Universiti Andalas
| Universiti Andalas | |
|---|---|
| 'Universitas Andalas' | |
| Gerbang universiti | |
|
|
|
| Ditubuhkan pada: |
23 Disember 1955 |
| Jenis: | Universiti Negeri |
| Lokasi: | Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia (0°54′52″S 100°27′45″T / 0.91444°S 100.4625°T) |
| Penggabungan: | ASAIHL |
| Laman sesawang: | www.unand.ac.id |
Universitas Andalas (Unand) ialah universiti tertua di Indonesia di luar Jawa. Pada 2009, usia universiti ini 54 tahun. Unand terletak kira-kira 12 km dari Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Pintu gerbangnya begitu menarik kerana mengikut seni bina Minangkabau. Reka bentuknya menjadi identiti Minangkabau iaitu bumbung berbucu tajam melentik seperti tanduk kerbau.
Gempa bumi 2009 [sunting]
Pada 30 Oktober 2009, gempa bumi berskala 7.6 richter memusnahkan 1000 bangunan penting di Padang dan lebih 4000 orang terbunuh atau terperangkap di bawah runtuhan bangunan.
Ia terletak di kawasan berbukit Limau Manis, Pauh. Luasnya 500 hektar itu. Kerosakan kecil berlaku pada bahagian bumbung sebuah bangunan. Kerja membersih serpihan batu masih dilakukan di dalam dan luar Fakulti Undang-undang. Kuliah masih ditangguhkan. Kampus Fakulti Kedoktoran yang terletak 15 km dari kampus induk, kelihatan kerja-kerja membersih sisa runtuhan diangkut untuk dibawa keluar dengan menaiki lori. 20 % bangunan dikira terjejas oleh gempa bumi. Bangunan lain masih ukuh dan utuh.[1]