Under 18 No Fear

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Under 18 End of Fear)
Under 18 No Fear
Kulit novel grafik kedua Under 18 No Fear
Maklumat penerbitan
PenerbitKumpulan Art Square
Majalah: Starz & Gempak
FormatHitam-putih
GenreAksi
Drama
Komedi
Tarikh penerbitan2004
Bil. isuSenarai Jilid
Watak utamaSiv & Aken
Pasukan kreatif
KaryaZint

Under 18 No Fear merupakan sebuah novel grafik karya Zint, seorang pelukis komik yang bekerja di bawah Kumpulan Art Square. Siri komik ini merupakan karya spin-off kepada judul Under 18 terdahulu(watak terdahulu ialah Ax,Kaio,dan Yosi) yang memaparkan kisah enam tahun kemudian di sekolah yang sama, namun ditonjolkan dengan watak-watak baru. Kelihatannya watak-watak Under 18 ada membuat kemunculan di sini dan membantu plot cerita, sekaligus mempunyai perkaitan di antara karakter-karakter yang wujud dalam siri ini.

Novel grafik ini mempunyai empat jilid kesemuanya(Under 18 No fear,Under 18 Fear No More,Under 18 Fearless,& Under 18 End Of Fear); pada mulanya siri komik tersebut disiarkan dalam majalah Starz sebelum dipindahkan ke majalah Gempak. Genre novel grafik ini ialah aksi dan komedi serta bercirikan keremajaan.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Aken dan Siv, dua orang pelajar sekolah menengah yang berkelakuan samseng sering mencetuskan pergaduhan di sekolah. Melihatkan kehebatan mereka berdua, A.D, seorang ketua kelab kaunseling meminta mereka berdua menyertai kelabnya. A.D ialah seorang yang baik hati dan suka menolong orang, jadi dia sikit pun tidak menyerah kalah untuk merayu kepada dua orang samseng itu untuk menolongnya untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah. Usaha A.D untuk memujuk mereka berdua ternyata gagal namun A.D masih tidak berputus asa. Aken dan Siv masih tidak mempedulikan dia. Suatu hari, Aken mengetahui bahawa A.D ialah abang kepada Caley, iaitu seorang gadis yang disukainya. Aken beranggapan bahawa dia boleh mendekati gadis idamannya jika dia menyertai A.D dan ini membuatkan dia bersetuju untuk menyertai kelab kaunseling. Siv juga akhirnya menyertai kelab kaunseling apabila dia mengetahui bahawa A.D sebenarnya ialah orang kaya (bapanya ialah seorang ahli perniagaan) dan pada pendapat Siv, dia boleh meminta A.D membelikannya PSP sebagai ganjaran untuk menyertai kelab tersebut. Seorang demi seorang ahli baru yang menyertai kelab kaunseling dan begitu juga pelajar-pelajar yang bermasalah dibantu. Aken dan Siv sedikit demi sedikit memahami erti kehidupan, sekaligus tidak lagi berlawan dengan kebolehan mereka untuk membuli pelajar lain, malahan membantu pelajar lain menyelesaikan masalah mereka.

Senarai watak Under 18 No Fear[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

Siv[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar baru di sekolah tersebut. Mempunyai sifat yang gila-gila dan suka menunjukkan kuasa sendiri. Perangai buruk Siv ialah dia akan melarikan diri apabila orang lain cuba untuk membantunya dalam pertarungan, dan ini menyebabkan orang itu dibelasah teruk. Mempunyai obsesi kuat terhadap permainan video dan sering meminta A.D untuk membeli permainan yang terkini untuknya memandangkan dia tak mampu untuk membelinya. Siv merupakan satu-satunya insan yang boleh menyentuh Elicia, seorang gadis pembawa malang. Ini mungkin bermaksud hanyalah Siv lelaki yang layak untuk Elicia tetapi Elicia tidak dapat menerima kenyataan tentang hal itu. Siv mempunyai banyak idea yang unik untuk menyelesaikan masalah dia,termasuk ketika dia dibuang dari Kelab Kaunseling. Mempunyai senjata 'rahsia' yang tersembunyi di dalam baju dan menggunakannya bila kecemasan,dia seorang yang agresiv dan nakal

Aken[sunting | sunting sumber]

Seorang samseng yang terkenal di Sekolah Sri Hebat. Pada mulanya menganggap Siv sebagai seorang yang menjengkelkan. Dilihat sebagai rakan akrab Siv tetapi sering dilihat mereka berdua sebagai pesaing hebat,dan Aken juga berhasrat untuk mengalahkan Siv suatu hari nanti. Menaruh hati dengan Caley, adik kepada A.D. Aken menyukai Caley sejak sekolah rendah lagi dan sering mencuba untuk memikatnya. Namun satu hari Caley berhasrat untuk menerima Aken setelah mendengar kata-kata Lam yang cuba untuk menyatukan mereka berdua.

