Universiti Teknikal Malaysia Melaka
| Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) اونيۏرسيتي تيكنيكال مليسيا ملاك |
|
|---|---|
|
|
|
| Moto: | "Kompetensi Teras Kegemilangan"[1] |
| Ditubuhkan pada: |
1 Disember 2000 |
| Jenis: | Universiti awam |
| Canselor: | TYT Tun Dato' Seri Haji Mohd Khalil bin Yaakob Yang di-Pertua Negeri Melaka |
| Naib canselor: | Datuk Prof. Ir. Ismail bin Hassan |
| Pelajar: | 5,029 (berkembang) |
| Lokasi: | Durian Tunggal, Melaka, Malaysia |
| Kampus: | Kampus utama di Durian Tunggal |
| Laman sesawang: | http://www.utem.edu.my/ |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (singkatan: UTeM) merupakan IPTA serta universiti teknikal pertama di Malaysia yang diwujudkan oleh kerajaan Malaysia. Universiti ini teleh diberi penjenamaan baru apabila kerajaan bersetuju untuk menaik taraf Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia (KUTKM) kepada universiti. Maka pada tanggal 1 Februari 2007 tercacatlah sejarah kelahiran Universiti Teknikal Malaysia Melaka.
UTeM merupakan universiti yang memfokuskan kepada dua bidang iaitu kejuruteraan dan teknologi maklumat. Para pelajar akan diperkuatkan dengan kemahiran secara praktikal "hands-on" untuk membantu para pelajar untuk berdaya saing apabila di alam industri. Kini terdapat dua kampus UTeM iaitu Kampus Bandar dan Kampus Induk. Kampus Induk terletak di Durian Tunggal, Melaka.