Universiti Sydney

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Universiti Sydney
SydneyUniversityCrest.png
Maklumat am
Moto Sidere mens eadem mutato
Latin: "Bintangnya bertukaran, [tetapi] fikiran [masih] sama"
Ditubuhkan 1850
Jenis Awam
Penggabungan Kumpulan Lapan, APRU, ASAIHL
Pembiayaan AUD $1.052 bilion [1]

Laman sesawang www.usyd.edu.au
Pentadbiran
Canselor Profesor Marie Bashir, Puan Shehadie AC CVO[2]
Timbalan canselor Profesor Gavin Brown
Perangkaan
Staf pentadbiran 2,451 (akademik)
Siswa 31,357 (dari 2005)
Lepasan ijazah/sarjana 14,609 (dari 2005)
Lokasi
Lokasi Sydney, NSW
Negara Australia
Kampus bandar, taman

sunting
Lihat pendokumenan templat ini


The University of Sydney (bahasa Melayu: Universiti Sydney), didirikan di Sydney pada 1850, merupakan universiti tertua di Australia. Universiti ini ialah salah sebuah ahli universiti Australia "Kumpulan Lapan" di Australia yang diberikan tempat tinggi dalam segi pencapaian pengajian mereka. Pada 2005, Universiti Sydney mempunyai 45,966 pelajar dan 2,300 (bersamaan penuh-waktu) kakitangan akademik, menjadikannya yang kedua besar di Australia.[3]

Universiti Sydney telah ditempatkan antara 40 universiti tertinggi di dunia oleh pelbagai sumber. Penempatan Universiti Dunia Times Higher Education Supplement UK diterbitkan pada Oktober 2006 menempatkan Universiti Sydney kelima terbaik di dunia untuk Kesenian dan Kemanusiaan, kesembilan belas untuk sains masyarakat dan kedua puluh untuk bioubatan. [4] [5] Universiti sebagai keseluruhannya dirangka tempat ke-35 di dunia dalam jadual liga terbitan yang sama itu, merangka tempat ketiga antara universiti Australia.[6] Dalam Newsweek global 100 untuk 2006, Universiti Sydney (bersama dengan Universiti Kebangsaan Australia) adalah salah satu dari dua universiti Australia yang ditempatkan 50 yang terbaik di dunia.[7]

Dipusatnya di laman berinspirasi-Oxbridge[8] Kampus Utama Universiti di persekitaran CBD Sydney, Universiti ini ada beberapa bilangan kampus disebabkan merger selama 20 tahun. Universiti Sydney adalah sebuah anggota Kumpulan Lapan, Academic Consortium 21, Association of Pacific Rim Universities (APRU) dan Worldwide Universities Network.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Medan segi-empat Utama

Pada 1848, William Wentworth mencadangkan rancangan untuk membesarkan Sydney College pada masa itu ke sebuah universiti dalam Dewan Undangan. Wentworth mengemukakan alasan bahawa sebuah universiti negeri adalah sangat mustahak untuk pembesaran sebuah masyarakat berhasrat terhadap pemerintahan-sendiri, dan bahawa ia akan memberikan kesempatan untuk 'anak setiap kelas, untuk menjadi hebat dan berguna pada takdir negaranya'. Ia akan mengambil dua percubaan pada behalf Wentworth akan tetapi, sebelum rancangan itu akhirnya telah diserapkan.

Universiti telah didirikan melalui laluan University of Sydney Act, yang ditandatangani on 1 October 1850. Dua tahun kemudian, Universiti telah dimulakan pada 11 Oktober 1852 di Big Schoolroom di mananya sekarang Sydney Grammar School. Guru besar pertama adalah John Woolley. Pada 27 Februari 1858 Universiti menerima Royal Charternya dari Ratu Victoria, memberikan kursus-kursus dianugerahkan oleh Universiti penempatan dan pengakuan sama dengan yang diberikan oleh universiti-universiti di UK [9]. Pada 1859, universiti telah pindah ke tempat kini di kawasan Camperdown Sydney.

