University Socialist Club

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

University Socialist Club merupakan sebuah persatuan yang mendokong gerakan sosialis di Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1953. Sekumpulan kecil mahasiswa Melayu, Cina dan India bangkit menentang penjajahan British ketika itu. Antara ahlinya ialah Ungku Omar, Abdullah Majid, Hock Siew, Soo Kai,Dr Rajakumar, Wang Gungwu dan Philomen Oorjitham. Tokoh lain yang disebut dalam buku 'The Fajar Generation' ialah Agoes Salim, Osman Cassim, Syed Husin Ali, Abdullah Majid,Ahmad Mustaffa,Kassim Ahmad dan Abdul Razak.

Fajar[sunting | sunting sumber]

Menerbitkan majalah 'Fajar' yang dikeluarkan setiap bulan pada 1954 dan menimbulkan kemarahan penjajahan British. Contohnya rencana bertajuk 'Aggression in Asia' yang menyebabkan anggota pengarangnya ditahan dan dibicarakan atas tuduhan menghasut. Rencana itu mengutuk imperialisme Barat, undang-undang darurat dan negara polis yang dikuatkuasakan oleh British di Malaya dengan berselindung di sebalik nama Kampung Baru.

Selepas keluar dari universiti, mereka menyusup ke dalam kesatuan kerja, parti politik dan berbagai pertubuhan awam . Malangnya USC berkecai di Singapura kerana faktor Lee Kuan Yew yang menjadi musuh dalam selimut.Mereka menjadi penaja penubuhan PAP (Peoples Action Party) atau Petir (Parti Tindakan Rakyat) yang dipimpin oleh Lee Kuan Yew.

Pada 1951 ,35 orang anggota Anti British League ditangkap dan ditahan British .Antaranya Abdul Samad Ismail, wartawan Utusan Melayu dan Abdullah Majid .

Pada 1954, anggota lembaga pengarang Fajar ditahan kerana menghasut membenci British. Peguam Lee Kuan Yew membelanya dim mahkamah dan beliau dibebaskan. Oleh itu Lee Kuan Yew dianggap sebagai peguam yang progresif, walaupun sebenarnya tidak.

Kepentingan bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Pada 1959,Seminar Bahasa Kebangsaan diadakan ketika Ahmad Mustapha menjadi presiden USC. Abdullah Majid, Ahmad Mustaffa dan Kassim Ahmad adalah tiga intelektual Melayu yang berjaya meyakinkan USC tentang pentingnya bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan bagi Malaya kerana bahasa Inggeris hanya digunakan oleh orang terpelajar di bandar.

Setiausaha Agung dan Presiden USC (1964-1965), Koh Kay Yew menulis, sekalipun anak Melayu merupakan bilangan yang terkecil di universiti tetapi USC selamanya menyokong bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan bagi Malaya yang bebas termasuk Singapura.