A.D[sunting | sunting sumber]

Nama sebenarnya ialah Eddie. Merupakan ketua kelab kaunseling. Seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Impiannya ialah 'melihat semua orang gembira'. Impiannya itu sering menjengkelkan ayahnya dan memaksa A.D untuk membantunya dalam perniagaan setelah tamat sekolah nanti. Tetapi akhirnya ayahnya bersetuju jua dengan niat murni A.D setelah mendengar kisah Encik Jackie yang pernah dibantu oleh kelab kaunseling. Merupakan abang kepada Caley dan dia selalu bimbang akan keselamatan adiknya yang semakin rapat dengan Aken. A.D telah disukai oleh bekas kekasih Leon,Linda kerana dia telah menyelamatkan Linda ketika Linda ditolak gadis-gadis lain dan Leon telah memanggil A.D sebagai pengkhianat.

Elicia[sunting | sunting sumber]

Seorang gadis pembawa malang. Setiap orang yang menyentuhnya akan ditimpa malang dan masalah ini sering mengganggu hidupnya. Namun kadang-kala nasib malang Elicia agak berguna ketika mereka dalam kesusahan(rujuk Under 18 End Of Fear). Satu-satunya orang yang boleh menyentuhnya ialah Siv dan ini disedari oleh Elicia ketika dia meminta Siv untuk berlakon sebagai teman lelakinya demi membuatkan Ash berputus asa terhadapnya. Elicia tidak dapat menerima kenyataan ini dan dia pernah berkata,"Aku takkan sukakan Siv!". Siv jugalah yang pernah menyelamatkannya ketika dia cuba untuk membunuh diri walaupun secara tidak sengaja. Elicia tidak menyukai lelaki yang berbadan tegap,oleh itu Ash terpaksa menghilangkanbadan tegapnya.

Dannis[sunting | sunting sumber]

Dia ialah seorang mangsa buli oleh sekumpulan samseng. Mempunyai rambut afro dan berbadan pendek. Seorang yang penakut dan sering mengikut saja karenah samseng tersebut namun berjaya disedarkan oleh Aken dan Siv. Dannis adalah orang yang pertama sedar yang hanya Siv sahaja yang boleh menyentuh Elicia.

Caley[sunting | sunting sumber]

Seorang pelajar yang rajin. Lemah lembut dan dia merupakan adik kepada A.D. Pada mulanya menganggap Aken sebagai menjengkelkan, tetapi akhirnya menerima Aken sebagai teman lelakinya. Caley pernah diculik oleh kumpulan baju hitam dan hampir diperkosa oleh kawan Cikgu James,namun berjaya diselamatkan oleh Aken.

Watak pembantu[sunting | sunting sumber]

Leon[sunting | sunting sumber]

Merupakan bekas kekasih Linda. Cara pemakaiannya amat pelik iaitu memakai pakaian yang ketat dan lut sinar dan alasan untuk dia berpakaian seperti itu ialah kerana dia sukakan semula jadi. Merupakan adik kepada Tim, iaitu watak yang pernah muncul dalam Under 18.

Linda[sunting | sunting sumber]

Bekas kekasih Leon. Seorang yang ceria dan mula menyukai A.D setelah A.D menanyakan keadaannya apabila ditolak oleh gadis-gadis lain yang melarikan diri akibat takut dengan Black Pitt yang tertukar wajah.Kawan baik Lam dan sering membantunya bekerja di kafe.

Lam[sunting | sunting sumber]

Kawan baik Aken sejak kecil lagi. Menyukai Aken sejak sekolah rendah. Berpenampilan seperti lelaki. Berhati baik dan suka menolong. Dia merupakan ketua kumpulan Metalroll setelah kematian Roxes. Lam mahu membubarkan Metalroll atas hasrat terakhir Roxes sebelum dia meninggal dunia namun niatnya itu disalah anggap sebagai alasannya untuk mendekati Aken. Lam melupakan niatnya untuk memberitahu perasaannya terhadap Aken dan cuba untuk menyatukan Aken dan Caley. Dia pernah menyelamatkan Linda daripada diperkosa oleh seorang guru dan kejadian tersebut menyebabkan dia dibuang sekolah.

