Upin & Ipin (musim 8)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Upin & Ipin (Musim ke-8))
Upin & Ipin
Musim 8
Negara asalMalaysia
Bil. episod42
Keluaran
RangkaianTV9
Astro Warna
Astro Ria
Tarikh siaran30 Mei (2014-05-30) –
25 Disember 2014 (2014-12-25)
Kronologi musim
← Sebelumnya
Musim 7
Selanjutnya →
Musim 9
Senarai episod Upin & Ipin

Sempena musim kelapan, siri Upin & Ipin kembali menggunakan format satu hari satu bahagian, tiga hari berturut-turut (kecuali "Pengalaman Puasa" yang mana kesemua bahagian disiarkan dalam hari yang sama tetapi Bahagian 1 terpisah waktu siaran dengan Bahagian 2 dan 3 sebanyak dua jam)[1] untuk tayangan perdana di TV9 walhal sebelum ini ia disiarkan ketiga-tiga bahagian berturut-turut dalam slot setengah jam.

Musim ini ditaja oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan mempunyai satu episod yang menampilkan isu rasuah dalam rangka hari Antirasuah Sedunia, 9 Disember 2014. Selain itu, musim ini ditaja oleh Toyota.

Episod[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama
229–2311–3"Upin & Ipin Kesayanganku"30 Mei 2014 (2014-05-30)
31 Mei 2014 (2014-05-31)
1 Jun 2014 (2014-06-01)
Upin dan Ipin diarahkan mengemas rumah oleh Ros. Semasa mereka sedang mengemas, mereka terjumpa sebuah bilik misteri yang berada di dalam rumah mereka. Mereka masuk dan mula teroka bilik tersebut. Pelbagai misteri mereka jumpai di dalam bilik tersebut. Apakah misteri itu?
232–2344–6"Kail dan Laga"2 Jun 2014 (2014-06-02)
3 Jun 2014 (2014-06-03)
4 Jun 2014 (2014-06-04)
Ehsan dengan bangganya menunjukkan ikan laga baru miliknya kepada Upin, Ipin dan kawan-kawan. Upin dan Ipin mula tertarik dengan ikan laga tersebut dan ingin dapatkannya. Pelbagai perkara mereka lakukan sehinggalah mereka pergi memancing bersama Tok Dalang. Ikuti keseronokan Upin dan Ipin memancing. Adakah mereka dapat ikan laga tersebut?
235–2377–9"Belajar Sambil Main"5 Jun 2014 (2014-06-05)
6 Jun 2014 (2014-06-06)
7 Jun 2014 (2014-06-07)
Kepesatan teknologi pada zaman sekarang telah mendorong pihak tadika mesra untuk mengantikan keadah pembelajaran yang lama kepada yang baru, dengan memperkenalkan tablet pendidikan sebagai alat pembelajaran. Upin, Ipin dan kawan-kawan sangat teruja dan mula meneroka kaedah ini dengan lebih mendalam.
238–24010–12"Cuai, Cuai, Cuai"8 Jun 2014 (2014-06-08)
9 Jun 2014 (2014-06-09)
10 Jun 2014 (2014-06-10)
Sikap Upin dan Ipin yang cuai telah menyebabkan Ros tercedera. Atas sebab itu Upin dan Ipin memujuk Ros dengan membelikan aiskrim. Malangnya, aiskrim itu pula cair. Bermula dari situ, pelbagai kejadian berlaku disebabkan kecuaian mereka berdua. Adakah Upin dan Ipin akan belajar dari kecuaian yang mereka lakukan?
241–24313–15"Pengalaman Puasa"29 Jun 2014 (2014-06-29)
244–24616–18"Raya Yang Bermakna"28 Julai 2014 (2014-07-28)
29 Julai 2014 (2014-07-29)
30 Julai 2014 (2014-07-30)
Pada Hari Raya kali ini, Upin & Ipin begitu teruja untuk bertukar-tukar kartu raya bersama kawan-kawan. Upin & Ipin belajar menulis kartu raya dari Kak Ros dan senang menerima kartu raya dari kawan-kawan. Pengalaman raya kali ini sungguh berbeda apabila saudara Tok Dalang juga pulang ke kampung. Rumah Tok Dalang begitu meriah jika dibandingkan pada tahun-tahun sebelumnya.
247–24919–21"Warna-Warni"13 September 2014 (2014-09-13)
14 September 2014 (2014-09-14)
15 September 2014 (2014-09-15)

Pada suatu hari, Upin dan Ipin menolong Ros mewarna lukisan batiknya, secara tidak langsung mereka dapat belajar tentang warna asas dan warna campur. Selepas itu, Upin dan Ipin keluar untuk bermain dalam keadaan cuaca hujan panas, tiba-tiba mereka ternampak pelangi, mereka terus teruja. Di Tadika Mesra pula, murid-murid mula bercerita tentang pelangi, mereka mula berimiginasi menjadi warna-warna pelangi yang mempunyai kepentingan masing-masing dan belajar banyak perkara tentang pelangi.

