Universal Studios Singapore
| Universal Studios Singapore | |
|---|---|
|
|
|
|
|
|
| Lokasi | Resorts World Sentosa, 8 Sentosa Gateway Sentosa Island Singapore 098269, Singapura |
| Pemilik | Genting Group |
| Dikendalikan oleh | Universal Parks & Resorts |
| Dibuka | 18 Mac 2010 (pembukaan tidak rasmi) 28 Mei 2011 (pembukaan besar-besaran) |
| Musim beroperasi | Sepanjang tahun |
| Tunggangan | |
| Jumlah | 20 |
| Roller coaster | 5 |
| Tunggangan air | 2 |
| Laman sesawang | Tapak sesawang rasmi |
|
sunting |
|
Universal Studios Singapore (Cina ringkas: 新加坡环球影城; Cina tradisional: 新加坡環球影城; pinyin: Xīnjiāpō Huánqíu Yǐngchéng; Bahasa Tamil: யுனிவர்சல் ஸ்டுடியோஸ், சிங்கப்பூர்) merupakan sebuah taman tema yang terletak di antara Resorts World Sentosa, Pulau Sentosa, Singapura. Resort ini merupakan komponen utama bagi Genting yang mempunyai hak dalam pembinaan resort berintegrasi kedua di Singapura. Pada 8 Disember 2006, kerajaan Singapura telah mengumumkan bahawa konsortium ini telah memenangi bidaan tersebut. Pembinaan taman tema dan seluruh resort bermula pada 19 April 2007. Universal Parks & Resorts juga adalah yang kedua pernah dibuka di Asia (Jepun adalah yang pertama) dan pertama di Asia Tenggara. Perancangan rasmi untuk resort ini telah didedahkan kepada umum apabila Universal Studios Singapore mengeluarkan peta taman tema kepada umum pada 20 Oktober 2009.[1] Universal Studios Singapore telah berjaya menarik lebih daripada 2 juta pengunjung semenjak 9 bulan selepas pembukaannya.[2]
Universal Parks & Resorts telah memasarkan fungsinya sebagai "satu-satunya taman tema seumpamanya di Asia" dan berusaha untuk menjadikannya sebagai satu-satunya tempat seumpamanya di Asia Tenggara untuk 30 tahun yang akan datang.[3]
Rujukan [sunting]
- ↑ "Map of Universal Studios Singapore", 20 October 2009.
- ↑ "Singapore's success in Universal Studios leads Asia in theme park boom", 20 September 2010.
- ↑ "Resorts World at Sentosa", e-Travel Blackboard Asia, 29 January 2008. Dicapai pada 21 October 2008.
