Universiti Sumatera Utara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Sumatera Utara
Universitas Sumatera Utara
Lambang Universiti Sumatera Utara.png
Logo Universiti Sumatera Utara
Maklumat am
Nama lama Yayasan Universitet Sumatera Utara
Moto Universiti untuk Industri
Ditubuhkan 4 Jun 1952
Jenis Awam
Penggabungan AUAP[1]

Laman sesawang http://www.usu.ac.id/
Pentadbiran
Rektor Prof Dr Syahril Pasaribu DTM&H MSc(CTM) SpA(K)
Perangkaan
Pelajar 25,000
Lokasi
Lokasi Medan, Sumatera Utara
Negara Indonesia
Kampus Bandar

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


Universiti Sumatera Utara (USU, Bahasa Indonesia Universitas Sumatera Utara) ialah sebuah universiti negeri yang terletak di Kota Medan, Indonesia. Universiti Sumatera Utara ialah salah satu universiti yang terbaik di Pulau Sumatera dan merupakan universiti negeri tertua di luar Jawa. USU juga merupakan universiti pertama di Pulau Sumatera yang mempunyai Fakulti Kedoktoran.

USU didirikan sebagai Yayasan Universitet Sumatera Utara pada tarikh 4 Jun 1952. Fakulti pertama adalah Fakulti Kedoktoran yang ditubuhkan pada 20 Ogos 1952, yang kini dirayai sebagai ulang tahun USU. Presiden Indonesia, Soekarno kemudian merasmikan USU sebagai universiti negara ketujuh di Indonesia pada tanggal 20 November 1957.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sejarah Universiti Sumatera Utara dimula dengan penubuhan Yayasan Universitet Sumatera Utara pada 4 Jun 1952. Penubuhan yayasan ini diterajui oleh Gabenor Sumatera Utara bagi memenuhi keinginan masyarakat Sumatera Utara khususnya dan masyarakat Indonesia umumnya.

Yayasan ini diurus oleh suatu Dewan Pimpinan yang diketuai secara langsung oleh Gabenor Sumatera Utara, dengan susunan sebagai berikut; Abdul Hakim (Ketua); Dr. T. Mansoer (Wakil Ketua); Dr. Soemarsono (Sekretaris/Bendahara): Ir. R. S. Danunagoro. Drh. Sahar, Drg. Oh Tjie Lien, Anwar Abubakar, Madong Lubis, Dr. Maas. J. Pohan, Drg. Barlan, dan Soetan Pane Paruhum (Anggota).

Pada 31 Disember 1951 sebuah panitia persiapan pendirian perguruan tinggi telah dibentuk dan diketuai oleh Dr. Soemarsono yang anggotanya terdiri daripada Dr. Ahmad Sofian, Ir. Danunagoro, dan sekretaris Mr. Djaidin Purba. Selain Dewan Pimpinan Yayasan, Organisasi USU pada awal berdirinya terdiri dari: Dewan Kurator, Presiden Universiti, Majlis Presiden dan Asesor, Senat Universiti, dan Dewan Fakultet.

Sebagai hasil kerja sama dan bantuan moral dan material dari seluruh masyarakat Sumatera Utara yang pada waktu itu meliputi juga Daerah Istimewa Aceh, pada tanggal 20 Ogos 1952 berhasil didirikan Fakulti Kedokteran dijalan Seram dengan dua puluh tujuh orang mahasiswa diantaranya dua orang wanita.

Kemudian diikuti dengan penubuhan Fakulti Hukum dan Pengetahuan Masyarakat (1954), Fakulti Keguruan dan llmu Pendidikan (1956), dan Fakulti Pertanian (1956).

Pada 20 November 1957, USU dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia Dr. Ir. Soekarno menjadi universiti negara ketujuh Indonesia. Tarikh perasmian ini kemudian ditetapkan sebagai Dies Natalis USU yang diperingati setiap tahun hingga tahun 2001.

Kemudian atas usul beberapa anggota Senat Universiti, hari jadi USU ditinjau kembali. Senat Universiti akhirnya memutuskan bahwa hari jadi USU adalah pada tanggal 20 Ogos 1952 iaitu pada saat perkuliahan pertama dimulai di lingkungan USU. Dengan persetujuan Departemen Pendidikan Nasional, pada tahun 2002 di peringati Dies Natalis USU yang ke 50.

USU Hari Ini[sunting | sunting sumber]

Pada masa ini, USU mengendalikan lebih dari 100 Program Studi yang terdiri dari berbagai bidang pendidikan tinggi, yang dirangkumi dalam sepuluh fakulti dan satu program lepasan sarjana (pascasarjana). Dalam perkembangannya, beberapa fakulti di lingkungan USU telah menjadi embrio berdirinya tiga perguruan tinggi negeri baru, iaitu Universiti Syiah Kuala di Banda Aceh (dari Fakulti Ekonomi dan Fakulti Kedokteran Hewan dan Peternakan), IKIP Negeri Medan yang sekarang berubah menjadi Universiti Negeri Medan (dari Fakulti Keguruan dan llmu Pendidikan), Politeknik Negeri Medan (dari Politeknik USU).

USU Map[sunting | sunting sumber]

Kampus USU Padang Bulan terletak di sebelah barat daya kota Medan, tujuh kilometer dari pusat kota. Kampus ini yang memiliki keluasan 116 Ha dengan luas zon akademik 93.4 Ha, merupakan pusat utama kegiatan universiti. Di sini terdapat lebih dari 100 bangunan dengan luas lantai keseluruhan 133,141 meter persegi.

Selain bangunan pendidikan dan penyokong, di kawasan ini juga terdapat berbagai kemudahan sosial dan umum seperti taman dan kemudahan olahraga. Kemudahan ini yang telah digunakan sejak 50 tahun yang lalu diperuntukkan untuk menampung kegiatan universiti dengan jumlah mahasiswa hingga 20,000 mahasiswa, dan ketika ini jumlah mahasiswa USU telah mencapai 25,000 mahasiswa.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]