Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Logo MAMPU.jpg

Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia atau singkatan:MAMPU adalah badan berkanun Malaysia. Ketua Pengarah terkini adalah Datuk Normah binti Md Yusof ( 1 Jun 2007 - Sekarang)

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

MAMPU ditubuhkan hasil daripada Laporan 'Development Administration in Malaysia' oleh Prof. John D. Montgomery dan Milton J. Esman yang memperakukan peningkatan profesionalisme melalui program-program pendidikan dan latihan bagi semua lapisan kakitangan dalam perkhidmatan awam.

Atas cadangan laporan yang sama, maka pada tahun 1966, Unit Pentadbiran Pembangunan (DAU) ditubuhkan yang bertanggungjawab dalam pengembangan usaha-usaha pembaikan pembaharuan pentadbiran Kerajaan. DAU kemudiannya dikembangkan menjadi ICDAU yang berfungsi untuk menyelaras projek-projek pembangunanserta pembangunan serta perncangan tenaga manusia.

Selaras dengan perkembangan pentadbiran awam yang pesat lagi dinamik, ICDAU kemudiannya telah disusun semula pada tahun 1977. Fungsi penyelarasan pelaksanaan projek-projek pusat diserahkan kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan fungsi Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Tenaga Manusia diambil oleh agensi baru yang dikenali sebagai Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Visi[sunting | sunting sumber]

  • Peneraju Kecemerlangan Pemodenan Pentadbiran Perkhidmatan Awam Yang Terbilang Menjelang 2015

Misi[sunting | sunting sumber]

  • Memacu dan Memangkin Kecemerlangan Pemodenan Pentadbiran bagi Memperkasa Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam

Moto[sunting | sunting sumber]

  • Bersama Melaksana Transformasi

Peranan[sunting | sunting sumber]

  • Sebagai agensi pusat bagi pemodenan pentadbiran dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam, MAMPU melaksanakan empat peranan utama berikut:
    • Penggerak dan agen perubahan pentadbiran dan pengurusan bagi Perkhidmatan Awam
    • Memperkenalkan dan mempromosi program-program pembaharuan bagi jentera pentadbiran serta menilai dan mengiktiraf tahap prestasi agensi Kerajaan dalam pengurusan dan penyampaian perkhidmatan untuk memastikan Perkhidmatan Awam yang cekap, berkesan dan responsif.
    • Perancang dan peneraju dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam
    • Merancang, menggubal, meyelaras dan menilai pelaksanaan pembangunan ICT Sektor Awam bagi memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
    • Pakar runding dalam pengurusan organisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) Sektor Awam
    • Memberi khidmat nasihat dan perundingan bagi memantapkan struktur, sistem, prosedur kerja dan pelaksanaan pembangunan ICT ke arah meningkatkan tahap penyampaian perkhidmatan agensi Kerajaan.
    • Pemudah cara bagi pelaksanaan program pemodenan dan transformasi sistem penyampaian Perkhidmatan Awam
    • Menggembleng ilmu, kepakaran dan sumber pelbagai pihak (awam, swasta dan badan bukan Kerajaan) ke arah memperkasa pemodenan pentadbiran dan sistem penyampaian perkhidmatan.

Laman WEB rasmi[sunting | sunting sumber]