Upin & Ipin (musim 1)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Upin & Ipin (Musim pertama))
Upin & Ipin
Musim 1
Negara asalMalaysia
Bil. episod6
Keluaran
RangkaianTV9
Tarikh siaran14 September (2007-09-14) –
13 Oktober 2007 (2007-10-13)
Kronologi musim
Selanjutnya →
Musim 2
Senarai episod Upin & Ipin

Musim pertama Upin & Ipin, siri animasi televisyen Malaysia, diterbitkan khusus untuk meraikan Ramadhan 2007 untuk mendidik anak-anak tentang erti dan pentingnya bulan suci. Sambutan terhadap siri pendek ini mendorong Les' Copaque Production menerbitkan musim berikutnya dalam hubungannya dengan bulan Ramadhan.[1] Musim pertama Upin & Ipin memenangi anugerah Animasi Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2007.[2]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Siaran pertama DVD
11"Esok Puasa"14 September 2007Vol. 1
Upin dan Ipin, yang berumur lima tahun, mula mengenali erti "puasa" dan ingin mengetahui tujuan dan faedah berpuasa seperti anak-anak Muslim lain seusianya. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan maksud dan tujuan berpuasa kepada mereka. Jadi, ini adalah kali pertama kembar ini berbuka puasa.
22"Dugaan"15 September 2007Vol. 1
Sesungguhnya sukar untuk anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa untuk kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam seperti Mei-Mei dan Raju pun terpaksa mengingatkan mereka.
33"Nikmat"16 September 2007Vol. 1
Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau.
44"Terawih"21 September 2007Vol. 1
Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang.
55"Esok Raya"12 Oktober 2007Vol. 1
Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati erti puasa.
66"Hari Raya"13 Oktober 2007Vol. 1
Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang.

Buat Semula/Dikuasai Semula[sunting | sunting sumber]

Upin & Ipin Edisi Ramadan Raya ialah siri animasi telefilem yang ditayangkan menerusi Astro First pada tahun 2022.

Pada 2022, Ditayangkan di MNCTV.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Upin & Ipin, Les Copaque, 4 September 2007. Accessed 8 January 2010.
  2. ^ Series Upin & Ipin Won in KLIFF 2007!!, Les Copaque, 30 November 2007. Accessed 8 January 2010.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]