Pada 1858, laluan Electoral Act dibekalkan untuk universiti untuk menjadi sebuah para pengundi untuk Dewan Undangan ketika adanya 100 siswazah dengan kursus lebih tinggi. Kerusi ini di Parlimen telah pertama kalinya dipenuhi pada 1876, tetapi telah dimansuhkan pada 1880 satu tahun setelah Ahli keduanya, Edmund Barton, dipilih ke Dewan Undangan.

Kebanyakan estet John Henry Challis diwasiatkan ke universiti, yang mana ia menerima sejumlah £200,000 pada 1889. Kesyukuran ini sebahagiannya disebabkan William Montagu Manning (canselor 1878–1895) yang mengemukakan alasan menentang dakwaan-dakwaan oleh Pesuruhjaya Cukai British. Pada tahun selanjutnya keprofessoran telah direkakan; anatomi, zoologi, berasakan sebahagian dari Universiti Cornell di AS.[10]

Lebih Timur di kampus utama

Kampus[sunting | sunting sumber]

Universiti ini ada beberapa bilangan kampus dan telah bersambung untuk membesar sepanjang tahun. Sampai baru-baru ini, Universiti ini telah menjalankan Museum of Contemporary Art.

Seperti pada 2007, kampus-kampusnya adalah:

Kampus (utama) Camperdown/Darlington[sunting | sunting sumber]

Menara Jam di bahagian timur medan segi-empat utama Clock Tower

Asalnya merumahkan pada di mananya sekarang Sydney Grammar School, pada 1855, kerajaan memberikan tanah universiti di Ladang Grose, tiga kilometer dari bandar, yang sekarangnya kampus utama Camperdown. Arkiteknya Edmund Blacket mereka bentukkan batu asal Neogothic Bangunan medan segi-empat dan Menara Hebat, yang diselesaikan pada 1862. Pembesaran pantas universiti pada pertengahan abad ke-20 menyebabkan pemerolehan tanah di Darlington sepanjang Jalan Bandar. Kampus Camperdown/Darlington menempatkan pusat Universiti, dan Fakulti Kesenian, Sains, Pendidikan dan Kerja Sosial, Farmasi, Sains Veterinar, Ekonomi dan Perniagaan, Senibina, dan Kejuruteraan. Ia juga tempat asas Fakulti Perubatan yang besar, yang mempunyai banyak kemudahan mengajar hospital sepanjang Negeri.

Kampus utama juga menjadi fokus hidup pelajar di kampus, dengan Kesatuan Universiti Sydney jalanan-pelajar (sering dikenali sebagai Kesatuan) dalam kemilikan tiga bangunan di-tempatnya - Bangunan Wentworth, Manning dan Holme. Bangunan ini merumahkan sebahagian besar tempat makan universiti, dan memberikan ruangan untuk bilik permainan, bar dan pusat majlis. Satu aktiviti terbesar ditubuhkan oleh Kesatuan adalah Minggu Orientasi (atau 'minggu-O'), dipusatkan pada gerai-gerai didirikan oleh kelab-kelab dan masyarakat-masyarakat pada Laman Hadapan.

Universiti pada masa kini sedang mengambil sebahagian rancangan kapital besar karya (berjudul "Kampus 2010 + Bangunan untuk Masa hadapan"), yang akan melihat amalgamasi sains lebih kecil dan perpustakaan teknikal ke perpustakaan lebih besar, dan pembinaan pentadbiran berpusat dan bangunan perkhidmatan pelajar sepanjang Jalan Bandar. Sebuah bangunan besar untuk Sekolah Teknologi Maklumat dibuka pada lewat 2006, dan telah ditempatkan di suatu tempat bersebelahan dengan Pusat Seymour. Sementara itu, sebuah rumah baru untuk Sekolah Hukum Sydney sedang dibina, terletaknya alongside Perpustakaan Fisher pada tempat bangunan tua Edgeworth David dan Stephen Roberts. Thoroughfare Lebuh Timur baru yang sibuk akan bertukar menjadi sebuah plaza jalan kaki, sementara sebuah jambatankaki baru akan dibina di Jalan Bandar.

Dari 2007, Universiti akan juga menggunakan Teluk 17 di pembangunan Carriageworks baru di bekas laman landasan keretapi Eveleigh hanya di sebelah selatan Darlington sebagai bangunan peperiksaan.

