Unjuran retroazimut Craig

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Unjuran retroazimut Craig yang berpusatkan kota Mekah.

Unjuran peta retroazimut Craig telah dicipta oleh James Ireland Craig pada 1909. Ia adalah satu unjuran silindrikal yang mengekalkan arah dari satu tempat ke tempat lain yang telah ditetapkan sementara mengelakkan beberapa herotan luar biasa yang dihasilkan oleh unjuran retroazimut Hammer. Ia kadang kala dikenali dengan nama unjuran Mekah, kerana Craig, yang ketika ini bekerja di Mesir sebagai seorang ahli kartografi, menciptanya untuk membantu orang Islam menentukan arah kiblat. Unjuran ini ditakrifkan dengan:

dengan diberi latitud , longitud relatif kepada lokasi tetap , dan latitud kedudukan tetap .

Persamaan di atas terhenti apabila . Untuk menyelesaikan ini, pada longitud 0°, gunakan , pelengkap berterusan nisbah ini.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Flattening the Earth: Two Thousand Years of Map Projections, John P. Snyder, 1993, pp. 227-228, ISBN 0-226-76747-7.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]