Unsur kumpulan 12

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kumpulan → 12
↓ Kala
4 30
 Zn 
5 48
 Cd 
6 80
 Hg 
7 112
 Uub 

Unsur kumpulan 12 juga dikenali sebagai kumpulan Zink merupakan kumpulan unsur kimia yang terkandung dalam lajur ke-12 (sistem IUPAC) jadual berkala unsur. Kumpulan ini terdiri daripada logam zink (Zn), kadmium (Cd) dan raksa atau merkuri (Hg). Kedudukan ununbium (Uub) dalam kumpulan 12 hanyalah suatu jangkaan memandangkan kuantiti yang cukup bagi unsur tersebut belum berjaya disediakan untuk membolehkan sifat kimianya dikira.

Sebagai mana kumpulan unsur lain, unsur-unsur dalam kumpulan ini menunjukkan corak dalam konfigurasi elektronnya, terutamanya petala paling luar, dan seterusnya sifat kimia mereka.

Z Unsur Bilangan elektron/petala
30 zink 2, 8, 18, 2
48 kadmium 2, 8, 18, 18, 2
80 raksa 2, 8, 18, 32, 18, 2

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Beberapa sifat unsur kumpulan 12
zink kadmium raksa
Jejari logam /pm 134 151 151
Jejari ion /pm (M2+) 74 95 102
Keelektronegatifan 1.6 1.7 1.9
Takat lebur /°C 419.5 320.8 -38.9
Takat didih /°C 907 765 357

Kesemua unsur dalam kumpulan ini adalah logam. Persamaan jejari logam bagi kadmium dan raksa adalah kesan daripada pengecutan lantanida. Oleh sebab itu, corak dalam kumpulan ini tidak serupa seperti corak kumpulan 2, logam alkali bumi, yang mana jejari logamnya semakin meningkat dari atas kumpulan sehingga ke bawah. Ketiga-tiga logam secara relatifnya mempunyai takat lebur dan takat didih yang rendah, secara tidak langsung menunjukkan ikatan logamnya secara relatifnya adalah lemah.

Zink merupakan unsur yang paling elektropositif dalam kumpulan ini dan logam zink juga adalah agen penurunan yang baik. Nombor pengoksidaan unsur dalam kumpulan ini ialah +2 yang mana ion-ionnya mempunyai kestabilan dalam konfigurasi elektron d10. Namun, raksa boleh dioksidakan dengan mudahnya kepada nombor pengoksidaan +1; biasanya sebagai ion Hg22+, dua ion raksa(I) hadir bersama untuk membentuk ikatan logam dengan logam dan spesies diamagnetik. Kadmium juga boleh membentuk spesies seperti [Cd2Cl6]4- yang mana nombor pengoksidaan kadmium dalam spesies ini ialah +1. Begitu juga dengan raksa, pembentukan ikatan logam dengan logam menyebabkan penghasilan sebatian diamagnetik yang tidak mempunyai pasangan elektron yang akan mengakibatkan spesies tersebut sangat reaktif (jika terdapat pasangan elektron). Zink(I) hanya wujud dalam fasa gas, seperti dalam sebatian Zn2Cl2.

Ketiga-tiga ion bagi logam-logam ini membentuk pelbagai spesies tetrahedral, seperti MCl42-. Apabila ion divalens unsur-unsur ini membentuk kompleks tetrahedral, ia mematuhi hukum oktet. Kedua-dua zink dan kadmium juga boleh membentuk ion kompleks oktahedral seperti ion [M(H2O6]2+ yang hadir dalam larutan garam akueus logam ini.

Unsur dalam kumpulan 12 biasanya merupakan unsur blok-d, tetapi bukan logam peralihan memandangkan petala-d nya penuh berisi elekron. Sesetengah penulis mengelaskan unsur-unsur ini sebaga unsur kumpulan utama kerana elektron valensnya terletak dalam orbital ns2. Walaupun begitu, zink mempunyai banyak persamaan sifat dengan logam peralihan disebelahnya, kuprum. Terdapat juga sedikit persamaan antara kadmium dengan logam perak. Begitu juga dengan emas dan raksa yang memiliki sedikit persamaan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]