Universiti Negara Moscow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bangunan utama universiti

Universiti Negara Moscow M. V. Lomonosov (Bahasa Rusia: Моско́вский госуда́рственный университе́т и́мени М.В.Ломоно́сова, Moskóvskiy gosudárstvennyy universitét ímeni M. V. Lomonósova) ialah universiti terbesar di Rusia, dan termasuk dalam 10 universiti terbesar di dunia. Ia mempunyai 21 fakulti dan 9 instutut penyelidikan dengan populasi 31,000 orang pelajar serta 7,000 pelajar ijazah lanjutan termasuk Institut Negara-Negara Asia dan Afrika di mana Bahasa Melayu ditawarkan. Universiti Negara Moscow yang ditubuhkan oleh seorang ahli sains ternama Rusia, Mikhailo Lomonosov pada tahun 1755 ialah antara yang tertua di Rusia dan sejak tahun 1940, diberi nama pengasasnya. Gedung yang baru di Bukit Burung Pipit ialah antara pencakar langit yang indah seni binanya di Moscow.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]