Medan utama

Kampus ini dikhidmatkan secara bagus dengan pengangkutan awam, yang hanya beberapa jalan kaki sahaja dari Stesen Kereta api Redfern, dan dikhidmat oleh bas pada kawasan jiran Jalan Parramatta dan Jalan Bandar.[11]

Kampus Jalan Mallett[sunting | sunting sumber]

Kampus Jalan Mallett adalah rumah pada Fakulti Kejururawatan. Seperti pada 2005, Fakulti tidak lagi memberi mahasiswa dan mahasiswi kursus Kejururawatan. Kursus Sarjana Kejururawatan (M.N) telah diperkenalkan, dengan pengambilan pertama pelajarnya pada 2006. Kursus gabungan lain seperti Ijazah Kesenian/Sarjana Kejururawatan, Ijazah Sains/Sarjana Kejururawatan, Ijazah Sains Beraplikasi/Sarjana Kejururawatan, Ijazah Sukan dan Sains Senam/Sarjana Kejururawatan telah juga diperkenalkan.

Kampus Cumberland[sunting | sunting sumber]

Dahulunya adalah institusi bebas (Kolej Sains Kesihatan Cumberland), kampus Cumberland di pinggir bandar Sydney terletak di Lidcombe telah dimasukkan ke dalam Universiti Sydney sebagai sebahagian daripada pembentukan semula sistem pengajian tinggi yang berlaku pada hujung 1980-an. Ia merupakan tempat bagi Fakulti Sains Kesihatan, yang merangkumi pelbagai bidang kesihatan termasuk fisioterapi, patologi ucapan, terapi sinaran, terapi penempatan, begitu juga sains senaman dan pengurusan maklumat kesihatan.

Kampus Bukit Surry[sunting | sunting sumber]

Hospital Pergigian Sydney di Bukit Surry menempatkan Sekolah Pergigian dan perpustakaannya. Terletak di antara Chalmers Street dan Elizabeth Street, ia bersebelahan dengan pintu masuk timur ke stesen kereta api Central.

Sekolah Hukum Sydney[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sekolah Hukum Sydney

Berhampiran stesen kereta api St. James di tengah pusat perniagaan dan daerah Sydney, Sekolah Hukum Sydney terletak bertentangan jalan dari bangunan Mahkamah Tinggi New South Wales. Pada 2009, Fakulti Hukum akan berpindah ke kampus utama berikutan pelengkapan bangunan undang-undang baru di Eastern Avenue. Alumni yang terkenal termasuklah Hakim Mahkamah Tinggi dan Perdana Menteri Australia kini, John Howard.

Sekolah Hukum Sydney, terletaknya di CBD Sydney

Kolej Kesenian Sydney[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Kolej Kesenian Sydney

Kolej Kesenian Sydney (SCA) diasaskan di sebuah bekas sanitorium di kawasan Rozelle Sydney, dapat melihat Sydney Harbour. Kolej ini mengkhususkan pada kesenian halus (visual).

Konservatorium Muzik Sydney[sunting | sunting sumber]

Bekas Muzik Konservatorium Negeri NSW, Konservatorium Muzik Sydney (SCM) terletak di tepi Royal Botanic Gardens, Sydney, berhampiran dengan Sydney Opera House. Menjadi fakulti Universiti pada 1990-an, dan pada 2005, digabungkan kampus utama Jabatan Muzik, yang menjadi tajuk dokumentari Pandangkan Muzik.

Perobohan bangunan Edgeworth David untuk memberikan tempat untuk bangunan Fakulti Hukum

Kolej Pertanian Orange[sunting | sunting sumber]

Terletak di Orange di kawasan luar bandar NSW, Kolej Pertanian Orange ikut masuk pada 1994. Kampus Orange adalah domain bekas Fakulti Pengurusan Luar Bandar; akan tetapi kursus-kursus ijazah dari Fakulti Kesenian, Sains, Jururawatan dan Farmasi juga telah diajar di Orange.

Kampus Orange dan Fakulti Pengurusan Luar Bandar telah dipindahkan ke Universiti Charles Sturt pada 2005 menerima banyak penentangan dari kakitangan dan pelajar Universiti Sydney.

