Universiti Diponegoro

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Universiti Diponegoro

Lambang UNDIP

Cogan kata Wiyata Hangreksa Gapuraning Nagara
Didirikan 1957
Jenis Universiti umum
Rektor Prof.Dr.dr. Soesilo Wibowo, MS.Med,SpAnd
Lokasi Semarang, Indonesia
Laman rasmi www.undip.ac.id

Universiti Diponegoro (bahasa Indonesia: Universitas Diponegoro), lebih dikenali dengan singkatan UNDIP, didirikan pada tahun 1956 sebagai universiti swasta dan mendapat status universiti umum pada tahun 1961. Istilah Diponegoro diambil dari pahlawan kebangsaan yang merupakan seorang pangeran dari Jawa Tengah yang mengobarkan semangat kemerdekaan dari Belanda pada awal abad ke-18. Semangat ini turut menginspirasikan penubuhan UNDIP.

Sejak tahun 1980-an, Universiti Diponegoro ini disenaraikan sebagai 100 Universiti terbaik di Asia, dan menjalin kerjasama dengan 12 universiti di Malaysia.[1] Namun pada bulan Ogos 2009, Rektor Universiti Susilo Wibowo menyatakan bahawa Universiti Diponegoro Semarang sudah berhenti menerima pelajar Malaysia bagi tahun akademik 2009-10. [2], [3] Hal itu turut mendapat perhatian penerbitan University World News edisi Global. [4]. Perkara ini diputuskan walaupun pegawai pendidikan Indonesia menggesa ia dibatalkan, dengan mendakwa "Kami tahu akibatnya." [5] Kementerian Pendidikan Malaysia tidak lama kemudian mengeluarkan Undip dari daftar universiti yang diiktiraf untuk para mahasiswa kedoktorannya karena universiti tersebut dianggap gagal memenuhi persyaratan dari Malaysia Medical Council (MMC).[6] Universitas Andalas (Unand) Sumatera Barat menyatakan ia tidak menurut tindakan Universiti Diponegoro tersebut.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Penubuhan Universiti Diponegoro dirintis mulai pertengahan tahun 1956 dengan diawali penubuhan Yayasan Universiti Semarang. Tokoh-tokoh yang terlibat dalam penubuhan Universitas Semarang adalah Mr. Imam Bardjo, Mr. Soedarto, Mr. Dan Sulaiman dan Mr. Soesanto Kartoatmodjo.

Secara rasmi Universiti Semarang dibuka pada tarikh 9 Januari 1957. Dengan mengingati usia universiti yang masih sangat muda dengan prasarana pendidikan yang masih sangat terbatas maka pada masa itu hanya terdapat institusi-institusi pendidikan Akademi Administrasi Negara dengan Dekan pertama Mr. Goenawan Goetomo, Akademi Tata Niaga dengan Dekan pertama Drs. Tjioe Sien Kiong, Akademi Teknik yang kemudian menjadi Fakulti Teknikal dengan Dekan pertama Prof. Ir. Soemarman.

Dengan berlakunya peristiwa Dies Natalis ketiga Universitas Semarang pada tarikh 9 Januari 1960 Presiden R.I. Dr. Ir. Soekarno menukar nama Universiti Semarang menjadi UNIVERSITI DIPONEGORO, sebagai penghargaan terhadap Universiti Semarang atas prestasi dalam pengusahaan bidang pendidikan tinggi di Jawa Tengah. Universiti (swasta) Diponegoro ditukar statusnya sebagai Universiti Umum pada tarikh 15 Oktober 1960. Tarikh inilah yang kemudian ditetapkan sebagai hari penubuhan Universitas Diponegoro. Pada waktu itu fakulti-fakulti yang telah pun beroperasi termasuklah Fakulti Undang-undang dan Pengetahuan Masyarakat; Fakulti Ekonomi, Fakulti Teknikal dan Fakulti Perguruan dan Pendidikan.

