Upin & Ipin (musim 2)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Upin & Ipin (Musim ke-2))
Upin & Ipin
Musim 2
Negara asalMalaysia
Bil. episod12
Keluaran
RangkaianTV9
Tarikh siaran5 September (2008-09-05) –
6 Oktober 2008 (2008-10-06)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 1
Selanjutnya →
Musim 3
Senarai episod Upin & Ipin

Musim kedua Upin & Ipin, juga dikenali sebagai Upin & Ipin: Setahun Kemudian, disiarkan pada pukul 7.00 malam setiap episod. Musim kali ini terdiri dari 12 episod, yang separuh pertama disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan (tayangan pertama di separuh awal bulan,[1] ulangan di separuh akhir bulan) dan separuh lagi sempena Hari Raya Aidilfitri dari 1 hingga 6 Syawal.[2] Musim ini ditaja oleh Colgate-Palmolive Malaysia yang mempromosikan keluaran ubat gigi Colgate Kayu Sugi.[3]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama DVD
11"Tadika"5 September 2008Vol. 2
Berlalunya setahun jagung sejak musim lalu, Upin dan Ipin sudah bersekolah di Tadika Mesra. Banyak juga kawan baru tetapi mereka masih bernakal lagi. Fizi dan Upin menarungkan labah-labah belaan mereka di kelas sebelum pelajaran bermula. Sewaktu belajar, Cikgu Jasmin mengingatkan ketibaan Ramadan, lalu Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan pengalaman berpuasa mereka.
22"Anak Bulan"6 September 2008Vol. 2
Upin dan Ipin teruja dan ingin tahu bila bermulanya Ramadan, maka mereka bertanya kepada Kak Ros, maka Kak Ros menerangkan mereka bahawa Ramadan bermula sebaik anak bulan kelihatan. Dengan rasa kagum akan pengetahuan baru ini, adik-beradik itu pun berjaga untuk mencari anak bulan malam itu, tetapi memanglah rancangan mereka tidak menjadi.
33"Adat"7 September 2008Vol. 2
Upin dan Ipin bertanya kepada neneknya mengapa Cikgu Jasmin tidak berpuasa. Kak Ros menjawab pertanyaan adik-adiknya itu dengan berkata bahawa perempuan diberi cuti oleh Allah kerana Allah sayangkan perempuan. Upin dan Ipin masih tidak percaya. Petang itu, neneknya memberi bekal untuk Upin dan Ipin beri kepada Tok Dalang. Upin bertanya kenapa; Neneknya menjawab bahawa itu adalah adat.
44"Tamak"12 September 2008Vol. 2
Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, sehingga setibanya waktu makan, mereka tidak terdaya untuk menghabiskan semua ayam yang dibeli mereka itu.
55"Lailatul Qadr"13 September 2008Vol. 2
Upin dan Ipin menghayati erti Lailatul Qadr dari Opah. mereka bercadang untuk berada dalam surau selepas terawih untuk mengkaji al-Qur'an. Sementara itu, Ehsan dan Fizi tiba di surau lalu mengajak Upin dan Ipin bermain bunga api, tetapi adik-beradik itu menolak pelawaan mereka. Semenatara itu, kedengaran juga bunyi letupan mercun.
66"Kisah & Tauladan"14 September 2008Vol. 2
Rakan-rakan kelas Upin dan Ipin heboh pasal tangan Fizi yang berbalut, jadi Fizi menceritakan apa yang berlaku malam semalamnya. Mail pula didapati minum di khalayak ramai siang hari bulan puasa. Cikgu Jasmin pun masuk ke kelas dan membincangkan sebab dan manfaat berpuasa. Setelah kelas tamat semua pun bermaaf-maafan.
77"Sayang Kak Ros"1 Oktober 2008Vol. 3
Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka sempena hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan raya bersama rakan-rakan. Apabila Fizi menunjuk-nunjuk baju barunya, Upin & Ipin berasa tertekan. Rupa-rupanya Kak Ros bukannya membeli, sebaliknya menjahit baju baru untuk adik-adik kesayangannya.
88"Ketupat"2 Oktober 2008Vol. 3
Opah mengajak Upin dan Ipin membantu menganyam ketupat bersama Kak Ros. Sambil menganyam, mereka berempat saling membincangkan khabar persiapan raya kawan-kawan mereka. Upin & Ipin bermain-main dengan membuat ketupat berbentuk lain. Kak Ros menegur mereka kerana cara mereka salah, tetapi diejek balik pula kerana ketupat bawangnya.
99"Zakat Fitrah"3 Oktober 2008Vol. 3
Dengan menceritakan kegiatan di surau tadi, Upin dan Ipin mengingatkan Opah agar membayar zakat fitrah. Mereka bertiga bergegas ke surau, tetapi surau sudah kosong, jadi mereka ke rumah Tok Dalang untuk membereskan kewajipan zakat mereka. Wang zakat diserahkan Opah ke tangan Tok, dan dari Tok ke tangan Upin jua. Sewaktu berbuka puasa, Opah menceritakan tujuan membayar zakat fitrah iaitu sebagai memperingati golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan.
1010"Malam Syahdu"4 Oktober 2008Vol. 3
Sudah tiba malam raya, maka terawih diganti takbir. Upin dan Ipin tengah bermain bunga api tetapi disampuk Kak Ros menyuruh mereka menyediakan tikar. Lamanya masa yang diambil mereka untuk meratakan tikar sehingga Kak Ros terpaksa menegur mereka sekali lagi. Rupa-rupanya tikar ini sebagai alas penduduk kampung melatih takbir. Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bertakbir di surau, dengan izin Opah.
1111"Pagi Raya"5 Oktober 2008Vol. 3
Pada waktu pagi 1 Syawal, Upin dan Ipin bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros. Selepas takbir sesi pagi, mereka mengajak kawan-kawan ke rumah mereka untuk menikmati juadah raya. Ketika makan, Mail meluahkan rasa kesal kerana gagal memenuhi kewajipan berpuasa sepanjang Ramadan lalu, namun dimaafkan Opah jua asalkan dia tetap ada berbuat baik sepanjang bulan mulia itu.
1212"Berkat"6 Oktober 2008Vol. 3

Upin dan Ipin membantu menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Pada mulanya Tok Dalang tidak mahu menerima tetamu, namun membuka pintu sebaik sahaja Upin dan Ipin berkata bahawa mereka membawa lauk yang disuruh Opah menghantarnya. Akhirnya, Tok Dalang terkena dengan helah mereka semua.

Setibanya di sana, Tok pun mengajak Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka mencuba hidangan istimewanya iaitu ketupat berbentuk lembu. Selepas itu, Tok memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di rumahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Upin & Ipin – Setahun Kemudian di TV9, Les Copaque, 31 August 2008. Accessed 8 January 2010.
  2. ^ Upin & Ipin edisi Syawal tayangan hari raya, Les Copaque, 28 September 2008. Accessed 8 January 2010.
  3. ^ promo:The launch of COLGATE Kayu Sugi Charity Campaign, Malaysia Celebrity News Online, 16 Okt 2008. Accessed 8 March 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]