Kampus Camden[sunting | sunting sumber]

Terletak di pinggiran luar bandar barat daya Sydney, kampus Camden merumahkan ladang-ladang untuk sains pertanian dan veterinar.

Pusat Pengajian Logi Narrabri[sunting | sunting sumber]

Pusat Pengajian Logi Narrabri terletak di Narrabri, berhampiran dengan sempadan Queensland.

Pemabahruan Dawkins: Akta Pelajaran Tinggi (Amalgamasi) 1989[sunting | sunting sumber]

Di bawah syarat-syarat Akta Pelajaran Tinggi (Amalgamasi) 1989 (NSW), perbadanan berikut yang digabungkan untuk Universiti Sydney pada 1990 adalah:

  • the Sydney Branch of the NSW State Conservatorium of Music
  • the Cumberland College of Health Sciences
  • the Sydney College of the Arts of the Institute of the Arts
  • the Sydney Institute of Education of the Sydney College of Advanced Education
  • the Institute of Nursing Studies of the Sydney College of Advanced Education
  • the Guild Centre of the Sydney College of Advanced Education.

Orange Agricultural College (OAC) pada terdahulunya telah dipindahkan ke University of New England di bawah Akta, tetapi kemudian dipindahkan Universiti Sydney pada 1994, sebagai sebahagian dari pembaharuan ke Universiti New England diambil oleh Akta Universiti New England 1993 dan Akta Universiti Southern Cross 1993. Pada Januari 2005, Universiti Sydney memindahkan OAC ke Universiti Charles Sturt.

New England University College telah ditubuhkan sebahagian dari Universiti Sydney pada 1938, dan dipisahkan untuk menjadi Universiti New England di 1954.

Pembiayaan[sunting | sunting sumber]

Tokoh-tokoh terkini telah menunjukkan bahawa Universiti Sydney telah disahkan sebagai universiti penyelidikan utama Australia dari segi pembiayaan. Penyelidik Sydney telah dianugerahkan dengan lebih daripada $49 juta oleh Australian Research Council untuk 120 projek penyelidikan pada 2007, bilangan terbesar yang dianugerahkan untuk mana-mana universiti di Australia. Dari jumlah tersebut, Sydney telah menerima $40.5 juta untuk 97 Discovery Grants baru bermula pada 2007, $5.4 juta lebih daripada pesaing kebangsaannya yang terdekat.

Universiti Sydney memperolehi lebih daripada $46 juta pada biaya pada pusingan 2007 Majlis Penyelidikan dan Kesihatan Kebangsaan (NHMRC) Project Grant, Capacity Building dan Fellowship awards, penguntukan terbesar pada mana-mana universiti di negeri itu. James Jones foundation telah mengumumkan penerima 2007 pada anugerah bicentennial di penyelidikan universiti berkaitan pada ekonomi pertanian dalam kegunaan. Anugerah termasuk beberapa bantuan dan kesempatan penyelidikan yang dapat digunakan oleh para kakitangan akademik dan para pelajar tahun akhir. Lima dari kemudahan perubatan bergabungan Universiti memperolehi $38 juta pada belanjawan 2006 kerajaan Australia, sesetengahnya $163 juta telah disediakan untuk pelbagai projek-projek pembangunan dan pengembangan.

Colleges and faculties[sunting | sunting sumber]

Universiti ini terdiri dari tujuh belas fakulti, yang telah dikelompokkan ke tiga kolej [12]:

  • Kolej Sains Kesihatan
    • Fakulti Pergigian
    • Fakulti Sains Kesihatan
    • Fakulti Perubatan
    • Fakulti Kejururawatan dan Perbidanan
    • Fakulti Farmasi
  • Kolej Sains Kemanusiaan dan Sosial
    • Fakulti Seni
    • Fakulti Ekonomi dan Bisnes
    • Fakulti Pendidikan dan Kerja Sosial
    • Sekolah Siswazah Kerajaan
    • Fakulti Hukum
    • Kolej Seni Halus Sydney
    • Konservatorium Muzik Sydney
  • Koleh Sains dan Teknologi
    • Fakulti Pertanian, Makanan dan Sumber Semulajadi
    • Fakulti Seni bina
    • Fakulti Kejuruteraan
    • Fakulti Sains
    • Fakulti Sains Veterinar

Perpustakaan Universiti Sydney[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Fisher, bangunan utama Perpustakaan Universiti Sydney.