Sumber daya manusia[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, UNDIP didukung oleh sumber daya manusia yang cukup bermutu tinggi. Pada September 1998, UNDIP telah memiliki sejumlah 1,750 staf akademik dan 1,065 staf pentadbiran. Pada akhir September 1998, jumlah mahasiswa yang mendaftar adalah 24.424. Nisbah pengajar berbanding mahasiswa ada di dalam angka ideal 1 : 14. Angka ini tidak termasuk pengambilan pelajar lepas dan cuti semester. UNDIP menawarkan banyak jurusan. Di dalam jumlah 10 Fakulti, terdapat 21 jurusan dan 68 program pembelajaran yang relevan dengan keperluan komuniti di sekitar kampus.

Fakulti[sunting | sunting sumber]

Universiti Diponegoro memiliki 10 Fakulti :

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Lokasi Universiti Diponegoro tersebar di beberapa lokasi di kota semarang dengan tanah seluas 2.009.862 m2 dengan perincian 7 lokasi kampus dan 1 lokasi perumahan:

  • Kampus Pleburan Semarang (Fakulti Non Eksakta, UPT Komputer, UPT Bahasa dan UPT MKU)
  • Kampus Tembalang Semarang (Rektorat, Lembaga Penelitian, Lembaga Pengabdian pada Masyarakat, Lembaga Pengembangan Pendidikan ,UPT Perpustakaan, UPT. Kemitraan dan Keusahawanan, upt. Undip Press serta Fakulti Eksakta)
  • Kampus Jl. Dr. Soetomo dan Gunung Brintik Semarang (Fakulti Perubatan)
  • Kampus Jl. Kalisari Semarang (Laboratorium Fakulti Teknik)
  • Kampus Jl. Ade Irma Suryani Jepara (Lab. Fakulti Perikanan dan Ilmu Kelautan)
  • Kampus Mlonggo Jepara (Fakulti Perubatan)
  • Kampus Teluk Awur Jepara (Fakulti Perikanan : Lab. Kelautan, Ruang Kuliah, Asrama, Perpustakaan, Rumah Dinas, Ruang Fasiliti Selam)
  • Perumahan Dinas Kagok Semarang

Pers mahasiswa[sunting | sunting sumber]

Universiti Diponegoro memiliki dua lembaga pers mahasiswa (LPM), LPM Hayamwuruk dan LPM Manunggal. Keduanya ditubuhkan pada tahun 80-an. LPM Hayamwuruk pernah memenangi anugerah daripada ISAI (Institut Stusi Arus Informasi) pada tahun 1997, sebagai pemenang pertama untuk pers alternatif terbaik. Kriteria penilaian meliputi tema, kedalaman berita, sumber-sumber, dan keseimbangan berita.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


 
Institut Pendidikan Tinggi Awam di Indonesia

Universiti: AirlanggaAndalasBengkuluBrawijayaCendrawasihDiponegoroGadjah MadaHaluoleoHasanuddinIndonesiaJambiJemberJenderal SoedirmanKhairunLambung MangkuratLampungMalikussalehMataramMulawarmanNegeri GorontaloNegeri JakartaNegeri MakassarNegeri MalangNegeri ManadoNegeri MedanNegeri PadangNegeri PapuaNegeri SemarangNegeri SurabayaNegeri YogyakartaNusa CendanaPadjadjaranPalangka RayaPattimuraPendidikan GaneshaPendidikan IndonesiaRiauSam RatulangiSebelas MaretSriwijayaSultan Ageng TirtayasaSumatera UtaraSyiah KualaTadulakoTanjungpuraTerbukaTrunojoyoUdayana
Politeknik: Elektronik SurabayaPerkilangan Bandung (POLMAN)AmbonBaliBandungBanjarmasinJakartaJemberKupangLampungLhokseumaweMakassarMalangManadoMedanPadangPontianakSamarindaSemarangSriwijayaPerikanan TualPerkapalan SurabayaPertanian KupangPertanian Pangkajene KepulauanPertanian PayakumbuhPertanian Samarinda
Sekolah Tinggi: STSI BandungSTSI Padangpanjang
Institut: IPB BogorISI YogyakartaISI DenpasarISI SurakartaITB BandungITS Surabaya

Lihat juga: Institut Pendidikan Tinggi Islam NegeriInstitut Pendidikan Tinggi SwastaInstitut Pendidikan Tinggi Islam SwastaInstitut Pendidikan Tinggi Perkhidmatan