Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Templat:Infobox ununquadium Ununquadium[1] merupakan nama sementara unsur kimia radioaktif yang lambang sementara Uuq dan nombor atom 114.
Kira-kira 80 reputan atom ununquadium telah diperhatikan setakat ini, 50 secara langsung dan 30 daripada pereputan unsur-unsur ununhexium dan ununoctium yang lebih berat. Semua reputan dikatakan berpunca daripada lima isotop berjiran dengan nombor jisim 285–289. Isotop paling tahan lama yang diketahui kini ialah 289Uuq dengan separuh hayat ~2.6 s, namun wujudnya bukti isomer nuklear, 289bUuq, dengan separuh hayat ~66 s, yang mungkin merupakan antara nukleus yang paling tahan lama dalam kawasan unsur super berat.
Kajian kimia yang dilakukan pada tahun 2007 terang-terang menunjukkan bahawa ununquadium memiliki sifat-sifat bukan eka-plumbum dan kelihatan berlaku sebagai unsur super berat pertama yang memperlihatkan sifat-sifat seakan gas adi disebabkan kesan relativiti.[2]