Perpustakaan Universiti Sydney terdiri dari beberapa bilangan perpustakaan di sepanjang banyak kampus-kampusnya. Perpustakaan Fisher dinamakan selepas seorang peyumbang awal. Perpustakan Universiti ini adalah yang terbesar di hemisfera selatan, dengan sekumpulan lebih daripada 5.25 juta barang. Ia memiliki banyak barang jarang seperti dua salinan masih wujud Gospel of Barnabas, dan edisi pertama Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton.

Muzium dan galeri[sunting | sunting sumber]

Muzium Nicholson[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muzium Nicholson

Muzium Nicholson Kepurbaan mengandungi pengumpulan kepurbaan terbesar dan berprestij di Australia. Ia juga muzum universiti tertua di negara tersebut, dan bercirikan artefak silam dari Mesir, Timur Tengah, Greece, Rom, Cyprus dan Mesopotamia, dikumpul oleh Universiti dalam beberapa tahun dan ditambahkan oleh ekspedisi arkaeologi baru-baru ini.

Muzium Macleay[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Muzium Macleay

Muzium Macleay dinamakan selepas Alexander Macleay, yang pengumpulan serangganya bermula pada lewat abad kelapanbelas adaah asasnya muzium ini didirikan. Ia telah dibangunkan ke suatu pengumpulan luar biasa spesimen sejarah semulajadi, artifak etnografik, alat saintifik dan fotograf-fotograf bersejarah.

Pengumpulan Seni Universiti[sunting | sunting sumber]

Pengumpulan Seni Universiti telah didirikan pada 1860an dan mengandungi lebih daripada 2500 keping, berterusan menambah melalui dermaan, pewasiatan, dan pemerolehan. Ia telah dirumahkan di beberapa lain tempat, termasuk Sir Hermann Black Gallery dan Galeri Seni Peringatan Perang.

Perpustakaan Rare Books[sunting | sunting sumber]

Perpustakaan Rare Books adalah sebahagian dari Perpustakaan Fisher dan memegang 185,000 buku dan manuskrip yang mana adalah jarang, bernilai atau mudah pecah, termasuk lapan puluh manuskrip zaman pertengahan, karya-karya oleh Galileo, Halley dan Copernicus dan suatu pengumpulan luas Australiana. Salinan Gospel of Barnabas, dan sebuah edisi pertama Philosophiae Naturalis Principia Mathematica oleh Sir Isaac Newton dipegang di sini. Pameran biasa buku jarang dipegang dalam bilik pameran.

Kolej kediaman[sunting | sunting sumber]

Universiti ini mempunyai sebilangan residential college dan halls of residence setiapnya dengan gaya dan kemudahannya yang tersendiri. Kesemuanya memberikan sokongan tutorial dan range besar aktiviti kemasyarakatan dan sukan dalam suatu persekitaran communal yang bersokongan. Kelima kolej berkenaan dengan mahzab agama dan sementara ini memberikan setiap kolej ini ciri yang istimewa, para pelajar dari mana-mana mahzab atau agama layak untuk penerimaan masuk. Tidak seperti sesetengah kolej-kolej kediaman di universiti-universiti Britain atau Amerika, kolej-kolej ini tidak bergabung dengan apa-apa disiplin pelajaran yang terutama.

Pada 2003, Universiti telah menyelesaikan Sydney University Village (SUV), yang mengandungi studio dan penginapan pangsapuri dioperasi oleh sebuah syarikat swasta on behalf of the university. Ada juga sebuah universiti-bergabung perumahan kerjasama, Stucco.

Ketinggian Timur dari St John's Oval

Pertubuhan-pertubuhan pelajar, kelab dan aktiviti[sunting | sunting sumber]

Pewakil Pelajar[sunting | sunting sumber]

Dari segi politik dan akademik, para mahasiswa dan mahasiswi diwakili oleh Students Representative Council (SRC) dan para pelajar lepas ijazah oleh Sydney University Postgraduate Representative Association (SUPRA) [1].

