internet paling ketara seperti di China dan Arab Saudi (yang mengawasi kandungan), terdapat empat jenis kawalan Internet seperti yang diggariskan Lawrence Lessig dalam bukunya, Code and Other Laws of Cyberspace:

  1. Undang-Undang: Kanun Piawaian Pantai Timur, merupakan yang paling nyata daripada keempat-empat cara pengawalan. Sepertimana pelbagai statut, undang-undang kes dan duluan menggariskan, banyak tindakan di Internet boleh dikawal oleh perundangan konvensyenal (kedua-dua berkait urusniaga di Internet dan imej yang diletakkan). Kawasan-kawasan seperti perjudian, pornografi kanak-kanak, dan frod diregulasi dalam cara yang serupa pada alam nyata. Meskipun satu daripada kawasan yang paling kontroversi dan tidak jelas adalah penentuan forum mana yang mempunyai bidang kuasa terhadap aktiviti (ekonomi dan lain) subjek yang dilakukan di Internet, khususnya pada urusniaga antara sempadan yang mempengaruhi bidang kuasa tempatan, dan ia tentunya jelas yang cebisan-cebisan besar aktiviti Internet tertahluk pada pengawalan tradisional, dan perlakuan yang menyalahi undang-undang pada dunia nyata juga salah pada dunia maya, dan tertahluk pada undang-ndang dan pengawalan yang sama. Skandal dengan syarikat-syarikat gergasi membuat perundangan Amerika Syarikat memikirkan semula pemerintahan kawalan syarikat seperti Akta Sarbanes-Oxley.
  2. Arkitek: Kanun Pantai Barat: mekanisma-mekanisma ini termasuk parameter bagaimana informasi boleh dan tidak boleh dihantar menerusi Internet. Semuanya dari perisian menyekat Internet (yang mencari kata kunci atau URL yang spesifik dan menyekat mereka sebelum mereka boleh dilihat pada komputer yang meminta mereka), ke program penguncian, ke perarkitekan protokol TCP/IP, termasuk dalam katagori pengawalan ini. Ia dihujahkan bahawa cara megawal Internet yang lain sama ada bergantung kepada, atau disokong, pengawalan Kanun Pantai Barat.
  3. Kebiasaan atau Kelaziman: Seperti semua jenis interaksi sosial yang lain, perlakuan dikawal oleh norma dan kebiasaan yang signifikan. Meskipun aktiviti atau jenis perlakuan pada alam maya tertentu tidak dihalang oleh kanun arkitek Internet, atau tidak secara terang dipersalahkan undang-undang, tetapi aktiviti-aktiviti ini atau perlakuan ini akan secara tersembunyi dikawal oleh piawaian konomiti, dalam kes ini "pengguna" Internet. Dan sepertimana sesetengah perlakuan menyebabkan satu individu dipulaukan oleh masyarkat sebenar, juga perlakuan yang serupa akan dikritik atau dikawal oleh norma-norma komuniti di Internet.
  4. Pasaran: Terikat dengan kawalan kebiasaan sosial, pasaran juga mengawal sesetengah paten perlakuan di Internet. Walaupun pengaruh pasaran ekonomi terbatas dalam cebisan-cebisan tidak komersial di Internet, Internet juga mewujudkan pasaran maya maklumat, dan maklumat ini mempengaruhi kesemuanya dari perbandingan servis ke penetapan harga stok. Secara tambahannya, ketambahan populariti Internet sebagai satu medium urusniaga komersial dan satu forum beriklan, telah membawa hukum pembekalan dan permintaan pada alam siber.

Regulasi penggunaan Internet di negara lain[sunting | sunting sumber]

Meskipun terdapat sesetengah undang-undang Amerika Syarikat yang menyekat sesetengah akses ke bahan-bahan internet, ia tidak sekat Internet secara langsung. Ramai negara-negara Asia dan Timur Tingah menggunakan pelbagai regulasi berasaskan kod (satu daripada empat cara penghalangan) untuk menyekat bahan-bahan yang kerajaan mereka telah menggaris sebagai tidak wajar dilihat. China dan Arab Saudi adalah dua contoh terbaik negara yang berjaya menyekat Internet. (untuk bacaan selanjutnya, sila lihat kajian ONI mengenai keduanya di Diarkibkan 2010-03-14 di Wayback Machine sini)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Trout, B. (2007). "Cyber Law: A Legal Arsenal For Online Business", New York: World Audience, Inc.
  2. ^ Warning to chatroom users after libel award for man labelled a Nazi, Owen Gibson, March 23, 2006, The Guardian

Bacaan selanjutnya[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]