Upacara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Upacara adalah suatu tindakan / tatalaku, biasanya dalam bidang keagamaan, yang bersifat istiadat dan tatacara. Upacara terbahagi kepada tiga golongan besar:

  • Upacara peralihan, umumnya merubah status sosial seseorang, misalnya pernikahan, pembaptisan, atau wisuda.
  • Upacara peribadatan, di mana suatu komuniti berhimpun bersama-sama untuk beribadah, misalnya umat Muslim solat berjamaah, umat Yahudi beribadat di saumaah atau umat Kristian menghadiri Misa.
  • Upacara pengabadian peribadi, di mana seseorang melakukan ibadah peribadi, termasuk berdoa dan melakukan ziarah, misalnya seorang Muslim atau Muslimah menunaikan ibadah Haji di Baitullah. Dalam Islam juga, sesuatu uacara yang dilaksanakan itu tidaklah merupakan suatu retorik, tetapi ia merupakan suatu kaedah pengibadatan terhadap Allah dan mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

Dalam Kristian, upacara memiliki makna yang lebih khusus -- dalam hal ini upacara bererti suatu liturgi tertentu. Misalnya, dalam keyakinan Katolik, sakramen yang dinamakan pengurapan orang sakit secara tradisional dikenali sebagai Upacara terakhir, kerana kerap dilaksanakan bagi seseorang menjelang kematiannya.

Dalam tata guna Kristian, upacara dapat pula bererti keseluruhan dari suatu tradisi liturgi yang biasanya berpusat pada suatu lokasi tertentu. Misalnya Ritus Latin atau Ritus Rom, Ritus Byzantium(Ritus of Byzantine), dan Ritus Suryani. Upacara-upacara seperti ini merangkumi berbagai upacara kecil. Misalnya, Upacara Byzantium memiliki variasi Greece, Rusia, dan variasi-variasi yang mempunyai kaitan asas dengan beberapa etnik yang lain.

Di Amerika Utara, para pengikut Freemasonry dapat memilih untuk bergabung dengan Upacara Skotlandia atau Upacara York, dua kesatuan khusus yang menawarkan peningkatan darjat bagi mereka yang telah menjalani tiga tahap dasar.

Lihat pula[sunting | sunting sumber]