NOTE: Adegan yang dihapus di MNCTV adalah Upin & Ipin menaiki sebuah kereta dan mewarnai warna pelangi di kaca kereta
250–25222–24"Jaga dan Hargai Mata"16 September 2014 (2014-09-16)
17 September 2014 (2014-09-17)
18 September 2014 (2014-09-18)
Ros mengajar Upin dan Ipin cara menjaga mata. Upin dan Ipin hairan kerana tiba-tiba Ros beriya menyuruh mereka menjaga mata. Rupanya Ros memasuki pertandingan teka silang kata sempena Hari Penglihatan Sedunia. Upin dan Ipin teruja dan ingin masuk pertandingan tersebut kerana mereka ingin memenangi hadiah. Dalam proses mereka menjawab soalan mereka meminta bantuan Opah dan mempelajari tentang pelbagai gejala rabun mata. Di akhir cerita, Upin dan Ipin menang hadiah saguhati, iaitu sebuah buku ‘Jaga dan Hargai Mata’, namun mereka tetap gembira.
253–25525–27"Upin, Ipin dan Ultraman Ribut"14 November 2014 (2014-11-14)
15 November 2014 (2014-11-15)
16 November 2014 (2014-11-16)
Dalam episod kali ini, siri animasi Upin dan Ipin menampilkan watak istimewa iaitu ultraman yang dikenali sebagai Ultraman Ribut. Upin, Ipin dan kawan-kawan berperanan sebagai ahli Defense Rescue Force yang membantu Ultraman Ribut menetang Raksasa Kilat dan Raksasa Halilintar daripada terus menganas dan memusnahkan Bumi. Kedatangan raksasa tersebut ke bumi disebabkan oleh pencemaran yang berlaku di kota dan di desa. Di akhir cerita ini, Upin, Ipin dan kawan-kawan serta Ultraman Ribut berjaya mengalahkan raksasa tersebut. Upin dan Ipin juga sedar yang mereka perlu sentiasa menjaga bumi supaya tidak dicemari.
256–25828–30"Upin & Ipin: Angkasa"11 Disember 2014 (2014-12-11)
12 Disember 2014 (2014-12-12)
13 Disember 2014 (2014-12-13)
Pada suatu hari, sedang Ros menyiapkan projek Sainsnya, Upin dan Ipin cuba untuk membantu. Ketika itu, Upin dan Ipin mula membayangkan diri mereka sebagai angkasawan dan belajar banyak perkara tentang planet-planet serta fenomena kejadian siang dan malam di angkasa.
259–26131–33"Hasil Tempatan"14 Disember 2014 (2014-12-14)
15 Disember 2014 (2014-12-15)
16 Disember 2014 (2014-12-16)
Upin, Ipin dan kawan-kawan didedahkan tentang kepelbagaian buah-buahan tempatan dan cara memakan buah-buahan tersebut melalui tunjuk ajar dari Opah, Ros, Tok Dalang dan Cikgu Melati. Mereka juga belajar tentang kepentingan buah-buahan tempatan kepada kesihatan mereka.
262–26434–36"Perangi Rasuah"17 Disember 2014 (2014-12-17)
18 Disember 2014 (2014-12-18)
19 Disember 2014 (2014-12-19)
Upin dan Ipin mempelajari sesuatu yang baru iaitu rasuah. Mereka belajar bahawa terdapat pelbagai jenis rasuah dan mereka perlu jauhi dari terjebak. Mereka turut belajar bagaimana untuk melaporkan rasuah dan lain-lain.
265–26737–39"Terompah Opah"20 Disember 2014 (2014-12-20)
21 Disember 2014 (2014-12-21)
22 Disember 2014 (2014-12-22)
Upin dan Ipin bangga menunjukkan hadiah keychain terompah yang diberikan oleh Mei Mei, pada Ros dan Opah. Opah beritahu bahawa suatu ketika dahulu, Opah juga miliki dan memakai terompah seperti itu. Sebagai bukti, Opah tunjukkan terompah tersebut pada mereka. Setelah melihat terompah tersebut, Opah mula teringatkan zaman lalunya.
268–27040–42"Pokok Seribu Guna"23 Disember 2014 (2014-12-23)
24 Disember 2014 (2014-12-24)
25 Disember 2014 (2014-12-25)
Pada musim cuti sekolah, Upin dan Ipin dinasihatkan supaya mengisi masa lapang mereka dengan sesuatu yang berfeadah dan bermanfaat. Oleh itu, mereka telah pergi berjumpa Tok Dalang. Di situ Tok Dalang mengajar mereka tentang kelapa dan kegunaannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]