Black Pitt[sunting | sunting sumber]

Seorang lelaki yang mirip Brad Pitt tetapi dia kelihatan seperti makhluk yang pelik. Aken memanggilnya sebagai makhluk asing namun dimarahi oleh gadis-gadis yang menyokong lelaki aneh itu.

Ranni[sunting | sunting sumber]

Seorang gadis yang lari dari rumah kerana tidak tahan dengan sikap bapanya yang sering mabuk. Hubungannya dengan bapanya pulih setelah dibantu oleh kelab kaunseling dan ini yang menyebabkan bapa A.D bersetuju untuk membiarkan anaknya meneruskan niat murninya itu.

Alan[sunting | sunting sumber]

Seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Pernah menyukai seorang guru yang bernama Jenny namun akhirnya melupakannya(rujuk buku Under 18 musim pertama). Dia kini menyukai Caley dan faham bahawa gadis tersebut tidak mempunyai perasaan terhadapnya. Disalah anggap menghidap penyakit jantung apabila dia terjatuhkan ubat pak ciknya. Hal ini cuma diketahui Aken dan meminta Alan untuk tidak memberitahu hal itu kepada Caley. Alan pernah muncul sebagai salah satu watak Under 18.

Jackie[sunting | sunting sumber]

Bapa Ranni dan rupanya mirip pelakon Hong Kong terkenal, Jackie Chan. Seorang yang sering mabuk setelah kematian isterinya namun dia disedarkan oleh Aken dan Siv.

Roxes[sunting | sunting sumber]

Bekas ketua kumpulan Metalroll. Meninggal dunia akibat kanser. Meminta Lam untuk membubarkan Metalroll setelah hutang dilangsaikan.

Ah Ping[sunting | sunting sumber]

Seorang yang berupa pelik yang tersalah anggap dengan Siv sebagai siv yang lagi satu. Salah seorang daripada kumpulan Ash.

Ash[sunting | sunting sumber]

Kawan baik Siv ketika di sekolah lama dahulu dan mengenali Siv sejak tadika lagi. Selalu ingin menumpaskan Siv, tetapi sering dikalahkan. Meminati penyanyi Siti Nurhaliza dan dia begitu kecewa apabila penyanyi tersebut berkahwin. Ash kemudiannya jatuh hati pada Elicia namun sering ditimpa malang apabila dia menyentuhnya. Ash mempunyai badan yang agak sasa,tetapi terpaksa dihilangkan demi cintanya terhadap Elicia kerana Elicia tidak suka lelaki yang berbadan tegap.

Gill[sunting | sunting sumber]

Salah seorang ahli kumpulan Metalroll. Bertindak untuk melahirkan semula Metalroll kerana tersalah anggap dengan niat Lam untuk membubarkan Metalroll. Dia kemudian menjadi rakan Siv dan membantu Siv menangkap Cikgu James.

Cikgu James[sunting | sunting sumber]

Antagonis terakhir dalam siri Under 18 No Fear. Wajahnya mirip Kang Joon Sang, protagonis utama siri drama Winter Sonata. Sebaik sahaja dia baru mengajar di Sekolah Sri Hebat, dia menubuhkan semula Kelab Kaunseling sekolah tersebut serta mandapatkan kembali bilik gerakan lama kelab tersebut. Namun, di sebalik wajahnya yang tampan dan nampak baik hati, dia sebenarnya mengetuai satu sindiket pengedaran dadah.

Watak terdahulu[sunting | sunting sumber]

Tim[sunting | sunting sumber]

Watak utama siri komik Under Age yang tampil semula di dalam Under 18 No Fear sebagai abang kepada Leon. Dia bekerja sebagai penyelamat pantai (lifeguard) di sebuah pusat peranginan.

Ax, Kaio dan Yosi[sunting | sunting sumber]

Watak utama siri komik Under 18 yang membuat penampilan semula (cameo) pada penghujung siri Under 18 No Fear iaitu 4 tahun selepas watak-watak utama menamatkan persekolahan mereka. Mereka digambarkan sebagai sebuah kumpulan rock berjaya yang sedang mengadakan konsert bagi meraikan pelancaran album sulung mereka.

Novel Grafik[sunting | sunting sumber]

Novel grafik ini mempunyai empat jilid kesemuanya.

  • Under 18 No Fear
  • Under 18 Fear No More
  • Under 18 Fearless
  • Under 18 End of Fear

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]