Kesatuan Pelajar[sunting | sunting sumber]

Orientation Week di Universiti Sydney diaturkan oleh Kesatuan.

Kesatuan Universiti Sydney memberi perkhidmatan dan kemudahan pelajar dan menyokong perdebatan, sandiwara dan tradisi kebudayaan universiti, melalui lebih dari seratus kelab dan masyarakat. Tidak secara rasmi, Universiti Sydney ditempatkan pertama di dunia pada debat hadapan Oxford dan Cambridge[2]. Mereka adalah Pejuang Debat Dunia yang memerintah, dan kebelakangan ini telah secara komprehensif menguasai perakhiran Pejuangan Australia dan Australasia. Bekas pedebat-pedebat termasuk Perdana Menteri John Howard, Hakim Michael Kirby dan ahli-ahli kakitangan Chaser.

Kelab Buruh adalah kelab kampus politik tertua di Australia. Honi Soit, dijalankan oleh SRC, adalah surat khabar mingguan yang tertinggal di Australia.

Kesatuan Sukan[sunting | sunting sumber]

Bekasnya Kesatuan Sukan Universiti Sydney dan Sydney University Women's Sports Association, Sukan Universiti Sydney adalah salah satu perbadanan tertiary yang terbesar. Ia kini mengurus dan mentadbir 42 kelab sukan dan rekreasi, mengaturkan acara-acara sukan dan rekreasi, dan memberikan ahli-ahli pelajar dan bukan pelajar sejulat komprehensif kemudahan sukan.

Sydney University Football Club, ditubuhkan pada 1863, adalah kelab kesatuan ragbi di Australia. Kelab itu adalah suatu anggota persaingan kelab Sydney perdana pada 1874. Kelab itu kini bersaing dalam persaingan NSWRU dan pada 2005 mendakwa Tooheys New Cup, pejuangan kelab senior dan colts dan adalah runners up in the Shute Shield.

Dalam bola keranjang wanita, Sydney Uni Flames bersaing dalam WNBL. Kelab-kelab polo air juga bersaing dalam liga kebangsaan mereka, dengan pasukan lelaki memenangi kejuaraannya pada 2005.

Kelab cricket, ditubuhkan pada 1864, telah bersaing persaingan Sydney Grade Cricket sejak permulaannya. University meyertakan suatu pasukan liga ragbi dalam keperdanaan Liga Ragbi New South Wales Sydney dari 1920 ke 1937. Ia kini sedang bersaing dalam persaingan Liga Ragbi Pelajar Tertiary NSW.

Latihan Kelab Kendo di Gym HK Ward

Kelab Kendo, ditubuhkan pada 2005, telah sejak itu bergabung dengan SU SPORT pada 2007. Kelab ini aktif dalam mengambil bahagian dalam semua pertandingan dan kejuaraan, dan juga Permainan Universiti Australia setiap tahun. Kelab ini adalah sebuah anggota Persatuan Kendo New South Wales Kendo ditadbirkan oleh Australian Kendo Renmei.

Dalam netball, Sydney Sandpipers berasaskan di universiti sehingga mereka meninggalkan Piala Bank Kommonwel, dan universiti ini sekarang fields suatu pasukan dalam liga negeri NSW.

Sydney University Soccer Football Club [3] telah ditubuhkan pada 1946. Kelab ini meyertakan pasukan-pasukan elit untuk lelaki dan wanita dalam Liga Raya Bola Sepak NSW. Kelab ini juga menyerta untuk pasukan lelaki semua usia di Persatuan Bola Sepak Eastern Suburbs dan pasukan wanita semua usia di North West Sydney Women's Soccer Association. Mereka juga mempunyai suatu bilangan pasukan wanita junior dan suatu pasukan lelaki lebih berusia 35 tahun.

Kelab Australian rules football mempunyai pasukan-pasukan di Sydney AFL dan persaingan SWAFL wanita.

Kelab American Football, Lions, telah ditubuhkan pada 1984 dan adalah kelab yang terjaya dalam liga Gridiron NSW, dengan tujuh belas kemunculan permainan kejuaraan dan lapan kejuaraan negeri, termasuk yang last four (2003-2006).

