Universiti Gadjah Mada
| Diasaskan | 19 Desember 1949 |
|---|---|
| Jenis | Perguruan Tinggi Negeri |
| Rektor | Prof. Dr. Pratikno, M.Soc.Sc., (2012-2017) |
| Lokasi | Yogyakarta, Indonesia |
| Laman web rasmi | http://www.ugm.ac.id |
Universiti Gadjah Mada (Bahasa Indonesia: Universitas Gadjah Mada; Bahasa Inggeris: Gadjah Mada University) merupakan universiti tertua di Indonesia. Universiti ini dibina pada 19 Disember 1949, Gadjah Mada merupakan universiti pertama yang dibina selepas Republik Indonesia mencapai kemerdekaan.
Isi kandungan |
Fakulti [sunting]
Pada saat universiti ini dibina, Universiti Gadjah Mada hanya memiliki enam fakulti, tetapi kini memiliki 18 Fakulti dan satu program Pascasarjana (S-2 dan S-3). Universiti Gadjah Mada berlokasi di Kampus Bulaksumur Yogyakarta. Sebagian besar fakulti ini dalam lingkungan Universiti Gadjah Mada terdiri daripada beberapa jurusan . Kegiatan Universiti Gadjah Mada diklasifikasikan dalam bentuk Tri Dharma Perguruan Tinggi yang terdiri atas Pendidikan dan Pengajaran, Penelitian dan Pengabdian kepada Masyarakat.
Senarai Fakulti:
- Fakulti Sains Kajihayat
- Fakulti Ekonomika dan Bisnis
- Fakulti Farmasi
- Fakulti Filsafat
- Fakulti Geografi
- Fakulti Hukum
- Fakulti Ilmu Budaya
- Fakulti Ilmu Sosial dan Ilmu Politik
- Fakulti Sains Perubatan
- Fakulti Sains Pergigian
- Fakulti Kedokteran Haiwan
- Fakulti Kehutanan
- Fakulti Matematika dan Sains
- Fakulti Pertanian
- Fakulti Perikanan
- Fakulti Peternakan
- Fakulti Psikologi
- Fakulti Kejuruteraan
- Fakulti Teknologi Pertanian
- Sekolah Vokasi
- Sekolah Pascasiswazah
Hubungan pelajar antarabangsa [sunting]
Pada September 2009, sekumpulan pelajar tempatan melontar telor tembelang kepada rumah yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta kerana isu tarian Pendet.[1] Sedozen pelajar Pertubuhan Pelajar Muslim meronda sekitar perangkarangan Universiti Gadjah Mada di Yogyakarta, protes bagi menyingkir pelajar Malaysia. Mereka membakar bendera Malaysia dan meminta bagi bercakap dengan pelajar Malaysia.[2]
Rujukan [sunting]
Lihat juga [sunting]
Pautan luar [sunting]
- (Indonesia) Laman Rasmi
