Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu
| Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu United Sabah National Organization USNO |
|
|---|---|
| Ketua | Tun Datu Mustapha bin Harun (Presiden) |
| Diasaskan | 1961 |
| Dibubarkan | 1991 |
| Ibu pejabat | Kota Kinabalu Sabah |
| Tapak web | |
| http://kelabusnosabah.blogspot.com | |
| Malaysia |
Rencana ini sebahagian daripada siri: |
|
|
|
Kerajaan
Eksekutif
Perundangan
Badan Kehakiman
Pilihan raya
Hubungan luar
Bahagian-bahagian
|
|
Negara-negara lain · Atlas Portal Politik |
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu, Inggeris: United Sabah National Organization (USNO) adalah parti politik yang berpusat di Sabah, Malaysia. Parti ini diasaskan oleh Tun Datu Mustapha Datu Harun, Ketua Menteri ketiga Sabah. Parti itu berjaya memerintah selepas memenangi pilihanraya negeri 1967. USNO kekal berkuasa sehingga 1975 di bawah kepimpinan Tun Mustapha, dan sehingga 1976 di bawah Mohamed Said Bin Keruak.
Sebelum pembentukan Malaysia pada 16 September, 1963, USNO memainkan peranan penting dalam kerjasama dengan UPKO (United Pasokmomogun Kadazandusun Organization), yang dipimpin oleh Tun Fuad Stephens, dan dalam Persekutuan Tanah Melayu, dalam mendapat kemerdekaan daripada Great Britain.
Pada tahun 1975, setiausaha agung USNO Harris Salleh meninggalkan parti tersebut dan bergabung dengan UPKO untuk membentuk sebuah parti baru yang dinamakan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA). Parti baru ini berjaya mengalahkan USNO pada pilihanraya negeri 1976 untuk membentuk kerajaan sehingga 1985. Selepas kekalahan itu, USNO seringkali meneruskan untuk menyertai pilihanraya negeri 1981, 1985, 1986, dan 1990, memenangi beberapa buah kerusi, tetapi tidak pernah cukup untuk membentuk kerajaan semula.
Pada tahun 1990, USNO bergabung dengan BERJAYA untuk membawa UMNO melebarkan sayap ke Sabah. Tun Mustapha menjadi pengerusi pertama UMNO Sabah setelah Usno dibubarkan untuk bergabung dengan UMNO pada tahun 1991.