Sydney University Cheerleaders adalah 2006 New South Wales State Champions.

Kesatuan Pelajar Sukarela[sunting | sunting sumber]

Masa hadapan pertubuhan-pertubuhan ini berada di bawah suatu bayangan dengan petikan perundangan melaksanakan kesatuan pelajar sukarela pada lewat 2005. Sebarangan perundangan mengharamkan pengumpulan yuran wajib dari para pelajar yang mendaftarkan diri pada kali pertama dalam semester kedua 2006 dan semua para pelajar dari awal 2007.

Pertikaian Baru-baru ini[sunting | sunting sumber]

Pada 2001, Canselor Universiti Sydney Dame Leonie Kramer telah dipaksa untuk meletakkan jawatan oleh perbadanan pentadbiran Universiti.[13] In 2003, Nick Greiner, seorang bekas Ketua Menteri NSW, telah meletakkan jawatan beliau dari kedudukannya sebagai Pengerusi Sekolah Pengurusan Siswazah oleh kerana tunjuk perasaan terhadap kepengerusian serentak British American Tobacco (Australia). Kemudian, isteri beliau, Kathryn Greiner, meletakkan jawatan pada tunjuk perasaan dari dua kedudukan dia memegang di Universiti sebagai Pengerusi Sydney Peace Foundation dan seorang ahli majlis eksekutif Research Institute untuk Asia dan Pasifik.[14] Pada 2005, the Public Service Association of NSW dan kampus Community and Public Sector Union berada dalam pertikaian dengan Universiti ke atas cadangan untuk menywastakan pengawalan di kampus utama (dan kampus Cumberland.)[15]

Pada Februari 2007, Universiti bersetuju untuk memperolehi sebidang tanah yang diberikan ke St John's College untuk membangunkan Sydney Institute of Health and Medical Research. Sebagai institusi Katolik, dari segi pemberian tanah St John's meletakkan pengehadan pada jenis penyelidikan perubatan yang dapat dilakukan di premis bertujuan untuk mengekalkan misi College. Ini telah menyebabkan kebimbangan di kalangan sesetengah kumpulan yang mengemukakan alasan bahawa ini dapat mengganggukan penyelidikan perubatan sains. Walaubagaimanapun, ini telah ditolak oleh pentadbiran universiti kerana bangunan itu bukanlah untuk tujuan ini dan banyak kemudahan-kemudahan berhampuran di mana sebarang penyelidikan dapat diadakan.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. University of Sydney - 2005 Annual Report, p127
  2. Faculty alumna elected University Chancellor, Retrieved on 2007-06-02.
  3. Facts and Figures - About the University
  4. Australia's First University - About the University, Retrieved on 2007-01-03.
  5. Newshub: National University of Singapore's News Portal, NUS Accorded World's Top 20 Universities Ranking, Retrieved on 2007-01-03. See the tables for the University of Sydney's rankings.
  6. News & Events - The University of Sydney, Sydney Moves Up World Rankings, Retrieved on 2007-01-03.
  7. Newsweek International Edition, The Complete List: The Top 100 Global Universities, Retrieved on 2007-01-04
  8. Howells, T. (2007) Universityof Sydney Architecture. Watermark Press. Boorowa, NSW. ISBN 0-949284-75-0
  9. Royal Charter of the University of Sydney
  10. The Carnegie Committee, Cornell Alumni News, II(10), 29 November 1899, p. 6
  11. Universiti Sydney, Fakulti Pendidikan & Kerja Sosial, "About Sydney". Dicapai pada 30 Mac, 2007.
  12. Colleges - About the University
  13. Australian Broadcasting Corporation - PM, Dame Leonie Kramer Resigns, Retrieved on 2007-01-06.
  14. Sydney Morning Herald, Kathryn Follows Nick Out of Door in Protest, Retrieved on 2007-01-06.
  15. Public Service Association of NSW, Sydney University Petition on Security Services, Retrieved on 2007-01-06.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Williams, Bruce. Liberal education and useful knowledge: a brief history of the University of Sydney, 1850–2000, Chancellor's Committee, University of Sydney, 2002. ISBN 1-86487-439-2

Pautan luar[sunting | sunting sumber]